Sunday 1 April 2012

AHMAD IDHAM Serik dengan genre filem komedi seram

Selepas mendapat kritikan pedas dalam filem komedi seramnya, "Hantu Bonceng" sebelum ini, pengarah terkenal Ahmad Idham mengumumkan bahawa filem terbarunya, "Jangan Pandang-Pandang" merupakan filem seram yang terakhir hasilannya.

"Saya jadi serik selepas menerima kritikan negatif yang melibatkan agama dalam filem "Hantu Bonceng". Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menghentikan pengarahan dan penerbitan filem bercorak seperti filem tersebut," ujar pengarah berusia 41 tahun ini.

Bercerita tentang filem terbarunya itu, Ahmad Idham memberitahu dia cuba menonjolkan Zizan Razak dalam sisi yang berbeza daripada kebiasaannya.

"Dalam filem ini, saya ingin memfokuskan karakter Zizan (Ajis). Sebelum ini dia sememangnya sinonim dengan watak kelakar. Namun saya mahu orang melihat bahawa dia mampu membawa watak serius juga," katanya ketika ditemui di pra-tonton filem "Jangan Pandang-Pandang" baru-baru ini.

Filem keenam terbitan Excellent Pictures ini ditayangkan di 82 buah panggung seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Brunei.

Menampilkan Zizan Razak, Sara Ali, Nas-T, Miera Liyana, Anith Aqilah dan Azhar Sulaiman, "Jangan Pandang-Pandang" mengisahkan empat orang pelajar universiti berhadapan dengan masalah ketika berada di sebuah gua misteri dalam menyelesaikan tugasan akhir untuk mencari artifak.

"Jangan Pandang-Pandang" telah ditayangkan bermula 29 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment