Sunday 8 April 2012

ADAM LAVINE putus cinta


Penyanyi utama kumpulan Maroon 5, Adam Levine bertekad untuk membotakkan kepala selepas hubungan percintaan selama dua tahun tidak menjadi.

Dipetik daripada DailyMail, Adam muncul dengan gaya rambut baru ketika dalam rancangan NBC Show pada Isnin yang lalu.

Adam yang kelihatan lebih tua dari usianya yang baru 33 tahun itu, tidak kisah dan dikatakan selesa dengan penampilannya sekarang.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Won't Go Home Without You" dan kekasihnya Anne Vyalitsyna, seorang model pakaian dalam jenama Victoria Secret, dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka beberapa hari sebelum Adam muncul dalam rancangan yang dinyatakan tadi. Satu kenyataan telah dibuat bagi mengesahkan bahawa keputusan itu dibuat demi kebaikan mereka berdua.

Mereka mula menjalinkan hubungan pada awal tahun 2010 dan pernah muncul dalam kulit muka depan untuk majalah Vogue Russia pada November 2011.

No comments:

Post a Comment