Wednesday 29 February 2012

BUNOHAN - Antara Artistik Seni dan Realiti Kehidupan

Keindahan teknik sinematografi dan kehebatan lakon layar ternyata dapat di ungkapkan apabila menyaksikan filem BUNOHAN yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dari luar negara. Filem ini ternyata berbeza daripada filem-filem tempatan yang sedia ada kerana berjaya menerapkan pelbagai elemen ketimuran.

BUNOHAN menyentuh tentang sifat keganasan yang di miliki oleh kaum lelaki. Ianya mengisahkan 3 beradik yang terpisah kerana mempunyai sifat dan pegangan hidup yang berbeza. ILHAM (Faizal Hussein) merupakan seorang pembunuh upahan yang tidak mempunyai rasa perikemanusiaan di tugaskan untuk membunuh ADIL (Zahiril Adzim) seorang  pejuang tomoi yang juga merupakan adik kepada Ilham tanpa beliau sedari. Manakala BAKAR (Pekin) , seorang ahli perniagaan yang cuba sedaya upaya untuk merampas tanah milik bapanya dalam apa cara sekalipun.

Kisah - kisah silam banyak menghantui kehidupan mereka dan menyebabkan mereka terpisah dan memilih untuk menyematkan perasaan dendam di dalam hati. Pelbagai konflik telah berlaku dalam mengejar keinginan masing-masing. Setiap babak memberi penerangan inci kepada perjalanan cerita dalam filem ini dan penonton harus memberi tumpuan serta jalan cerita yang sungguh artistik ini membuatkan para penonton terfikir apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.

Di fahamkan filem BUNOHAN arahan DAIN SAID ini mendapat pengedaran oleh UNIVERSAL PICTURES yang bertindak sebagai pengedar filem ini di beberapa benua di seluruh negara. TAHNIAH di ucapkan kepada PENGARAH & PENERBIT filem BUNOHAN ini !

Sama-sama kita nantikan tayangan filem BUNOHAN di pawagam berhampiran anda pada 8 MAC 2012 










BUNOHAN : PENIPUAN,PENGKHIANATAN & PERHUBUNGAN KEKELUARGAAN  
                       DISEMARAKAN DENGAN DARAH & MITOS

ACT OF VALOUR - filem yang penuh aksi


Tajuk: ACT OF VALOUR
Genre: Action Adventure
Pengarah: Mike McCoy, Scott Waugh
Barisan Pelakon: Alex Veadov, Roselyn Sanchez, Nestor Serrano
Edaran: Gala Entertainment Sdn. Bhd.
Rating: 18
Tarikh tayangan: 23 February 2012

Filem ini mengisahkan keberanian sekumpulan tentera laut SEAL dalam menangani isu  pengganas global pada masa kini. Pembikinan filem ini melibatkan sekumpulan sebenar askar SEAL Amerika syarikat yang ini tidak pernah dilakukan dalam pembikinan filem-filem perang yang lain.

Filem ini membawa penonton ke dalam dunia rahsia pasukan elit yang terlatih dengan peralatan canggih yang digunakan pada zaman moden ini. Penonton akan merasakan peperangan yang sebenar ketika sekumpulan tentera ini menyelamatkan pengawai CIA yang telah di culik dan membawa kepada penemuan sekumpulan pengganas berani mati yang merancang menyerang Amerika syarikat.

Sama-sama kita saksikan kehebatan aksi filem ini dipawagam berhampiran anda, sekarang !!

Tuesday 28 February 2012

TAHNIAH Mawi & Ekin

Penyanyi terkenal tempatan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani kini sudah bergelar bapa selepas isteri tercinta, Ekin telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4 pagi tadi.
Dipetik daripada laman MStar, bayi sulung mereka seberat 2.8 kilogram telah dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.

Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail yang mengesahkan berita gembira tersebut memberitahu Ekin atau nama sebenar Nora'Asikin Rahmat telah diberikan suntikan ubat pelali kerana mengalami komplikasi untuk bersalin.

"Ekin telah dimasukkan ke hospital pada jam 7.30 semalam (Isnin). Melihatkan keadaannya yang tidak boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, doktor memberikan ubat pelali. Syukur Alhamdulillah, kedua-duanya selamat," ujar Nasir.
Nasir turut memberitahu pasangan ini masih belum memberi nama dan enggan mendedahkan wajah puteri sulung mereka buat masa ini.

Sebelum ini Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu. Pasangan ini telah bernikah pada 20 Disember 2008.

P/S : kami akan usahakan untuk mendapatkan gambar baby girl Mawi & Ekin ni ye...

Susulan isu ERYKAH BADU: KERAJAAN BATALKAN KONSERT


Pihak Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membatalkan konsert penyanyi Soul & RNB yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu ERYKAH BADU akibat daripada kontroversi keagamaan yang menimbulkan kemarahan semua masyarakat Islam disini dan tindakan memboikot adalah amat wajar di lakukan.

ERYKAH BADU di anggap telah melanggar sensitiviti keagamaan di negara ini dengan membuat tatu tulisan Allah di badan nya dan gambar tersebut dipaparkan secara terang-terangan di surat khabar THE STAR pada 27 FEBRUARI 2012. Justeru itu, ramai pihak telah menentang dan membantah konsert artis ini di jalankan. Akhirnya, pihak yang bertanggung jawab telah tampil dan membatalkan konsert artis yang menghina agama Islam tersebut.

Kami di PETI SURAT mengucapkan jutaan syabas kepada pihak Kementerian yang telah membuat tindakan pantas dan tegas berhubung isu ini demi menjaga maruah agama Islam yang merupakan agama rasmi negara kita dan kepada pihak penganjur, mereka seharusnya lebih peka lagi terhadap isu isu sensitiviti sebegini sebelum membawa artis dari luar negara...

Monday 27 February 2012

BUNOHAN - KARYA DAIN SAID BERJAYA MERAIH PENGIKTIRAFAN LUAR NEGARA


Filem aksi sentuhan DAIN SAID berkisarkan tentang kisah 3 beradik yang dibayangi oleh kegelapan diri masing-masing, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan.

Dibintangi oleh pelakon -pelakon tersohor seperti FAIZAL HUSSIEN, ZAHIRIL ADZIM, PEKIN IBRAHIM, TENGKU AZURA, BRONT PALARAE serta ramai lagi yang turut sama membantu bagi menjayakan filem aksi hebat yang telah berjaya merangkul 3 anugerah di peringkat antarabangsa ini.

Filem ini bakal menggegarkan pawagam tanahair pada 8 MAC 2012. Sama sama kita nantikan kelainan filem BUNOHAN, tahniah DAIN SAID !




                                                                                                             









Suami pelakon Nadia Mustafar di belasah angkara rokok

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.

Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.


“Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.


“Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.


Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.-credit to harian metro-

YUNA dalam senarai Nickelodeon Kids' Choice Awards

Penyanyi malaysia yang merantau ke amerika syarikat,YUNA ZARAI di calonkan di dalam senarai Nickelodeon Kids' Choice Awards dalam Favourite Asian Act bersama dengan WONDER GIRL (korea),CHARICE (philippines),AGNES MONICA (indonesia).

YUNA sebelum ini membuat persembahan di satu acara MTV wiggy yang berlangsung di New York Times Square dan baru sahaja mengeluarkan album terukir di bintang.

Kami di PETI SURAT mengucapkan taniah kepada YUNA dan kepada peminat YUNA jangan lupa vote YUNA,klik link ni http://kca.nick-asia.com/vote#category:kca_local_asia

Penyanyi menghina Islam akan mengadakan konsert di Malaysia

ERYKAH BADU, penyanyi yang membuat tatu Allah di kedua -dua belah dada nya telah menimbulkan perasaan marah masyarakat Islam di negara ini. Gambar kontroversi tersebut di siarkan oleh suratkhabar tempatan iaiut THE STAR.

Perkara ini harus di ambil tindakan segera oleh pihak-pihak yang berkuasa demi menjaga sensitiviti keagamaan negara ini. Masyarakat ingin pihak THE STAR membuat tindakan dengan meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat Islam di negara ini dan harus lebih peka lagi terhadap perkara perkara yanng berkaitan dengan keagamaan seperti ini.

Di maklumkan bahawa penyanyi ini telah mendapat kebenaran untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari yang bakal menjelang. Penyanyi yang tidak pasti akan pegangan agamanya ini, pernah menyatakan bahawa dia adalah seorang Muslim, akan tetapi dengan tindakan di luar kewarasannya, telah membuat tatu tersebut di bahagian dada nya.

Persoalannya, kenapa penyanyi ini di benarkan membuat konsert di Malaysia sedangkan dia telah menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara kita ini?

1 billion kutipan filem star wars 3D

 Filem yang ditayangkan oleh 20th Century Fox kembali dalam 3D, "Star Wars: Episode 1 The Phantom Menace" telah berjaya mendapat kutipan melebihi US $1 billion (RM3 billion) di seluruh dunia.
Sejak ia mula ditayangkan kembali di seluruh dunia, iaitu dua minggu lepas, filem ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak US $73.4 juta (RM 221.4 juta) dan dengan kutipan filem tahun 1999 yang sebelum ini sudah pun mencecah kepada US $924 juta, sekarang dijanka melepasi kutipan US$ 1 billion menjelang Rabu minggu hadapan.

Filem "Phantom Menace" ini hanya perlu US $1.5 million (RM4.5juta) lagi untuk menyamai dan memintas filem "The Dark Knight" yang mendapat kutipan melepasi US $1 Billion untuk berada dalam tangga ke-10 filem yang mendapat kutipan paling tertinggi.
"Phantom Menace" merupakan filem ke-11 yang berjaya mendapat kutipan melebihi US $1 billion di seluruh dunia.

Sementara itu, Fox turut mendapat kutipan memberangsangkan apabila filem "Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked" telah mendapat kutipan sebanyak US $200 juta (RM603 juta) di Amerika Latin dan telah mendapat kutipan di seluruh dunia sebanyak US $326.4 juta (RM984 juta).

Stunt girl ADNAN SEMPIT 2 berani mati

Siapa sangka gadis berusia 25 tahun ini memegang watak sebagai pelumba motor dalam filem "Adnan Sempit 2"?Pemilik nama sebenar Ilia Iryani Shuib turut memberitahu dia jugalah orang yang sama melakukan aksi merbahaya menggunakan motosikal dalam filem arahan Ismail Bob Hashim ini.

Walaupun terdapat aksi yang ditunjukkan dalam filem ini agak merbahaya untuk seorang gadis, Ilia yang sudah berkecimpung dalam dunia permotoran sejak empat tahun yang lalu tidak gentar untuk melakukannya.
"Saya agak gementar apabila pertama kali diberi peluang beraksi di depan kamera. Sebelum ini saya hanya melakukan aktiviti ini kerana minat, tetapi kini ia bertukar menjadi kerjaya pula," ujar Ilia yang masih menuntut dalam jurusan akuatik biologi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tambah Ilia lagi, tidak banyak yang perlu diulang semula ketika penggambaran dijalankan kerana sudah biasa dengan aksi yang diminta.
Selain daripada itu, Ilia turut memberitahu sepanjang empat tahun dia melakukan aktiviti ini, dia hanya pernah mengalami kecederaan serius iaitu koyak di lutut pada tahun 2009.

"Saya tidak memakan masa yang lama untuk menjayakan babak-babak aksi yang ada. Cuma jika ada pun, ia disebabkan saya terlajak melakukan aksi yang disuruh dan pengarah akan meminta saya kembali mengulanginya.

"Saya pernah cedera ketika melakukan aktiviti permotoran sekitar tahun 2009. Ia merupakan kecederaan paling teruk saya pernah lalui. Lutut saya terkoyak dan ada kecederaan lain di anggota badan. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan apa yang saya minati," ujar Ilia lagi ketika ditemui di majlis pra-tonton "Adnan Sempit 2" di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

Ilia kini sudah bernaung di bawah syarikat milik David Teo, MIG Productions dan bakal membintangi filem yang masih lagi dirahsiakan tajuknya.

"Adnan Sempit 2" yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 23 Februari lalu menyaksikan sambungan kisah cinta seorang mat rempit, Adnan (Shaheizy Sam) dengan anak orang kaya, Nadia (Intan Ladyana).

Gambar bogel pelakon PURPLE LOVE tersebar

Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa adalah bintang "Purple Love", Kirana Larasati.

Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di "edit" secara digital.

Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut sedang "pose" dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya dengan rambut.

Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.

Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan 'Photoshop' kerana perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.

Pada masa sama, pengurus kepada Kirana, Yopie, sekeras-kerasnya menafikan bahawa itu adalah foto Kirana.

"Ia tidak mungkin foto Kirana. Saya kenal dengannya dan dia tidak suka bergambar seperti begitu. Itu bukan gambar dia," jelas Yopie. - HM

Sunday 26 February 2012

TAHNIAH YUSRY & LISA...selamat pengantin baru !

Persandingan mempelai dua sejoli yang sama cantik, sama padan iaitu YUSRY ABDUL HALIM & LISA SURIHANI MOHAMAD, telah berlangsung dengan penuh gilang gemilangnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. Persandingan yang bertema kan Vintage English, namun mereka turut meyelitkan elemen ketimuran dalam majlis mereka,dengan itu menjadikan majlis persandingan mereka amat indah untuk dikenang dan mampu memukau ribuan hadirin yang hadir bagi meraikan hari bersejarah pasangan sensasi itu.

Sentuhan air tangan Pak Engku ternyata cukup enak apabila kelihatan para tetamu menikmati hidangan yang disajikan dengan penuh selera. Kredit kepada KUZIE KATERING!

Tidak ketinggalan, majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan para artis tanah air seperti RABBANI, AIZAT, FOURTEEN & JAC mampu menghiburkan para tetamu disamping dilayarkan video-video kisah percintaan Yusry & Lisa.

Apa pun kami di PETI SURAT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DZMS EVENT atas kerjasama yang di berikan kepada kami :)

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT YUSRY & LISA..CEPAT-CEPAT DAPAT ANAK YE....




* PERGI KE PETI EKSKLUSIF PHOTO PERSANDINGAN YUSRI & LISA SURIHANI DI BAHAGIAN ATAS UNTUK PHOTO PENUH-

Saturday 25 February 2012


TAHNIAH buat penyanyi yang popular dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku', Anna Raffali yang telah selamat diijab-kabulkan dengan pasangannya, Ahmad Aznaim Abdullah di Masjid Al- Hidayah, Gombak semalam. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

Thursday 23 February 2012

GIFT FROM SIMPLY SITI




EXCLUSIVE GIFT FROM SIMPLY SITI BAGI FOLLOWERS YANG BERTUAH ! 
keep following and browsing us dan hadiah comel ini pasti akan menjadi milik anda ! 
#credit to DATO' SITI NURHALIZA


"LUCKY LIKER's yang ke-100

ZIANA mahu ANUAR ZAIN cepat kahwin

Penyanyi Ziana Zain telah meluahkan hasratnya untuk melihat adik lelakinya, Anuar Zain untuk mendirikan rumah tangga dengan segera kerana usianya sudah menjangkau 42 tahun,

tetapi tidak pernah berani memperkenalkannya dengan siapa-siapa mahupun memberikan cadangan.

"Kami sekeluarga tidak pernah memperkenalkan dia dengan mana-mana wanita kerana tak berani. Namun apa yang kami tahu, Anuar bukanlah seorang yang cerewet, cuma dia sukakan wanita yang bijak dan mudah mesra dengan keluarga," jelas penyanyi berusia 44 tahun ini di majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) di Hotel Holiday Villa Subang baru-baru ini.

Sementara itu, duta Slim World ini sudah pun mengeluarkan single terbaru berjudul "Misteri Cinta", duet bersama penyanyi Sohaimi Mior Hassan.
Ziana yang tercalon dalam ABPBH 2011 akan turut membuat persembahan pada malam kemuncak acara tersebut yang berlangsung pada 8 April akan datang di Arena Of Stars, Genting Highlands.

ADELE tunjuk isyarat lucah di anugerah BRIT

Penyanyi "Rolling In The Deep", Adele meminta maaf selepas menunjukkan jari tengahnya ketika siaran langsung Anugerah Brit 2012 yang berlangsung di 02 Arena, London malam Selasa lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika penyanyi berusia 23 tahun sedang memberi ucapan selepas memenangi Anugerah Album British Terbaik, sebelum dipintas oleh pengacara James Cordon yang memperkenalkan artis persembahan selepas itu, kumpulan pop rock 1990-an, Blur.

"Saya terus menunjukkan jari tengah saya. Ia adalah untuk Anugerah Brit, bukan ditujukan kepada peminat saya. Saya meminta maaf sekiranya membuat orang terasa dengan tindakan saya, tetapi ia adalah sesuai dengan tindakan mereka yang membuat saya terasa ketika itu," ujar Adele kepada BBC.

Dalam ucapannya itu, Adele mengucapkan rasa gembira dan bersyukur dengan kemenangannya.
"Tiada apa yang membuatkan saya bangga apabila pulang ke kampung halaman dengan membawa enam Anugerah Grammy dan menghadiri Anugerah Brit serta memenangi album terbaik.

Saya berbangga menjadi rakyat British dan mengibarkan bendera kita." Tindakan Cordon ketika itu telah mendapat kritikan penonton.
Pada malam tersebut, Adele telah membawa pulang dua anugerah utama iaitu Album British Terbaik dan Penyanyi Wanita British Terbaik.

Wednesday 22 February 2012

Persiapan LISA SURIHANI menjelang perkahwinan

Lari daripada aktiviti 'wajib' kebanyakan bakal pengantin masa kini yang lebih gemar mendapatkan rawatan spa untuk kelihatan berseri dan cantik di hari bahagia mereka, aktres popular, Lisa Surihani yang akan diijabkabulkan dengan penyanyi, produser dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim pada 23 Februari ini lebih selesa mengamalkan petua orang lama sebagai regimen kecantikannya.

Menurut Lisa, dia menuruti kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena majlis perkahwinan tersebut.
Jelas Lisa lagi, ibunya berpendapat, meskipun majlis perkahwinan yang dirancang dibuat secara sederhana, namun ia tidak bermakna amalan dan budaya tradisi Melayu dilupakan.

"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya, kemudian selang dua hari selepas itu pula saya mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama saudara-mara wanita sahaja.
"Seminggu sebelum itu pula, saya meminta penyanyi, Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji untuk melancarkan lagi setiap bacaan dan sebutan ketika membaca Al-Quran," ujar Lisa yang dipetik dari laman mStar.
"Saya berasa seronok melakukan semua amalan tersebut bersama teman rapat dan sanak saudara kerana ianya seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.
"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk hati dan dalam pada masa yang sama jiwa menjadi tenang," jelas aktres berusia 25 tahun ini lagi.

Pasangan selebriti ini bakal diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya Khamis ini, manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.
Bakal mengenakan busana pengantin rekaan Butik Cosry untuk kedua-dua upacara, pernikahan dan persandingan, Yusry dan Lisa memilih konsep perkahwinan ala 'French Vintage' diinspirasikan daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette yang akan divisualkan oleh KS Entourage.

Ditanya mengenai persediaannya melangkah ke alam berumah tangga, Lisa menyatakan ibunya telah memberi pelbagai nasihat kepadanya dalam menjadi isteri yang sempurna untuk suami.

"Ibu saya berkata bila sudah jadi isteri, harus ada sikap bertolak ansur, tidak mudah melatah dan patuh pada suami. Paling penting, perlu tahu bahawa alm rumah tangga tidak selalunya indah. Jika tidak bijak mengawal emosi ia boleh menggangu diri. InsyaAllah, saya akan mengikuti setiap nasihat ibu," ujar Lisa.
Lisa dan Yusry yang akan berbulan madu di Eropah selepas majlis perkahwinan nanti turut berharap agar para peminat mendoakan kebahagiaan rumah tanganya kelak.

Tuesday 21 February 2012

Genap 20 tahun permergian SUDIRMAN HJ ARSHAD

Pada 17 Julai 1991, Sudirman Hj. Arshad telah dibawa ke Pusat Perubatan Tawakal Kuala Lumpur selama empat hari selepas jatuh pengsan ketika membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, jam 4 petang ketika berusia 37 tahun di rumah kakaknya, Datin Rudiah selepas tujuh bulan menghidap pneumonia.

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh berdekatan dengan kubur kedua ibu bapanya.
20 tahun sejak pemergiannya, kami ingin menyenaraikan sepuluh perkara tentang Allahyarham yang menjadikan beliau insan yang cukup bernilai untuk diingati.

1- Sudirman Hj. Arshad telah dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik. Selepas menolak biasiswa pengajian perubatan, beliau telah mengambil ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Beliau sudah pun praktis sebagai peguam sebelum membuat keputusan menjadi seorang penghibur.

2- Beliau merupakan yang pertama dalam banyak perkara. Sudirman merupakan penyanyi Malaysia pertama yang membuat persembahan di The Paddock, Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 1983. Beliau adalah duta nyanyian pertama bagi Proton, Malaysia Airlines dan Honda Cup. Beliau menjadi ahli kehormat kad pioneer Bank Hong Leong dan beliau juga artis Malaysia pertama yang menjadi muka depan majalah "Malaysian Business" dan "Asian Business".

3- Selain menyanyi, Sudirman juga berlakon dalam sebuah filem sahaja yang berjudul "Kami" pada tahun 1982. Sudirman turut menghasilkan runut bunyi bagi filem berkisar tentang dua anak yatim di jalanan Kuala Lumpur ini dan diberi judul "Pelangi Petang". Lagu tersebut diangkat sebagai sebuah lagu ikon dalam industri muzik Malaysia.

4-Sudirman akan melakukan apa saja buat orang yang disayanginya. Beliau telah menerbitkan album buat anak saudara kesayangannya, Razman Azrai (Atai) di bawah Sudirman Productions pada tahun 1985. Pada bulan April 1983, Sudirman juga telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Mama" buat Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Sebelum pemergiannya, Saloma menyatakan rasa terharunya atas kesudian Sudirman menciptakan lagu buatnya.

5- Pada 15 April 1986, Sudirman telah menjadi artis pertama yang mengadakan konsert terbuka di Jalan Chow Kit dan menarik seramai lebih 100,000 peminat. Konsert tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda ke Jalan Raja Alang. Beberapa orang peminat pitam, ada yang sesak nafas dan terpaksa digegaskan ke hospital. Namun ia menjadi konsert paling bersejarah di Malaysia.

6-Sudirman telah memenangi gelaran 'Penghibur Terbaik' pada Anugerah Muzik Asia 1989 yang diadakan di Royal Albert Hall, London. Beliau telah menewaskan pesaing hebat seperti Leslie Cheung (Hong Kong), Anita Sarawak (Singapura), Epo (Jepun), Kuh Ledesma (Filipina) dan ramai lagi.

7-Selain menyanyi dan berlakon, Sudirman juga mempunyai bakat menulis dan melukis. Beliau telah menulis autobiografinya, "Dari Dalam Sudir" selain melukis beberapa kartun dan penulisan kolum dalam beberapa majalah dan akhbar seperti Karangkraf. Beliau juga seorang wartawan dan kolumnis yang hebat dan antara ahli politik yang pernah beliau temuramah adalah Tun Ghaffar Baba.

8-Sudirman adalah penyanyi pertama Malaysia yang berjaya mempromosi air karbonat popular Sudi bersama majalah perniagaan dan program televisyen dari Australia hinggalah ke Hong Kong. Dalam masa enam bulan, Sudi berjaya menembusi pasaran air karbonat sehingga lima peratus. Kemudiannya dia telah membuka kedai pakaian francais Sudi Shoppe dan restoran Sudi.

9-Syarikat rakaman EMI London pernah membawanya bekerjasama dengan trio penerbit British, Stock, Aitken & Waterman yang pernah bekerjasama dengan Kylie Minogue, Jason Donovan dan Rick Astley untuk pasaran antarabangsa dengan lagu berjudul "Love Will Find A Way". Dia pernah dibawa ke studio rakaman Abbey Road Studios yang pernah digunakan oleh The Beatles untuk merakamkan album, tetapi meninggal dunia tidak berapa lama kemudian.

10-Sudirman telah dinamakan sebagai 'Duta Nyanyian Malaysia' oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MTDC). Dia juga adalah suara di sebalik lagu MTDC, "To Know Malaysia Is To Love Malaysia" yang direka oleh penyanyi, penulis lagu dan calon Anugerah Grammy, Emmy dan Oscar, Carol Connors. Dia juga turut dilabel sebagai 'Dinamit Nyanyian' oleh wartawan Singapura. Nyanyiannya turut mendapat tepukan gemuruh dan penghormatan di Australia, Jepun, Kuwait dan juga Amerika Syarikat. Pengurus kepada kumpulan penyanyi George Michael, Wham!, Simon Napier-Bell pernah mengatakan bahawa Sudirman adalah 'institusi kepada industri muzik Malaysia'. Dia juga turut dikenali sebagai 'Peguam Yang Menyanyi', 'Penyanyi Orang Ramai' dan juga 'Elvis Malaysia'.

kad undangan perkahwinan merpati dua sejoli - YUSRY & LISA SURIHANI

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan sensasi sejoli yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi iaitu YUSRY & LISA SURIHANI. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Lisa Surihani di atas undangan.
 
  • Dimaklumkan upacara angkat nikah berlangsung pada : 23/02/2012 di PUTRAJAYA BALLROOM,HOTEL MARRIOT  PUTRAJAYA, jam 7.39 pm &
  • Upacara persandingan pada : 26/02/2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 7.30pm.
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ADNAN SEMPIT 2 LEBIH KELAKAR,LEBIH AKSI,LEBIH BERGAYA

Lebih kelakar,Lebih aksi & lebih bergaya itu yang boleh di gambarkan dalam filem sekuel ADNAN SEMPIT 2 arahan Ismail Bob Hashim dengan lakonan mantap daripada para pelakon seperti  SAM,ALONG,ANGAH,YANA,INTAN LADY YANA dan SYUK BALAS.

Ismail Bob hasim menyatakan bahawa beliau mengekalkan watak yang ada dalam filem ADNAN SEMPIT yang sebelum ini dan hanya menambah beberapa watak baru dalam filem ini."saya begitu
gementar untuk filem ADNAN SEMPIT 2 ini dan berharap para penonton dapat sambutan lebih dari yang sebelum" ujar beliau ketika di temui di majlis pra tonton filem ini di TGV sunway piramid malam tadi.

Filem ADNAN SEMPIT 2 ini mengisahkan bagaimana ADNAN (sam) berusaha untuk mengubah diri nya menjadi seorang ahli korporat sebagai syarat untuk berkahwin dengan NADIA (intan ladyana) dalam masa 30 hari.Pada masa yang sama ayah kepada nadia iaitu DATUK ITHNIN (dato' at siregar) berpakat dengan sepupu  nadia iaitu FENDI (syuk balas) untuk menghancurkan rancangan perkahwinan meraka.

Terdapat pelbagai konflik yang berlaku antara BOBBY(along),WAWA(yana) dan ISMAD (angah) dalam menjalankan perniagaan gerai burger.manakala WAWA tidak lagi bekerja dengan NADIA dan menjalankan perniagaan multi level.pelbagai usaha di lakukan oleh mereka untuk mengatasi masalah yang berlaku,adakah ADNAN,NADIA,BOBBY & WAWA dapat mengatasi masalah yang melanda mereka? saksikan nya di pawagam pada 23 februari 2012.ianya akan membuatkan anda ketawa sampai keluar pawagam.