Monday 9 April 2012

ZED ZAIDI tak puas hati dengan AARON AZIZ ?


Kemenangan AARON AZIZ sebagai bintang paling popular telah dipertikaikan oleh ZED ZAIDI atas sebab kewarganegaraan yang di miliki AARON.

ZED menyifatkan bahawa anugerah itu lebih bagus jika dianugerahkan kepada artis artis lain dari negara ini. Kenyataan tersebut ditulis sendiri oleh ZED ZAIDI di laman sosial twitter miliknya.

AARON AZIZ yang masih belum mendapat kerakyatan penduduk tetap menyatakan beliau amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan sedang mencuba memohon status sebagai penduduk tetap di negara ini.

Kemungkinan besar tindakan ZED ZAIDI itu adalah untuk mempertahankan hak artis-artis Malaysia yang tidak sepatutnya diraih oleh artis-artis dari luar. AARON selama ini tidak pernah menerima sebarang anugerah mahupun tercalon dalam mana-mana anugerah di Malaysia namun fenomena filem OMBAK RINDU & KL GANGSTER telah mendorong kepada pencalonan AARON dalam ABPH25 kali ini dan ternyata, ianya mampu menobatkannya sebagai Bintang Paling Popular 2012.

kenyataan ZED ZAIDI di twitter

No comments:

Post a Comment