Tuesday 3 April 2012

MAHER ZAIN mahu rakam lagu bahasa Korea

Penyanyi yang popular dengan lagu "Thank You Allah", MAHER ZAIN telah memberitahu bahawa dia ingin mencuba sesuatu yang baru dengan mencipta lagu berbahasa Korea kelak.
"Mungkin saya akan cuba merakamkan lagu solo dalam bahasa Korea pula. Saya terbuka dengan semua budaya asalkan matlamatnya sama, iaitu memperjuangkan lagu berunsur keislaman. Mungkin suatu hari nanti saya akan realisasikan angan-angan tersebut," kata Maher ketika ditemui pada pelancaran album terbarunya di Palalada Grand Indonesia, Jakarta pada Isnin yang lalu.
Penyanyi yang pernah membuat lagu dalam bahasa Melayu berjudul "InsyaAllah" telah melancarkan album terbarunya yang diberi nama "Forgive Me". Dalam album terbarunya ini, Maher mempertaruhkan lagu solo yang berjudul "Number One For Me".
Album "Forgive Me" ini akan menampilkan sebanyak 14 buah lagu baru, termasuk dua buah lagu dalam bahasa Indonesia iaitu "Ku Milik Mu" dan "Tuntunku Kepada Mu".
Untuk lagu "My Little Girl", Maher telah menggunakan suara anaknya, Aya Zain, yang ketika itu masih bayi.

No comments:

Post a Comment