Sunday 8 April 2012

Tahun 2012 AARON AZIZ paling popular


ANUGERAH BINTANG POPULAR 25 berlangsung dengan penuh berprestij di Genting Highland malam tadi yang menyaksikan pelakon utama OMBAK RINDU & KL GANGSTER iaitu AARON AZIZ telah dinobatkan sebagai BINTANG PALING POPULAR bagi tahun 2012 dan turut meraih gelaran sebagai Pelakon Lelaki Popular, manakala MAYA KARIN yang juga merupakan pelakon filem OMBAK RINDU turut memenangi trofi bagi kategori Pelakon Wanita Popular.

TASHA SHILA dan FIZZ FAIRUZ yang lansung tidak menyangka akan kemenangan masing-masing bagi kategori Pelakon Tv Lelaki dan Wanita Popular telah mengalahkan calon-calon hebat lain dalam kategori tersebut.

Penyanyi Popular 2012 dimenangi oleh HAFIZ bagi kategori lelaki dan bagi kategori wanita pula, dimenangi YUNA yang tidak dapat hadir atas urusan kerja. Kemenangan HAFIZ begitu tidak di duga kerana berjaya mengalahkan calon calon mantap seperti FAIZAL TAHIR, AIZAT dan ANUAR ZAIN. Kemungkinan besar, faktor kemenangan di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini serta impak filem Ombak Rindu banyak mendorong beliau terpilih untuk meraih kemenangan bagi kategori tersebut.

Pengacara Lelaki Popular dimenangi oleh ZIZAN RAZAK dimana beliau dapat memecahkan rekod yang telah lama dipegang oleh pengacara yang tidak asing lagi, AZNIL HAJI NAWAWI. Ramai yang terkejut dan kaget apabila PAK NIL berlari naik ke pentas kerana menyangkakan bahawa PAK NIL telah tersalah namun, PAK NIL hanya sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada ZIZAN atas kejayaan julang kalinya dalam memecahkan rekod beliau.

Manakala rakan baik ZIZAN iaitu JOHAN memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular yang pernah dimenangi oleh ZIZAN pada tahun lepas dan bagi DIDIE ALIAS pula, dia sungguh tidak menyangka akan kemenangan beliau bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Popular setelah sekian lama telah disenaraikan di dalam kategori itu.

Anugerah Sepanjang Hayat pula diberikan kepada ratu jazz Malaysia, DATUK SHIELA MAJID dan manakala penyanyi nombor satu negara DATUK SITI NURHALIZA telah dianugerahkan anugerah yang pertama kali di pertandingkan bagi menyambut 25 tahun anugerah bintang popular ini di adakan, Anugerah Seri Perak.

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG !!!!

No comments:

Post a Comment