Monday 2 April 2012

FILEM : PIERRE & YANA bersama semula dalam 3 TEMUJANJI


"CINTAKU UMPAMA PUZZLE, KEPINGAN TERAKHIR MILIKMU" merupakan ungkapan keramat di dalam filem romantik komedi terbaru keluaran METROWEALTH yang bertajuk 3 TEMUJANJI. Filem ini mengisahkan seorang perempuan bernama REANNA (yana) yang sukar untuk menerima lelaki dan cinta dalam hidupnya. Dia menganggap cinta adalah satu kesengsaraan dan lelaki semua adalah tidak berguna baginya.

Dengan menetapkan 3 temujanji bagi setiap lelaki yang mahu berkenalan dengannya dan akan berpisah setelah tamat temujanji yang ke 3, bagi REANNA dia seronok merasakan hidup tanpa cinta yang penuh dengan kesengsaraan. Namun, kemunculan MIKHAIL (pierre andre) telah mengubah segalanya apabila MIKHAIL memilih untuk membuat 3 temujanji dengan
REANNA setelah dia kecewa di tinggalkan kekasih hatinya.

Perbezaan sikap yang ada pada MIKHAIL membuat REANNA tidak dapat menahan perasaanya dan akhirnya dia sedar bahawa dirinya telah jatuh cinta terhadap MIKHAIL. Walaupun begitu, REANNA masih tegas dengan pendiriannya apabila dia tetap berpisah dengan MIKHAIL pada temujanji mereka yang ke 3. Tetapi, perasaan cinta yang mendalam terhadap MIKHAIL membuatkan REANNA cuba mencari cintanya itu..

Filem arahan HASHIM REJAB ini akan mula ditayangkan pada 5 April 2012, turut dibintangi oleh pelakon pelakon terkenal lain seperti DIANA AMIR,KAMAL ADLI,WAWA ZAINAL,FARID KAMIL,ZUL HANDYBALCK dan ESMA DANIEL.

No comments:

Post a Comment