Thursday 31 May 2012

JIWA TAIKO papar realiti sebenar - OSMAN ALI


OSMAN ALI menyatakan bahawa filem terbaru arahan beliau yang berjudul JIWA TAIKO ini menggambarkan realiti sebenar yang berlaku pada masa kini dimana seperti apa yang kita dapat lihat, kebanyakan remaja semakin berani memilih untuk menjalani kehidupan yang kurang bermoral seperti penglibatan dalam dunia samseng, dadah, juga seks bebas.

Pengarah yang banyak menimbulkan kontroversi dalam pembikinan filem beliau ini turut menafikan bahawa adegan ghairah yang dipaparkan adalah mengikut budaya barat dan menegaskan bahawa ianya adalah realiti sebenar yang sedang berleluasa di dalam masyarakat kita, dimana masyarakat seharusnya lebih peka dengan perkara perkara sebegini, ujar beliau lagi.

JIWA TAIKO mengisahkan di mana seorang remaja yang bernama FIRMAN (remy ishak)  yang ingin meninggalkan dunia samseng sebaik sahaja keluar dari penjara dengan mengikut Kak Pora (mislina) ke tempat pemulihan milik  Kak Pora. Disana, FIRMAN telah berubah dan telah jatuh hati kepada TRISH (diana dianelle). Pada masa yang sama, LARA(nadiya), sahabat kepada TRISH turut menyimpan perasaan cinta terhadap FIRMAN.

Sementara itu kemunculan PINTO (bront palarae), rakan baik kepada FIRMAN, telah menimbulkan rasa tidak senang kepada FIRMAN apabila PINTO mengajak FIRMAN kembali masuk ke dunia samseng bersamanya. Pelbagai konflik berlaku apabila FIRMAN enggan menyertai PINTO.

Banyak adegan aksi yang ditunjukkan di dalam filem ini, dan terdapat juga babak-bapak berani yang dilayarkan oleh pengarah box office ini. Ternyata kebanyakan filem OSMAN ALI ,menerapkan realiti kehidupan yang sebenar. TAHNIAH di ucapkan kepada OSMAN ALI untuk filem JIWA TAIKO yang sememangnya hebat ini!

Sama-sama kita menonton filem JIWA TAIKO yang akan berada di pawagam pada 14 JUN 2012.


Gambar di sekitar malam gala filem JIWA TAIKO :












AHMAD IDHAM sasar penonton INDONESIA



Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham untuk membawa filem Malaysia ke peringkat antarabangsa dan berharap dapat melebarkan sayapnya ke Indonesia dengan filem romantik terbarunya, "Gerimis Mengundang".

Berdasarkan lagu klasik oleh Slam dan teater muzikal yang ditulis oleh Azwan Annuar, filem ini yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Olivia Lubis Jensen menceritakan kisah cinta seorang juruterbang Malaysia yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita kaya Indonesia.

"Sejak beberapa tahun, sesiapa sahaja yang menyebut "Gerimis Mengundang" pasti akan ingat dengan lagu tersebut terutama sekali peminat Indonesia dimana lagu itu sehingga kini masih popular di sana. Jadi setelah meneliti pasaran di sana, kami telah mengambil keputusan untuk membuat filem ini sebagai batu loncatan untuk membawa filem ini ke pasaran Indonesia," jelas Ahmad Idham ketika ditemui di majlis pra-tonton filem di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

"Kepada sesiapa yang terlepas untuk menyaksikan teater muzikal "Gerimis Mengundang", inilah peluang anda untuk menontonnya di pawagam," jelasnya lagi.

Filem bercorak drama romantik ini akan ditayangkan di empat negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, sekaligus menjadikan "Gerimis Mengundang" filem pertama Malaysia yang akan ditayangkan di 80 buah pawagam di Indonesia.

"Saya dapat merasakan filem ini akan mendapat sambutan daripada penonton Indonesia kerana elemen budaya dan bahasa yang digunakan dalam filem ini," kata Datuk Md Affendi Hamdan yang merupakan penerbit filem dan juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem National Malaysia (FINAS).

Filem yang dibarisi oleh aktres kelahiran Indonesia, Olivia Lubis Jensen, Kamal Adli, Dhitra Marfie, Felix Agus (AF3), Denny Martin, Henny Yuliani, Ebby Cornelis dan ramai lagi sudah ditayangkan serentak di empat buah negara bermula 31 Mei 2012.

Wednesday 30 May 2012

Sekali lagi pengarah berbakat, OSMAN ALI tunjuk adegan panas dalam JIWA TAIKO


Filem aksi terbaru, JIWA TAIKO arahan pengarah box office OSMAN ALI tetap tidak serik memaparkan adegan-adegan berahi di dalam filem sentuhan beliau sementelah filem OMBAK RINDU sebelum ini pernah dikritik hebat angkara adegan panas antara AARON AZIZ & MAYA KARIN.

Namun, semua itu lansung tidak membataskan OSMAN ALI dalam merealisasikan karya beliau di layar perak apabila kali ini beliau dengan lebih berani telah memaparkan adegan antara BRONT & NADIYA NISA di atas ranjang. Adegan itu menunjukan PINTO (bront) sedang mengurut kaki LARA (nadiya) dan kemudian PINTO seakan menjilat kaki LARA sehingga ke peha.

Aksi panas itu telah membuatkan para penonton tidak senang duduk. Walaupun semua itu hanya merupakan 'teknik kamera', namun ternyata lakonan BRONT & NADIYA NISA memang boleh dikagumi di dalam filem ini begitu juga dengan pelakon pelakon lain..dan kepada abang Osman, lepas ini harap dapat kurangkan lah adegan 18sx ni ye...


ZED ZAIDI - PRESIDEN BARU SENIMAN



Aktor Zed Zaidi telah dilantik untuk memegang jawatan Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi menggantikan Harun Salim Bachik yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Menurut laporan daripada KLPos, perlantikan Zed Zaidi yang juga merupakan Timbalan Presiden organisasi SENIMAN tersebut sebelum ini, telah mendapat persetujuan ketika Mesyuarat Agung SENIMAN yang diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS baru-baru ini.

Sebelum ini, Zed Zaidi telah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia dengan secara terbuka telah mempertikaikan kelayakan aktor terkenal, Aaron Aziz yang memenangi trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang lalu menerusi laman Twitter peribadinya dengan mempersoalkan faktor kewarganegaraan aktor tersebut.

Tindakan lantangnya itu telah dikritik beberapa artis terkenal termasuklah penyanyi No.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza yang menganggap tindakan Zed Zaidi adalah sebagai tidak profesional dengan membangkitkan isu tersebut.

Tuesday 29 May 2012

ROBERT PATTINSON tidak berlakon dalam filem terbaru THE HUNGER GAME


Baru-baru ini telah timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bintang siri filem "Twilight" Robert Pattinson, dikatakan bakal membintangi filem sekuel blockbuster "The Hunger Games", iaitu "Catching Fire".

Namun menurut laporan daripada USA Today, Pattinson telah menafikan khabar angin tersebut. "Saya bangun pagi (Sabtu) dan saya terbaca laporan tentang berlakon dalam filem sekuel "The Hunger Games". Jadi saya menghubungi ejen saya, dan dia menafikannya," kata Pattinson ketika ditemui di Festival Filem Cannes, Perancis.

Menurut Pattinson lagi, dia berasa lega apabila ejennya mengesahkan dia tidak menerima langsung tawaran untuknya berlakon dalam filem itu.

Sementara itu, filem terbaru lakonan Pattinson "Cosmopolis" yang dijangka akan berada di layar perak Amerika Syarikat pada Ogos ini, telah mendapat pujian semasa ia ditayangkan di Cannes.

Pattinson juga mengakui dia berasa agak gementar apabila filemnya itu ditayangkan untuk penonton di Cannes.
"Sehari sebelum tayangan, David Cronenberg beritahu saya bahawa penonton di Cannes ini suka mengkritik. Jadi saya sememangnya saya jangkakan akan mendapat kritikan."

"Saya tidak menonton langsung filem itu, saya hanya tunggu semua orang keluar. Tiga jam saya menunggu dengan panik," katanya ketika menunggu reaksi penonton selepas keluar dari pawagam.
Namun filem "Cosmopolis" sebaliknya mendapat pujian daripada penonton yang kagum dengan filem tersebut, dan ini telah membuat Pattinson berasa lega.

TOMOK dikurniakan cahaya mata


Penyanyi yang semakin popular dan sedang mengorak langkah di dalam industri lakonan, TOMOK yang juga merupakan juara ONE IN A MILLION itu baru sahaja dikurniakan seorang cahayamata semalam di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Bayi lelaki seberat 3.33kg, selamat dilahirkan dalam keadaan normal dan TOMOK sendiri berasa amat teruja kerana beliau telah berjaya mengikuti proses bersalin puteranya itu daripada detik awal sehingga akhir. Malah, beliau juga yang telah menyambut kelahiran serta memotong tali pusat bayi sulungya.

Kami di PETISURAT ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada TOMOK & ISTERI di atas kelahiran bayi lelaki yang comel macam mereka berdua...;-)

Monday 28 May 2012

Perkembangan terbaru REMY ISHAK



Pelakon yang kacak berusia 30 tahun, Remy Ishak berkongsi keterujaan beliau dalam menjayakan watak sebagai Budi bagi filem yang dibintanginya untuk KRU Studios bertajuk "29 Februari".

Filem ini merupakan filem pertamanya berlakon bersama bintang baru, Jojo Goh yang merupakan aktres berbangsa Cina dan dimana gabungan mereka memberikan seribu satu kelainan bagi filem terbitan KRU Studios ini.

Ikuti temubual lebih lanjut mengenai filem ini bersama Remy Ishak :


Lama tidak mengetahui perkembangan Remy selepas membintangi filem "Nur Kasih The Movie", kongsi kepada peminat anda apa yang anda sedang lakukan buat masa ini? 
Saya baru sahaja habis penggambaran filem "Bravo 5". Kalau dapat lihat kulit saya bertambah gelap dari sebelumnya disebabkan filem Komando pertama di Malaysia ini. Untuk filem ini juga, saya digandingkan bersama dengan Beto Kusyairy. Yang terbaru, filem pertama saya bersama KRU Studios ialah "29 Februari".


"29 Februari" merupakan filem bergenre cinta bukan? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut watak anda dalam filem ini? 
Saya memegang watak Budi dimana dia lahir pada tahun lompat (29 Februari). Oleh yang demikian, tumbesaran otaknya jauh lambat berbanding orang lain. Yang membezakan dia hanyalah saiz badannya yang membesar. Filem ini secara keseluruhan adalah mengenai kisah percintaan diantara Budi dan Jojo Goh yang memegang watak seorang gadis berbangsa Cina yang akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Budi.

Apakah kesukaran yang dihadapi sepanjang penggambaran filem ini? 
Kesukaran yang paling saya rasai adalah memikul tanggungjawab memegang watak sebanyak 5 peringkat usia. Dalam cerita ini, karakter Budi banyak perubahan, namun pemikirannya masih kebudak-budakkan kerana lambat matang. Selain daripada itu, kesukaran paling tidak boleh dilupakan adalah ketika sesi penggambaran di Dataran Merdeka, dimana saya terpaksa berlakon dalam set penggambaran yang besar.

Senang tak berlakon dengan Jojo Goh, kerana dia merupakan pelakon baru bukan? 
Ya, betul dia masih baru dalam bidang lakonan dan rezeki dia kerana berjaya mendapat tempat di dalam filem tempatan. Saya boleh katakan senang bekerjasama dengan dia kerana sikap profesional yang dia miliki walaupun kadang-kadang dia tidak menepati kehendak pengarah. Kami banyak berinteraksi sesama sendiri untuk mendapatkan keserasian bersama.

Di dalam filem ini, Remy dikehendaki menyanyikan lagu di dalam sebuah babak percintaan, adakah sukar untuk menghayati watak sambil menyanyi? 
Ini pertama kali saya menyanyi di dalam filem. Walaupun pernah ada pengalaman menyanyi di pentas teater muzikal, namun perasaan dan pengalamannya jauh berbeza. Saya terpaksa menyanyi sambil berlari diiringi dengan tangisan ketika itu. Itu merupakan antara babak nyanyian yang saya tidak boleh lupakan. Terpaksa lakukan tiga perkara dalam satu masa yang sama. Filem ini betul-betul menguji kredibiliti saya sebagai pelakon kerana penat bermain dengan emosi. Mungkin juga, ini pengalaman pertama saya bekerja di bawah Edry Abd. Halim, disebabkan itu saya tidak dapat fahami apa yang pengarah mahukan. Namun semuanya berakhir dengan jayanya diatas kerja kuat dari produksi KRU Studios.

Terima kasih Remy Ishak diatas masa yang diluangkan
Sama-sama dan berjumpa lagi nanti!

"29 Februari" bakal ditayangkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada 30 Ogos nanti!

Akhirnya sah konsert LADY GAGA dibatalkan di indonesia



Sejak berita tentangan dari persatuan Islam terhadap konsert Lady Gaga menjadi isu hangat di Indonesia, pihak penganjur Big Daddy telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan konsert Gaga akan tetap berjalan, namun akhirnya terpaksa akur apabila Lady Gaga yang sepatutnya membuat konsert jelajah Asianya di Indonesia telah disahkan batal.

Laman KapanLagi melaporkan faktor yang membawa kepada pembatalan konsert tersebut adalah keselamatan penyanyi dan rakyat negara itu.

Berikutan itu, satu sidang media telah diadakan dimana wakil peguam Big Daddy, Minola Sebayang telah membuat pengumuman pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia.

"Pihak pengurusan Lady Gaga telah membatalkan konsertnya demi keselamatan Lady Gaga dan juga mereka yang bakal hadir ke konsert tersebut,"kata Minola pada sidang media yang diadakan di Nutz Culture, Senayan City, Jakarta Selatan.

Sementara itu, Presiden Big Daddy Live Concert, Michael Rusli berkata mereka menerima keputusan yang dibuat pihak pengurusan Lady Gaga pada 27 Mei 2021 untuk membatalkan konsert Gaga di Indonesia. Rusli kemudiannya menambah, pembeli tiket k

MEN IN BLACK 3 tewaskan THE AVENGERS



Filem box office "Men In Black 3" telah berjaya mendapat AS$55 juta (RM172 juta) pada minggu pertama ia ditayangkan, sekaligus menewaskan filem superhero "Marvel's The Avengers" untuk berada di tangga kedua.

Dipetik daripada Hollywood.com, filem "Marvel's The Avengers" mendapat AS$37 juta (RM116 juta) pada minggu pertama ia ditayangkan, walaubagaimana pun telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila "Marvel's The Avengers" merupakan filem paling cepat mendapat kutipan melebihi angka lima ratus juta iaitu sebanyak AS$513.7 juta (RM1.6 billion) dalam masa 23 hari tayangannya.

Filem lakonan penyanyi terkenal, Rihanna, "Battleship" berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak AS$44.2 juta (RM138.9 juta), manakala filem "The Dictator" di tempat ke empat dengan AS$41.4 juta (RM130.2 juta) dan tempat ke lima "Chernobyl Diaries" dengan AS$8 juta (RM25 juta).

Sunday 27 May 2012

JASON MRAZ buat konsert di Malaysia 19 Jun ini



Penyanyi yang terkenal dengan lagu "I'm Yours", Jason Mraz bakal mengadakan konsert jelajah buat kali kedua di Malaysia pada 19 Jun 2012.

Konsert Tour Is A Four Letter Word kali ini bertujuan untuk mempromosi album terbarunya, "Love Is A Four Letter Word" dan peminat bakal menyaksikan Mraz bergandingan dengan kumpulan muziknya sendiri.
Kali pertama penyanyi berusia 34 tahun ini mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2009.

Lapan peminat bertuah yang membeli tiket ke-200, 400, 600, 800, 1000, 1200, 1400 dan 1600 berpeluang memenangi satu pas belakang pentas dan bertemu Mraz.

Bakal diadakan di Stadium Merdeka pada jam 8.30 malam, peminat boleh mendapatkan tiket jenis Arena yang mempunyai tempat duduk bernombor dijual dengan harga RM95, RM185, RM298 dan RM345, manakala tempat duduk bebas pada harga RM75 dan RM235.

Tiket dijual secara talian di laman sesawang AirAsiaRedTix atau dapatkannya di cawangan Rock Corner, Victoria Music Centre dan juga KL Live Centre.

Dapatkan album cakera padat deluxe "Love Is A Four Letter Word" yang mengandungi 18 buah lagu termasuk empat lagu yang dipersembahkan secara 'live' serta video "I Won't Give Up". Album ini sudah mula dijual sejak 17 April lalu

Konsert jelajah Jason Mraz ini dibawakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. dan Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

ROBERT PATTINSON berlakon dalam filem sekuel THE HUNGER GAME


Pelakon Robert Pattinson yang popular dengan siri filem "Twilight" dikatakan bakal membintangi filem sekuel blockbuster "The Hunger Games", iaitu "Catching Fire".

Menurut laporan daripada Totalfilm, Pattinson yang dikaitkan akan membintangi filem "Catching Fire" dikatakan mampu memberi impak kepada filem ini dari segi sambutan terhadap filem ini.

Pihak produksi Lionsgate dikatakan berminat untuk mengambil Pattinson untuk membintangi "Catching Fire" dengan membawa watak Finnick Odair, seorang bekas 'tribute'(pemenang Hunger Games terdahulu) yang juga seorang kaki perempuan yang telah dipaksa untuk bertanding dalam Third Quarter Quell.

Malah pembabitan Pattinson masih diragui tetapi berkemungkin akan terjadi memandangkan filem "Catching Fire" ini telah pun mengambil Francis Lawrence sebagai pengarahnya, di mana dia sebelum ini telah pun bekerja dengan Pattinson untuk filem "Water For Elephants".

Status twitter LADY GAGA menimbulkan kemarahan rakyat Thailand



Artis penuh kontroversi Lady Gaga telah membangkitkan kemarahan para peminatnya di Thailand, selepas komen yang dibuat di laman Twitternya mengenai barangan tiruan di Thailand.

Menurut laporan dari abcnews.com, Gaga telah membuat komen tersebut setibanya di Thailand Rabu lalu.
"Saya baru sahaja tiba di Bangkok!Bersedialah 50,000 Thai 'monsterku'. Saya mahu pergi ke 'lady market' dan beli jam Rolex palsu."

Komen yang dibuat oleh penyanyi 'Born This Way' di laman Twitternya yang mempunyai pengikut sebanyak 24 juta telah membuat 'Little Monsters'nya di Thailand berang dengan komen tersebut dan menganggap komen itu telah menyinggung perasaan, menghina dan memberi persepsi buruk kepada imej negara Gajah Putih itu.

Komen tersebut turut mencetuskan kemarahan ramai nasionalis negara itu yang sememangnya tidak gemar apabila isu berkaitan dunia jenayah Thailand dibangkitkan oleh pihak luar.

"Kami lebih membangun dari kamu fikir,"komen Tweet DJ Surahit Siamwalla yang merancang mahu memboikot konsert Lady Gaga di Bangkok, Khamis ini.

Salah seorang peminat telah membalas komen Tweet Gaga dengan sinis berkata, "Selamat datang ke negara yang penuh dengan barang tiruan, selain jam, saya pasti terdapat banyak cd tiruan Lady Gaga juga."

Sementara itu, selain komen dan pakaian peliknya, Lady Gaga turut dikecam oleh banyak negara seperti Korea Selatan, Filipina dan Indonesia kerana lirik-lirik lagunya dikatakan mempersendakan kaum kristian dan mempunyai unsur-unsur pemujaan syaitan.

Hubungan FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA masih baik



"Kami tiada apa-apa masalah sebenarnya, saya pun tak tahu di mana retak menanti belah. mungkin rumah dia kot yang retak sedikit," ujar pelakon popular, Fizz Fairuz dalam nada berseloroh ketika diminta memberi penjelasan isu hubungannya dengan kekasih yang juga seorang pelakon, Almy Nadia.

Apa yang menghairankan Fizz, bagaimana kekasihnya itu boleh membuat kenyataan mengatakan hubungan mereka bagai retak menanti belah dan sudah lama tidak bertemu walhal baru dua hari lepas (Selasa) mereka bertemu.

"Kami tiada masalah dan saya hairan juga bagaimana dia boleh berkata sedemikian sedangkan baru semalam, kami bermain badminton sama-sama.
"Saya rasa mesti ada yang tokok tambah kenyataannya itu, tapi saya tak tahulah, biarlah. Saya akan ambil pendekatan diamkan diri saja," tambah Fizz lagi.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Almy yang mendakwa dirinya disisihkan oleh pelakon "Nur Kasih" itu hampir dua tahun, Fizz dengan tenang menjawab, "Selama dua tahun itu saya bekerja keras, usahakan karier saya sampailah saya dapat apa yang saya kecapi hari ini.

Dalam pada dua tahun itu juga saya tak pernah berhenti bagi dia kerja kerana dia sering mengadu tiada tawaran berlakon."
"Dalam tempoh dua tahun itu, saya nak kami sama-sama fokus dalam bidang lakonan, saya nak berjaya dan juga inginkan dia berjaya," ujar Fizz yang ditemui ketika majlis Makan Malam Rafflesia Raikan Hari Ibu Bersama 20 Selebriti di Hotel Royal, Rabu malam.

"Dia kata pada saya agar jangan berhenti berbohong, tetapi saya tidak pernah berbohong. Senang cakap saya ni jenis lelaki yang tidak boleh berjanji. Mungkin dia sudah menunggu lama.
"Mungkin juga dia merajuk kerana saya berjanji untuk belikan dia kereta tapi saya tidak tunaikan sebab dia tiada lessen," ujar Fizz dalam nada bergurau, namun mengakui apa yang dikatakannya benar.

Terdahulu Fizz pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar Almy selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah, namun tidak lama selepas itu, Almy menerusi sisipan BiPop mendakwa dirinya tidak tahu menahu mengenai lamaran tersebut. Malah mengakui hubungan cinta yang dibina hampir lima tahun itu ibarat retak menanti belah lantaran dirinya disisihkan oleh aktor tersebut.

Apabila diminta respon apakah dia masih akan meneruskan hasrat untuk melamar Almy, Fizz seakan enggan mengulas panjang namun masih cuba memahami gejolak perasaan kekasihnya itu.
"Saya sudah malas untuk mengulas panjang lebar mengenai perancangan saya untuk melamarnya. Saya serahkan semua pada takdir.

"Saya pernah berkata padanya, saya mahu melakukan semua ikut adat, tunggu selepas ibu saya balik daripada mengerjakan umrah. Jadi saya berharap agar di sana kelak, minta mak berdoa yang baik dan moga-moga mak mendapat gambaran di tanah suci kelak," ujarnya tersenyum.

Fizz walaubagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kekasihnya itu juga dalam dilema dan risau.
"Saya faham, mungkin dia sekarang bertambah risau, lebih-lebih lagi dengan kejayaan yang saya kecapi sekarang. Dia barangkali takut saya akan lupakannya. Mungkin juga dia menerima tekanan daripada pihak keluarga. Yalah, saya faham pihak perempuan mestilah risau," jelas Fizz panjang lebar dan tetap menegaskan berkali-kali pada wartawan bahawa hubungan antaranya dan Almy masih baik.

Sementara itu, ibu Fizz, Puan Noorhaizan Binti Jantan, 65, pula ketika ditemui di majlis yang sama mengakui bahawa dia kurang maklum mengenai insiden yang terjadi dan hanya mendengarnya secara lisan daripada kaum keluarga.

"Saya hanya dengar macam tu saja. Walaubagaimanapun, saya hairan juga kenapa Almy mengeluarkan kenyataan tersebut. Perkara sebegini (soal jodoh) biarlah diantara Fizz, Almy dan keluarga masing-masing saja yang tahu.

"Keputusan untuk memperisterikan Almy, semuanya terletak pada Fizz, biarlah mereka menyelesaikan hubungan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya cuma mendoakan yang terbaik saja buat Fizz," jelasnya yang turut mengakui sudah lama tidak bertemu Almy.

Ketika ditanya adakah dia merestui hasrat anaknya untuk melamar Almy, Noorhaizan berkata, "Semuanya terpulang kepada mereka sahaja. Saya merestui hubungan mereka. Segala keputusan hanya akan dibuat selepas saya pulang dari menunaikan umrah," ujarnya lagi.

Friday 25 May 2012

BUBU kekasih SYAHRINI bukan cucu sultan selangor



Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.

Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.

“Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.


Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.

“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.

“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu. (SINAR HARIAN)

#kredit mynewshub

REAKSI NORA DANISH BERKAITAN GAMBAR KONTROVERSI


Gambar yang di katakan mengambarkan pelakon jelita dalam keadaan mabuk dan menampakan seluar dalam beliau yang sedang hangat di perkatakan oleh segelintir masyarakat akhirnya terjawab.artis yang dikatakan itu adalah NORA DANISH.

NORA DANISH telah memaklumkan bahawa gambar tersebut memang beliau dan ianya bukan super impose atau pelanduk dua serupa dan NORA sendiri mengakui nya.NORA memaklumkan bahawa gambar tersebut di ambil ketika beliau pergi bercuti bersama keluarga JEJAI dan bukan sedang berparti di kelab malam serta NORA turut menyatakan pada masa itu beliau tidak berada dalam keadaan mabuk.

Sebelum ini NORA DANISH turut menimbulkan kontroversi apabila ber posing begitu seksi di dalam majalah GLAM dan NORA telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada semua pihak atas tindakan tersebut apabila pulang dari mengerjakan umrah.


Diharap pekara-pekara sebegini menjadi contoh kepada para artis yang lain untuk menjaga dan mengawal aktiviti peribadi agar masyarakat tidak memandang serong terhadap artis-artis di malaysia.ini adalah adat resam menjadi artis yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

Harap NORA DANISH dapat menerima pekara ini sebagai iktibar menjadi seorang artis dan tidak akan mengulangi pekara yang boleh menjatuhkan reputasi beliau di dalam industri seni tanah air.

Thursday 24 May 2012

FILEM G.I JOE di tangguh tayangan



 Filem yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton di seluruh dunia iaitu "G.I Joe Retaliation" yang dijadualkan akan menemui penonton pada 21 Jun 2012 di Malaysia, Singapura dan 29 June 2012 di seluruh dunia telah ditunda oleh pihak pengedar iaitu United International Pictures ke tahun depan iaitu pada 29 Mac 2013.

Menurut laporan dari Comingsoon, punca penangguhan filem itu adalah kerana ianya kini sedang dalam proses penukaran ke versi 3D.

"Sejak penggunaan format 3D di dalam filem, ianya jelas sekali diterima dengan baik oleh para penonton di seluruh dunia, oleh itu pihak kami dengan kerjasama Paramount Pictures telah pun memutuskan untuk memberi peluang kepada para penonton untuk menikmati filem tersebut dengan lebih baik dengan bantuan 3D," jelas Brian Godlner, Presiden dan CEO Hasbro dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkannya.

Tarikh baru yang diumumkan itu akan ditayangkan adalah serentak dengan filem yang diadaptasi daripada novel "Stephenie Meyer" oleh Andrew Niccol iaitu "Host".

HOORE! HOORE! akan buat sekuel jika dapat sambutan



Pengarah filem "Hoore! Hoore!", Saw Teong Hin tidak menolak kemungkinan akan membuat sekuel jika mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

"Sekiranya sambutan yang diterima amat menggalakkan, kenapa tidak. Mungkin saya juga boleh memasukkan lagu-lagu Allahyarham yang selebihnya yang tidak dapat dimasukkan dalam filem pertama, dan juga mengarap jalan cerita yang berbeza untuk lagu-lagu itu," kata Saw Teong Hin ketika ditemui pada tayangan perdana "Hoore! Hoore!" di TGV KLCC baru-baru ini.

Menurut Saw Teong Hin, idea untuk membuat filem ini tercetus kerana mahu memberi penghargaan kepada penghibur No.1 Asia satu ketika dahulu.

"Filem ini diinspirasikan dari lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad kerana saya minat dengan karya Allahyarham. Selain itu, saya juga ingin memastikan karya-karya seniman hebat ini tidak akan dilupakan oleh generasi baru akan datang," jelasnya.

Filem terbitan Astro Shaw ini menampilkan pelakon baru iaitu Akim AF7 dan Nurfarah Nazirah sebagai watak utama. Turut membintangi filem ini, Harun Salim Bachik, Adibah Noor dan Fauziah Nawi.
"Hoore! Hoore!" akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada 24 Mei ini.

gambar pelakon mabuk sehingga nampak seluar dalam



Industri hiburan dikejutkan lagi dengan kontroversi gambar seorang pelakon wanita yang didakwa mabuk selepas ia disebarkan kepada blog-blog hiburan serta akhbar tempatan.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, mereka telah menerima satu emel daripada seorang pengirim yang menghantar gambar pelakon tersebut sedang berhibur bersama rakan-rakannya di sebuah kelab hiburan hujung minggu lalu.

Malah beberapa blog hiburan turut mendakwa gambar tersebut menyerupai seorang pelakon yang tampil dengan imej baik dan baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

Gambar tersebut memperlihatkan pelakon itu terbaring sehinggakan tidak menyedari orang mengambil gambarnya.

apa pun sama-sama kita nantikan jawapan artis berkenaan.samada pelanduk dua serupa @ superimpose.hehehe..

REBUT 20 PASS BERMUSIM FILEM AKU ADA KAU ADA




Jom rebut peluang terbaik ini untuk memenangi 2 Pass Bermusim bagi filem terbaru AKU ADA KAU ADA lakonan hebat SAM & YANA. Apa yang anda perlu buat, hanyalah dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan dibawah dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.


1. NAMAKAN 3 FILEM LAKONAN SHAHEIZY SAM.
2. NAMAKAN 3 FILEM LAKONAN YANA SHAMSUDIN.
3. APAKAH YANG ANDA AKAN LAKUKAN JIKA BERPELUANG MELANCONG KE KOREA?


-Sila emailkan jawapan anda berserta dengan NAMA & CONTACT NO anda di email kami di petisurat26@gmail.com


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

* PASTIKAN ANDA ADALAH FOLLOWER PETISURAT (kalau belum sila submit email di ruangan jom join petisurat di bahagian atas sebelah kanan)
*PASTIKAN ANDA MERUPAKAN LIKERS PAGE FB PETISURAT (http://www.facebook.com/petisurat )
*ANDA MESTILAH SEORANG YANG SPORTING.
*BOLEH BERGAMBAR KETIKA PEMBAHAGIAN HADIAH.


Wednesday 23 May 2012

SAM & YANA JADI K-POP


Filem terbaru terbitan produksi baru PENCIL PICTURES bertajuk AKU ADA KAU ADA filem pertama arahan RAHILA ALI dan  lakonan pelakon popular SHAHIEZY SAM,YANA SHAMSUDIN & KAMAL ADLI di katakan sebagai filem ala-ala K-POP edisi malaysia ini,kerana filem ini 100% berlakon di negara KOREA.

Dalam filem ini kita boleh melihat aksi SAM menari dan menyanyi kerana ianya merupakan sebuah filem romantik muzikal.AKU ADA KAU ADA ini mengisahkan TINA (yana) telah berpindah ke kolej yang baru dan berjumpa kawan lamanya iaitu NORDIN (sam).NORDIN sangat takut kepada TINA kerana TINA selalu membuli beliau dan pada masa yang sama NORDIN jatuh cinta kepada TINA dan ingin meluahkan perasaan cinta nya kepada TINA.pada masa yang sama AZIZ rakan kelas NORDIN turut menyukai TINA.Pelbagai pekara yang lucu terjadi dalam perebutan TINA antara AZIZ dan NORDIN.

ANGAH rajalawak turut berlakon bersama dan memegang watak sebagai pensyarah di kolej tersebut serta filem ini turut memperkenalkan dua pelakon baru iaitu WANNA ALI dan SUFIAN ALI yang merupakan adik kepada pengarah filem ini.

Sama-sama kita saksikan kehebatan SAM & YANA menari,menyanyi bersama-sama dan melihat keindahan negara KOREA dalam filem AKU ADA KAU ADA di pawangam berhampiran anda pada 24 MEI ini.

#penambahan sikit kalau citer ini di tambah dengan dialog-dialog korea serta mengunakan pelakon korea sikit mesti lagi mantap dan menarik.lepas ini mintak pengarah buat kat negara lain pulak dekat india ke..buat ala-ala bollywood.....

GAMBAR SEKITAR PRA TONTON FILEM INI 








"Saya masih pantau SYAMSUL" - DATUK YUSOF HASLAM


Walaupun sudah berjaya menghasilkan filem box-office seperti "KL Gangster", "Evolusi KL Drift", dan kini tampil dengan filem terbaru "Bohsia 2: Jalan Kembali", pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof masih lagi dipantau oleh bapanya Datuk Yusof Haslam dalam pembikinan filem.

Menurut Datuk Yusof Haslam, selaku penerbit filem, beliau perlu memantau proses pembikinan filem berjalan kerana ia dilakukan untuk menjaga perkara-perkara sensitif yang boleh menimbulkan kontroversi dan persepsi negatif kepada masyarakat.

"Saya masih jalankan pemantauan ke atas pembikinan filem-filem anak saya, dan walaupun Syamsul sudah mempunyai pengalaman, penapisan filem ini masih dilakukan oleh saya," ujarnya.
Antara babak-babak yang dipantau oleh Datuk Yusof dalam filem "Bohsia 2: Jalan Kembali" adalah adegan di hadapan masjid, di mana watak Keting (Sofi Jikan) dilihat memaki dan menolak seorang imam sehingga terjatuh.

Walaupun adegan tersebut mungkin tampak keterlaluan bagi sesetengah pihak, namun beliau menjelaskan bahawa adegan tersebut perlu dalam memberi kesedaran dan keinsafan kepada para penonton.
"Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu."

"Sedangkan pada mulanya, anak saya yang juga pengarah filem ini, Syamsul Yusof mahukan watak Keting digambarkan menendang imam itu, tetapi saya tidak bersetuju kerana itu keterlaluan. Pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah Al-Qur'an sebagai nasihat yang berkaitan," jelasnya lagi.

Pengarah berusia 58 tahun ini menjelaskan walaupun beliau sentiasa memantau setiap filem yang diarahkan oleh anaknya itu, beliau tidak pernah menyekat kreativiti Syamsul untuk berkarya bagi menghasilkan filem yang menepati cita rasa penonton.

"Tiada orang ketiga" AIDA YUSOF


"Ia bukan berpunca kerana kehadiran orang ketiga," demikianlah respon Aida Yusof, isteri kepada pelakon Adi Putra ketika ditanya mengenai punca kemelut rumah tangga yang melanda mereka.

Aida yang ditemu pada satu sidang media khas mengenai isu penceraian rumah tangga mereka di Hotel Park Royal malam semalam menjelaskan, kemelut yang selama ini melanda rumah tangga mereka sejak April 2006 langsung tiada kena mengena dengan orang ketiga.

Malah menurutnya lagi, dia dan suaminya telah berbincang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Sambil menyifatkan keajaiban yang wujud dalam rumah tangga mereka ini sebagai sesuatu yang berharga, Aida juga menjelaskan bahawa keputusan mereka membawa masalah rumah tangga mereka ke mahkamah hanya untuk memfailkan sahaja dan tidak wujud penceraian. Dan dirinya juga terkejut bagaimana orang di luar sana sudah mengatakan mereka sudah bercerai walhal mereka masih bersama, cuma memerlukan sedikit waktu untuk berbincang dan menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Dalam pada itu, Aida turut menambah permasalahan yang dilalui mereka bukan juga disebabkan ketiadaan cahayamata yang menyerikan rumah tangga mereka.

"Ada yang kata perkara ini berlaku sebab ketiadaan zuriat. Persoalan itu tidak timbul. Kalau tiada zuriat, kami masih boleh mengambil anak angkat. Semuanya kerana masalah ketidaksefahaman dan hanya kami berdua saja yang tahu," ujar Aida yang sebelum ini merupakan isteri kepada Zul Handy Black.

Aida turut menyifatkan segala yang berlaku bukan satu kesilapan, tetapi satu pengajaran buat dia dan suami dalam mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.

"Hidup perlu diteruskan, selepas ini kami akan menjalani rutin harian seperti biasa, laksanakan tanggungjawab masing-masing seperti biasa," ujar Aida tersenyum.

Lagu NAJWA LATIF dikatakan mempersendakan wartawan


Penyanyi remaja sensasi Youtube, Najwa Latif sebelum ini pernah menjelaskan lagu terbarunya, 'Kosong' tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa terkejut apabila membaca laporan terbaru yang mengatakan single terbarunya itu ditujukan khas buat pihak media.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.

Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak, sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya kepada mStar.

Sementara itu, kakak kepada Najwa, Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan, saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja,"jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi.

"Dia tetap fokus pada pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini," kata Syafiqah.

AARON AZIZ bersedia untuk di periksa



Selepas kejayaannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, kehidupan Aaron Aziz dilihat semakin murah rezeki dan tidak kurang juga, dilanda kontroversi.

Apabila Zed Zaidi mendakwa industri lakonan terutamanya telah dimonopoli oleh pelakon bukan dari Malaysia, sekaligus meminta aktor "Ombak Rindu" ini menunjukkan permit kerjanya, Aaron mengambil langkah berdiam diri dan enggan ambil peduli tentang hal tersebut.

Ini kerana dia sedang sibuk dengan penggambaran drama "Adam Dan Hawa" serta kini berada di tanah suci Mekah bersama keluarganya untuk mengerjakan umrah.

"Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Saya hanya tahu tentang perkara ini selepas rakan-rakan saya memberitahu.

"Jadi biarkan sahaja sekiranya dia ingin menghantar FINAS atau mana-mana badan kerajaan untuk membuat pemeriksaan. Saya akan sentiasa berada di sini.

"Zaidi tidak sedar bahawa 'cabaran'nya itu menghina badan kerajaan seolah-olah mereka tidak melakukan tugas mereka dengan elok," ujar aktor kelahiran Singapura ini ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Aaron baru sahaja diangkat sebagai jurucakap atau duta kepada makanan ringan jenama Yourgurt walaupun pada mulanya kurang menggemari yogurt.

"Saya tidak suka makan yogurt sebenarnya. Ianya masam. Namun selepas saya berkesempatan merasanya selepas pihak Yourgurt menghubungi saya, ia adalah satu peluang yang baik."
Tambahnya lagi, "Apa yang penting adalah isteri saya menggemari yogurt dan makanan ini adalah bagus untuk anak-anak saya."

Selain daripada "Adam Dan Hawa", Aaron bakal muncul dengan filem "KL Gangster 2", "Dampak" dan juga "Cicakman 3". Malah Aaron juga telah ditawarkan menjadi pengacara program televisyen "Fear Factor Asia".

Monday 21 May 2012

SPA VOUCHER BERNILAI RM100 UNTUK DI MENANGI

Berita gembira kepada member-member PETI SURAT! Kami memiliki 20 VOUCHER SPA FACIAL FIRST yang bernilai RM 100 untuk diberikan kepada anda sebagai perhargaan kami diatas sokongan anda semua.

Syarat-syaratnya senang sahaja :

- Anda harus klik "LIKE" & KOMEN bagi artikel ini di wall FACEBOOK kami dengan membertiahu kami SIAPAKAH BAGI ANDA ARTIS YANG  PALING CUN @ KACAK & KENAPA ANDA PILIH ARTIS TERBABIT?

*Pastikan anda sudah join blog kami dengan hanya memasukkan email anda di ruangan 'JOINS PETISURAT' di bahagian atas di sebelah kanan page kami*

Apa yang anda tunggu lagi....faster guys....this vouchers could be yours!!!!!!!!


ZIZAN nafi menghidapi penyakit misteri



Walaupun sebelum ini pihak kepada pengacara "Melodi", Zizan Razak memberi penjelasan bahawa dia mengalami keradangan otot selepas dimasukkan ke wad beberapa hari, penjelasan tersebut tidak memuaskan hati beberapa pihak lalu muncul khabar angin bahawa dia menghidap penyakit misteri.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh Zizan walaupun turut berasa pelik dengan spekulasi yang dibuat oleh sesetengah pihak.
"Saya berasa tidak sedap badan lalu memandu sendiri ke hospital. Doktor ada membuat pemeriksaan jantung dan beberapa organ lain tetapi tiada sebarang masalah.

"Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa saya tidak cukup berat. Saya juga turut mempunyai surat pengesahan tersebut daripada doktor," ujar pemegang trofi Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) ketika ditemui selepas tamat majlis tayangan media filem "Bohsia 2: Jalan Kembali".

"Walaupun saya berasa pelik, saya menganggap orang mengambil berat. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya telah menjawab spekulasi tersebut dan berharap perkara sedemikian dapat dijauhkan.

"Saya tidak bercakap perkara (penyakit misteri) itu tidak wujud. Cuma kita sendiri tahu bagaimana kita ingin mengelak ia berlaku iaitu dengan bacaan ayat Al-Quran," jelas pengacara dan pelakon berusia 28 tahun ini lagi.

Mengulas tentang filem terbarunya, "Bohsia 2: Jalan Kembali", Zizan akui masih baru dalam industri perfileman dan perlu mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman bagi memantapkan mutu lakonannya pada masa akan datang.

Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan turut dibintangi oleh Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 7 Jun akan datang.

ADI PUTRA ingin bersanding semula bersama isteri


Minggu lalu kecoh seketika dunia hiburan tempatan selepas aktor Ady Putra menyatakan hasratnya untuk bercerai daripada isterinya, Aida Yusof, kemudian memutuskan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menarik balik tuntutan berkenaan.

Aktor filem "Aku Terima Nikahnya" ini yang memfailkan perceraian pada 14 Mei lalu telah menarik balik kes tersebut kira-kira jam 8 pagi, Isnin. Wartawan yang telah berkumpul di mahkamah berkenaan walaubagaimanapun gagal mendapatkan sebarang kenyataan daripada Ady sendiri.

Dalam kenyataan yang dipetik daripada laman mStar Online, Ady atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera enggan mengulas mengenai kes tersebut, sebaliknya menyatakan bakal mengadakan sidang media khas pada malam Selasa.

"Saya baru sahaja pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," ujarnya.

Aktor Singapura ini dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 dan sehingga kini belum dikurniakan sebarang cahaya mata disebabkan isterinya seringkali mengalami keguguran.
Sebelum ini Ady pernah menepis dakwaan selepas aktres Nora Danish dikaitkan dengan berita perceraian mereka.

Khabarnya ADI PUTRA akan mengadakan majlis doa selamat atas pembatalan penceraian beliau dengan isterinya dan turut akan membuat persandingan semula bersama-sama sempena pembatalan perceraian beliau.

NABIL HUDA selesa dengan status ibu tunggal


Aktres popular, Nabila Huda Suhaimi memberitahu hidupnya kini lebih gembira sebagai seorang ibu tunggal sejak menfailkan perceraian hampir 10 bulan yang lalu.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Keisha Lalila, berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau terganggu dengan statusnya sebagai ibu tunggal pada usia muda.

"Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai ibu tunggal. Walaupun perasaan sedih itu kadang-kadang datang, saya bersyukur kerana anak saya sentiasa bersama, malah kesibukan kerja saya juga membantu saya dalam mengatasi kesedihan itu.

"Buat masa sekarang, rasanya sangat susah untuk saya berenggang dengan Keisha kerana perasaan rindu akan cepat menyusup. Jadi saya akan bawa anak saya bersama ke lokasi penggambaran tidak kira di mana sekali pun,"katanya.

Pada Ogos tahun lalu, anak perempuan kepada lagenda rock tanah air Amy Search, telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas 3 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri berikutan tiada persefahaman.

Menurut Nabila lagi, buat masa sekarang ini dia tidak terfikir lagi untuk mencari pengganti kerana baginya anak dan kerjayanya adalah paling utama ketika ini.

"Saya tidak serik atau trauma dengan kegagalan perkahwinan saya, tapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini,"jawabnya ketika ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti.
Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri "Nikallaya" di selatan Thailand baru-baru ini dan bakal muncul dalam filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" pada 7 Jun ini.

"saya sendiri berasa malu" NORA DANISH



 Aktres jelita, Nora Danish telah memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam majalah Glam edisi Mei 2012 ketika dia berada di tanah suci Mekah baru-baru ini.

"Saya mengakui gambar-gambar yang tersiar agak melampau dan mengaibkan saya. Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu, tambahan pula dengan status saya sebagai ibu tunggal.

"Saya tahu itu salah saya. Oleh itu, saya memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," ujarnya.
Ibu tunggal kepada anak lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ini turut menjelaskan bahawa sesi fotografi tersebut telah dilakukan pada awal tahun lalu.

Sebelum ini aktres berusia 30 tahun yang terkenal dengan imej sopan telah dikritik dan menjadi bualan hangat peminat selepas gambar yang menampilkan aksi ghairah dirakam dan disiarkan ketika dia berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah.

Sementara itu Nora yang dikaitkan sebagai orang ketiga dan punca kegagalan rumah tangga antara aktor Singapura, Ady Putra dan isterinya turut menafikan dakwaan tersebut.

"Saya dan Ady hanya berhubung ketika bekerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Malah kami tidak pernah berkongsi kisah peribadi," katanya lagi.

Sunday 20 May 2012

SHAH RUKH SHAN tidak di benarkan ke stadium



Aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK) telah diharamkan daripada masuk ke stadium seumur hidup akibat kekecohan yang tercetus antaranya dengan pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhhede Mumbai, Rabu lalu.

Menurut laporan daripada Tribune, bintang berusia 46 ini yang juga merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, kini berdepan dengan siasatan polis akibat insiden berkenaan. SRK dikatakan telah membawa sekumpulan remaja, termasuk anak perempuannya Suhana masuk ke padang stadium berkenaan selepas tamat perlawanan pada malam Rabu.

Bagaimanapun, SRK telah dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan dari memasuki padang berkenaan, dan ia telah menyebabkan berlakunya pertengkaran hampir 15 minit sebelum SRK dilihat meninggalkan stadium.

"Pihak keselamatan telah menasihati SRK supaya meninggalkan padang namun beliau cuba untuk mencetuskan pergaduhan," kata Nitin Dalal yang merupakan Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA).
Dalal berkata, SRK dan sekumpulan remaja telah masuk ke padang selepas sejam setengah perlawanan tamat kerana mahu bermain kriket.

"Pengawal keselamatan telah memaklumkan kepadanya ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian, namun aktor itu menunjukkan sikap agresifnya malah menggunakan bahasa kesat terhadap pengawal keselamatan," ujarnya lagi.

Dalal turut mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan dan telah memutuskan untuk mengharamkan SRK daripada menjejak kaki ke Stadium Wankhede seumur hidupnya.

"Kami telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan dia masuk ke stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun tidak boleh," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.

Sementara itu, SRK telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah Jaipur hujung bulan ini selepas dia didapati telah melanggar undang-undang larangan merokok apabila dia dilihat merokok di kawasan stadium.