Wednesday 4 April 2012

Juri INDONESIA IDOL di kecam!


Para juri dari sebuah rancangan realiti Indonesia Idol telah di kecam oleh satu badan NGO atas komen yang di katakan merendah-rendah dan menghina para peserta yang hadir ke uji bakat.

Di pandang  sebagai memperlekehkan hak asasi manusia, sebuah badan NGO telah membuat laporan kepada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI). Menurut wakil dari badan NGO tersebut, beliau menyatakan bahawa komen-komen yang dilemparkan tiada berkaitan langsung dengan suara dan terlalu ke arah menghina penampilan serta menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

"Kami telah menilai tindakan tersebut dan ianya memang ternyata melanggar hak asasi seorang manusia bahkan turut di anggap menjatuhkan maruah atau penampilan seseorang itu" ujar beliau lagi.

Laporan itu menyuruh KPI melarang tegas sikap para juri yang merendahkan, mendiskrimasi atau mengeluarkan komen sebegitu lagi.

No comments:

Post a Comment