Sunday 8 April 2012

"saya minta maaf" AZZA ELITE


Azza Elite atau nama sebenar, Nor Azzarima binti Zawari memohon maaf di atas kesilapannya tidak memakai tudung ketika majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Bukit Antarabangsa.

Ujar Azza yang membuat pengakuan di laman Twitternya, pada hari pertama lagi dia sudah memohon maaf di atas kesilapan tidak menghormati tempat suci seperti itu. Dia juga telah menyuruh salah satu laman blog tempatan untuk menarik balik kenyataan peribadi yang telah ditulis mengenai dirinya.

"Saya sudah memohon maaf dari hari pertama lagi dan ianya datang dari hati saya yang benar-benar menyesal di atas kejadian yang berlaku pada tempoh hari. Bagi mereka yang membuat kenyataan mengenai saya, sila tarik balik kenyataan mereka."

Ujar Azza lagi, dia agak marah dengan segelintir masyarakat yang masih terus menceritakan perkara tersebut dan mahu memperbesarkan lagi perkara yang diakui kesilapannya dan dirasakan sudah selesai.
"Saya mengaku silap saya. Kenapa semua orang masih mahu membesarkan cerita ini."
Azza yang sah menjadi isteri kepada pramugara Air Asia Sdn Bhd Azlan Zulaily pada 1 April yang lalu turut akui merasa kecewa dengan pihak tersebut.

No comments:

Post a Comment