Friday 30 March 2012

Pasangan dalam filem yang menjadi ingatan.....

TAN SRI P,RAMLEE & SALOMA
Pasangan legenda yang merupakan ikon kepada industri seni tanah air,TAN SRI P.RAMLE & SALOMA cukup terkenal dan tidak mungkin sekali dilupakan oleh masyarakat di malaysia.Jiwa seni yang berada dalam jiwa mereka terjalin hubungan cinta yang romantik dan membawa kepada ikatan perkahwinan.Banyak lagu duet yang di hasilkan bersama yang sekarang masih di dengari oleh masyarakat sekarang.P.RAMLEE meninggal dunia pada 29 mei 1973 dan tidak lama kemudian SALOMA meninggal dunia.

JAMAL ABDILLAH & FAUZIAH AHMAD DAUD (OGY)
Filem AZURA pada tahun 1984 mengandingkan JAMAL & OGY sebagai watak utama dalam filem itu mendapat sambutan yang memberangsangkan.Lakonan yang mantap antara JAMAL & OGY telah menyentuh hati para penonton pada waktu itu.Sehinggakan ramai peminat menyangka mereka berdua akan menjadi suami isteri namun jodoh tidak memihak pasangan ini.Lagu duet mereka tidak jemu di dengar malah sering di nyayikan di pusat-pusat karoake.Filem AZURA telah menjalankan pembikinan semula pada tahun 2012 dengan gandingan SHAHRIZAL & NEELOFA namun tidak mendapat sambutan dan penonton lebih mengemari lakonan pelakon asal.


AWIE & ERRA FAZIRA 
Siapa yang tidak lupa kepada pasangan sensasi AWIE & ERRA dalam filem romantik SEMBILU pada tahun 90 an.Filem yang mendapat kutipan pecah panggung ini telah serta merta menaikkan nama ERRA FAZIRA di dalam industri perfileman tanah air.Hubungan percintaan yang memang sudah terjalin di luar filem menjadi sering menjadi perhatian dan menjadi perbualan hangat.Ramai yang menantikan perkahwinan mereka namun jodoh tidak kesampaian,hubungan percintaan mereka putus di tengah jalan.Namun pasangan ini menjadi ingatan kepada pengemar filem cinta.

FARID KAMIL & LISA SURIHANI
Pertama kali di gandingkan dalam filem IM NOT SINGLE,LISA & FARID telah mewujudkan keserasian di antara mereka berdua dan seterusnya sering di gandingkan dalam kebanyakkan filem.Namu filem LAGENDA BUDAK SETAN telah memberi impak kepada mereka apabila penonton sangat menyukai lakonan mereka.Ramai yang menyangkakan mereka berdua bercinta,tapi ternyata ianya tidak apabila LISA berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu YUSRI KRU.Di maklumkan filem LAGENDA BUDAK SETAN 2 akan berada di pawangam tidak lama lagi.

SHAHIEZY SAM & YANA SAMSUDDIN
SAM & YANA mungkin anda tidak dapat lupakan.pasangan yang selalu di gandingkan dalam filem keluaran METROWEALTH ini menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat mereka sama ada mereka bercinta atau tidak.kemesraan dan keserasian mereka menjadi topik hangat,mungkin di sebabkan kedua-duanya masih single dan baru ini mereka berduet menyanyikan lagu tema sebuah filem yang akan datang.Pasangan ini di gandingkan dalam pelbagai genre filem yang terbaru filem aksi 8JAM yang akan menemui penonton tidak lama lagi.Bagi SAM & YANA ramai diluar sana menyokong sekiranya anda berdua bercinta ;-)

REMY ISHAK & TIZ ZAQIYAH
Filem NUR KASIH membawa kepada terjalinnya hubungan cinta antara REMY ISHAK & TIZ ZAQIYAH,,menafikan hubungan mereka pada awalnya dengan menyatakan tiada apa-apa istemewa di antara mereka di luar filem dan akhirnya terbukti mereka memang bercinta.Lakonan mereka di dalam NUR KASIH betul-betul menyentuh jiwa dan perasaan para penonton sehingga ramai makcik-makcik di luar sana sangat mengkagumi si REMY ni.Ramai peminat REMY menyatakan mereka berdua memang sepadan dan di harapkan percintaan mereka kekal selamanya

No comments:

Post a Comment