Tuesday 10 April 2012

Pelbagai hantu dalam THE CABIN IN THE WOOD


Filem keluaran LIONSGATE ini mengisahkan sekumpulan rahsia yang mengawal segala gerak geri manusia demi melakukan pembunuhan dengan mewujudkan kisah seram di kalangan manusia. Kisahnya bermula apabila sekumpulan pelajar kolej telah merancang sebuah percutian di sebuah cabin yang terletak di dalam hutan, milik salah seorang sepupu ahli kumpulan itu.

Jauh di dalam hutan, pastinya tiada sebarang bentuk komunikasi dan segala apa yang berlaku adalah telah dirancang dengan rapi oleh kumpulan rahsia itu yang tunduk kepada tuntutan roh jahat juga iblis dengan menggunakan pelbagai peralatan canggih. Mereka mewujudkan hantu sebagai subjek untuk menjalankan pembunuhan dan juga sebagai langkah untuk menutup semua kejahatan daripada diketahui umum.

Namun, rancangan jahat mereka itu akhirnya telah dihidu oleh salah seorang pelajar dan mereka berkumpulan sedaya upaya cuba untuk melarikan diri. Pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi sehingga ada yang berakhir dengan kematian tragis. Filem yang penuh dengan  kejutan dan dirangkumi dengan adegan pembunuhan kejam ini bakal membuatkan anda tidak senang duduk, telah pun berada di pawagam di seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment