Thursday, 29 December 2011

Malaysia "Hall of Fame" 2011

Tinggal berapa hari sahaja lagi berakhirnya tahun 2011,kemunculan tahun 2012 di nantikan.segala suka duka sepanjang tahun ini tela berlalu dan di jadikan iktibar untuk menghadapi tahun baru yang bakal menjelma.tidak kurang hebat nya bagi dunia hiburan tanah air,banyak terdapat peningkatan nya dan kejayaan pada tahun 2011.

Peningkatan dalam indusrti filem tanah air yang dapat kita lihat,tidak kurang terhadap dunia penyiaran yang senantiasa meningkat serta dalam arena sukan tanah air yang menaikan nama negara di persada dunia.

Semua ini dapat kita lihat dalam carta "Hall of Fame" yang menunjukkan peningkatan industri hiburan tanah air,

Mari kita lihat carta "Hall of Fame" :

10. Pedulikan Kontroversi Nasi Lemak 2.0

'Nasi Lemak 2.0' mengutip lebih daripada RM7juta
Walaupun akhbar tempatan khususnya milik kerajaan menghentam Namewee, polemik itu gagal menghalang peminat filem tempatan menyerbu pawagam bagi menyaksikan filem sulung arahannya, Nasi Lemak 2.0.

Filem itu juga dibantah golongan ekstrimis politik yang menuntut filem itu diharamkan. Namewee, seperti biasa turut membalas hentaman itu di laman Youtube dengan caranya yang gemar memaki-hamun.

Pedulikan kontroversi, filem itu terus laris di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura. Ia turut ditayangkan kepada pelajar Malaysia di Melbourne, Australia sempena Hari Kebangsaan dan di Golden Horse Film Festival, Taipei.

Akhirnya, filem yang turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor itu mengutip lebih RM7juta di pawagam.

Rata-rata yang menonton menyukai filem itu yang berkisar mengenai pertandingan memasak nasi lemak terbaik sedangkan yang tersirat ia menceritakan tentang jatidiri bangsa Malaysia.

9. Siti Nurhaliza Lancar All Your Love

Setelah 16 tahun bertapak dalam industri muzik, akhirnya Siti Nurhaliza memiliki album Inggeris sendiri, “All Your Love”.Satu percubaan berani untuk melonjakkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.

Album yang mendapat sentuhan komposer Australia itu turut dipasarkan di iTunes dan secara digital di toko muzik online. Tersebar ke seluruh dunia lagu-lagu Siti kali ini.

Walaupun kurang mendapat perhatian stesen radio berbahasa Inggeris tempatan, cabaran itu tidak melemahkan semangat Siti.Malah, sebutan nyanyiannya juga turut dipertikai ramai.

Sehingga kini, sebanyak 10 ribu unit telah terjual dan Siti juga dikatakan mahu mempromosikan albumnya di Indonesia dan Singapura.

Malangnya usaha Siti itu nampaknya tidak akan diiktiraf di Anugerah Industri Muzik tahun depan kerana album tersebut tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat untuk layak dicalonkan.

8. Drama Aksi Juvana Popularkan Johan As’ari

Drama berlatarkan pesalah juvana dipertontonkan kepada masyarakat dalam sebuah drama bersiri popular, Juvana di TV3. Drama yang diarahkan Faisal Ishak itu telah melonjakkan nama pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Johan As’ari.
 
Sebelum ini, tidak ada yang kenal pada Johan As’ari, pelakon yang memegang peranan sebagai Botak. Kesan drama itu, sehingga kini masih lekat gelaran Botak itu walaupun Johan sudah berambut.

Juvana bukan saja mempopularkan Johan, malah pelakon lain turut mendapat tempiasnya. Cikgu Zakiah, watak yang dipegang oleh Izreen Azminda dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Johan.

Menariknya drama tersebut apabila penonton didedahkan kepada kehidupan sebagai pesalah juvana yang jarang sekali disajikan kepada mereka. Sekolah Wira Bakti dianggap sebagai sebuah negara yang dilanda pelbagai konflik termasuk penyalahgunaan kuasa, buli dan banyak lagi.

Juvana turut dibarisi pelakon hebat antaranya Beto Kushairy, Bront Palarae, Adam Shaz, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

7. Rahsia Nora Terbongkar

Kalau Enfiniti Vision Media menerbitkan teater, pastinya tanda aras yang cukup tinggi diletakkan. Tahun ini menyaksikan Tiara Jacquelina beraksi lasak di pentas Istana Budaya sebagai Nora dalam teater muzikal The Secret Life of Nora.

Bukan sekadar menggunakan tenaga kreatif tempatan, teater arahan Steven Dexter itu turut mendapat sentuhan pelakon Broadway, Ryan Silverman sebagai Agent Roger.

Peminat teater yang menyaksikan teater itu cukup terpesona dengan nyanyian Ryan malah wajah kacaknya menjadi igauan setiap penonton wanita. Pengacara popular, Aznil Nawawi berperanan jahat yang disayangi sebagai Mr.J Heart.

Selain lakonan yang mempersonakan, The Secret Life of Nora turut diperhebatkan dengan pencahayaan dan rekaan set bertaraf Broadway. Lebih RM5 juta dibelanjakan untuk menerbitkan teater muzikal itu, namun ia amat berbaloi untuk mengangkat mutu teater muzikal tanahair.

6. Astro First Wayang Di Rumah Anda!

Kini dengan Astro First, rumah anda boleh berubah menjadi pawagam. Astro First menyediakan tayangan filem-filem terbaru untuk pelanggan pada harga yang berpatutan selama 48 jam tanpa henti.

Ada di antara filem yang ditayangkan baru seminggu di pawagam, namun telah boleh ditonton menerusi perkhidmatan tersebut yang disediakan Astro. Beberapa filem terpilih boleh disaksikan dalam format HD.

Permintaan pelanggan Astro terhadap perkhidmatan ini cukup baik. Dikatakan filem Hantu Bonceng telah dilanggan lebih 100 ribu pelanggan.

Ia memudahkan kerana peminat filem tidak perlu keluar rumah, mencari parkir kereta atau pun beratur di panggung wayang untuk membeli tiket.

Duduk dengan selesa di sofa ruang tamu kediaman masing-masing dan nikmati pengalaman menonton wayang terus ke rumah anda.

5. Lisa Surihani

Lisa Surihani pelakon yang paling hangat di laman-laman sosial
Ada apa dengan Lisa Surihani? Pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM22 ini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah berstatus duda, Yusry Abdul Halim.

Walaupun pasangan hangat ini masih lagi berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, ramai yang menjangkakan ia akan berlangsung Februari tahun depan.

Di ruang maya, gadis comel itu amat senang didekati masyarakat. Sifatnya yang sopan santun cukup disenangi semua. Lisa merupakan antara selebriti yang memiliki jumlah pengikut (follower) teramai di Twitter dan juga Facebook.

Di medium filem, Ombak Rindu yang dibintangi Lisa masih hangat ditayangkan di pawagam tempatan. Beberapa filem lakonannya masih lagi menunggu untuk ditayangkan antaranya Istanbul Aku Datang terbitan Red Films Sdn. Bhd.

Ada sesuatu tarikan yang menyebabkan Lisa cukup diminati ramai. Mungkin itulah aura yang ada sehingga menyebabkan Yusry tertarik kepadanya.

4. Khairul Fahmi Che Mat, Jagoan Bola Sepak Bertukar Selebriti

 Khairul Fahmi Che Mat mengalami pelbagai kontroversi cinta dalam tahun 2011
Arena suka bola sepak Malaysia nampaknya cuba meniru arena bola sepak antarabangsa. Hidup pemain bola sepak David Beckham dan Christiano Ronaldo sering menjadi tumpuan lensa, begitu juga di Malaysia dengan Khairul Fahmi Che Mat.
 
Perjalanan hidup pemain bolasepak yang berasal dari Kelantan itu menjadi caca-marba setelah kejayaannya menjulang nama Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Sejak itu, namanya meniti di bibir setiap peminat. Apa saja yang dilakukannya menjadi tumpuan masyarakat sehingga berlakunya pergolakan dalam hubungan cintanya dengan tunangannya, seorang gadis biasa.

Apek mula digosipkan menjalin hubungan dengan artis tempatan dan gambar-gambar peribadinya tersebar di internet.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, ia tidak sedikit pun menggugat semangatnya untuk membawa Malaysia menggondol ibu segala pingat emas di Sukan Sea baru-baru ini.

Apek bertindak selaku hero dalam perlawanan akhir bola sepak yang ditentukan menerusi sepakan penalti. Di padang, Apek ialah hero. Di dada akhbar, Apek ialah lubuk emas yang boleh dijual untuk melonjakkan penjualan akhbar dan majalah.

3. Tsunami Ombak Rindu

Lupakan filem aksi KL Gangster kerana tsunami Ombak Rindu sedang melanda negara! Mempertaruhkan nama besar Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae, filem itu cukup laris di pawagam.

Rata-rata yang menonton menyukai melodrama tipikal Melayu yang diarahkan oleh pengarah filem Anak Halal, Osman Ali. Salah satu faktor yang melonjakkan populariti filem ini termasuklah novel nukilan Fauziah Ashari dengan tajuk sama dan populariti Aaron Aziz sendiri.

Penonton mana yang tidak terpesona dengan wajah kacak Aaron Aziz sebagai Hariz, simpati pada nasib Maya Karin sebagai Izzah dan benci pada watak Lisa Surihani sebagai Mila.

Ada juga di kalangan penonton lelaki yang turut mengalirkan airmata sewaktu menyaksikan filem ini. Setakat ini, filem tersebut berjaya mengumpul RM10.25 juta dari penjualan tiket.

Trend melodrama ini nampaknya semakin menular setelah penonton disogokkan dengan drama-drama meruntun air mata seperti Nora Elena dan Tentang Dhia.

2. Yuna Terbang Ke Amerika Syarikat

Yuna semakin mengorak langkah jauh apabila dipelawa ke Miami, Florida untuk menjalinkan kerjasama dengan vokalis dan pemain drum kumpulan N.E.R.D, Pharrell Williams.

Yuna menjadi satu-satunya penyanyi tempatan yang diberikan peluang untuk mengikat kontrak dengan Fader Label di sana pada Mac lalu. Di sana, sebanyak lima lagu telah ditulis secara bersama dan akan dimuatkan dalam album terbarunya untuk pasaran antarabangsa awal tahun depan.

Walaupun usahanya diperlekehkan oleh penganjur Anugerah Industri Muzik 18, Yuna tidak menoleh ke belakang dan membuktikan yang penyanyi bertudung sepertinya mampu untuk berjaya.

Baru-baru ini juga, Yuna terlibat dalam sebuah konsert MTV Iggy dan disiarkan di internet. Yuna merupakan finalis untuk kategori Best New Band In The World 2011 di MTV Iggy.

1. Fenomena Aaron Aziz

Hero baru idaman Malaysia! Sebut saja nama Aaron Aziz, namanya ada di mana-mana saja. Baik di kaca televisyen, layar perak mahu pun di pentas teater. Anehnya, kemunculan pelakon kelahiran Singapura ini tidak pernah membosankan peminatnya.
 
Tahun 2011 boleh dikatakan tahun Aaron Aziz! Filem lakonannya, KL Gangster mengutip kutipan pawagam sebanyak RM11.75 juta sekaligus memegang takhta filem paling laris di Malaysia buat masa ini.

Drama lakonannya, Nora Elena pula berjaya meledakkan rating tertinggi di TV3, termasuk tontonan di portal Tonton.

Panggung Sari, Istana Budaya pula turut merasai tempias populariti Aaron sewaktu teater Badai Semalam dipentaskan. Teater itu kini memegang rekod penonton teater paling ramai dalam sesebuah produksi.

Hampir menjengah ke tahun baru, filem Ombak Rindu pula kini sedang rancak ditayangkan. Sehingga kini, sebanyak RM10.25 juta telah berjaya dikumpul.

Jangan terkejut jika Aaron Aziz muncul sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 mengenepikan penyandang gelaran tersebut, Shaheizy Sam.

10 selebriti seksi indonesia 2011

Persaingan dunia hiburan di indonesia sangat sengit,ramai selebriti menjaga penampilan mereka yang cantik jadi lebih cantik lagi dan ada sebilangan nya tampil dengan imej seksi.di petik oleh kapanlagi.berikut merupakan selebriti yang di anggap paling seksi 2011.

1. JULIA PEREZ - penyayi dangdut yang cukup di kenali dengan imej seksi nya.pakaian seksi sudah menjadi pakaian harian nya.









2.MAGDALENA - beliau tidak pernah berniat untuk berpakaian seksi,hanya di sebabkan watak french maid yang dilakonkan nya dalam drama KAKEK-KAKEK NARSIS membuatkn beliau di anggap seksi oleh masyarakat di negara tersebut.













3.CHANTAL DELLA CONCETTA- membuat kejutan ramai dengan pose seksinya dalam majalah FHM telah menjadikan gadis dari Anchor news ini di labelkan seksi. 














4.DEWI PERSSIK- di kenali sebagai Depe yang lebih popular sebagai pelakon daripada penyayi dangdut ,beliau   tidak ragu-ragu untuk berbikini dalam filem PACAR HANTU PERAWAN.








5.NIKITA MARZANI- penyebaran gambar topless beliau di internet oleh pihak yang tidak di ketahui telah menjadi isu di negara itu,namun beliau tidak berasa bimbang mungkin di sebabkan pakaian seksi merupakan pakaian seharian nya.













6.AGNI PRATISTHA- beliau mahu masyarakat menaggapnya sebagai puteri indonesia dengan ber "pose" seksi dalam ELLE magazine.









7.NADILA ERNESTA-bersuka ria di parti adalah biasa tapi bersuka dengan berbikini dan mengenakan topi polis hanya nadila sahaja yang boleh melakukan nya.














8.PEVITA E PEARCE-pelakon LOST IN LOVE ini selalu di kenali dengan imej "sweet girl".tanpa di sedari  gambar peribadinya dengan teman lelaki nya telah menjadi buah mulut oleh masyarakat,mereka menyedari  bahawa pevita sudah mencecah dewasa dan menimbulkan aura seksinya.












9.SHIELA MARCIA JOSEPH- ibu satu anak ini melekat dengan imej "bad girl" dengan gaya gadis rock & roll nya.beliau boleh dikatakan "she's sexy in her own style. 








10.SYAHRINI-beliau di anggap sebagai victoria & kim wanna be,kerana kebanyakkan pakaian,perhiasan dan gaya nya insipirasi daripada victoria beckham & kim kardashian  

Wednesday, 28 December 2011

FILEM YANG DI NANTI 2012

                                      JANUARI  - UNDERWOLRD : AWAKENING
In Movie Theaters : January 20, 2012 

Directed by  : Mans Marlind,Bjorn Stein
Starring : Kate Beckinsale ... Selene 
Michael Ealy ... Detective
Scott Speedman ... Michael Corvin 
Charles Dance

Distributed by : Sony Screen Gems                                                                   


 FEBUARI - GHOST RIDER 2
In Movie Theaters: February 17, 2012 Nationwide
Directed by: Mark Neveldine
Brian Taylor
Starring:
Nicolas Cage ... Johnny Blaze / Ghost Rider 
Idris Elba ... Moreau 
Johnny Whitworth ... Blackout 
Ciaran Hinds ... The Devil 
Violante Placido ... Nadya 
Fergus Riordan ... Danny
Distributed by: Sony Pictures
Genres: Action Fantasy Adventure 3D Sequel

                                      MAC - JOHN CARTER
In Movie Theaters: March 9, 2012 Nationwide
Directed by: Andrew Stanton
Starring:
Thomas Haden Church ... Hajus
Lynn Collins ... Dejah Thoris
Taylor Kitsch ... John Carter
Samantha Morton ... Sola
Dominic West ... Sab Than
Polly Walker ... Sarkoja
Distributed by: Walt Disney Pictures
Genres: Sci-Fi Adventure Fantasy Action

APRIL- THE THREE STOGES
In Movie Theaters: April 13, 2012 Nationwide
Directed by: Bobby Farrelly,Peter Farrelly
Starring:
Will Sasso ... Curly
Sean P. Hayes ... Larry
Sofia Vergara ... Unknown Female Lead
Chris Diamantopoulos ... Moe
Jane Lynch ... Mother Superior
Larry David ... Mother Mengele
Distributed by: 20th Century Fox
Running Time: 85 minutes
Genres: Comedy

MEI - THE AVENGER
In Movie Theaters: May 4, 2012
Directed by: Joss Whedon
Starring:
Robert Downey ... Tony Stark / Iron Man
Scarlett Johansson ... Natasha Romanoff / Black Widow
Samuel L. Jackson ... Nick Fury
Jeremy Renner ... Clint Barton / Hawkeye
Chris Evans ... Steve Rogers / Captain America 
Chris Hemsworth ... Thor
Distributed by: Walt Disney Pictures
   Genres: Adventure Action 3D Shot-In-3D Superhero

                                      MEN IN BLACK 2
In Movie Theaters: May 25, 2012 in 3,000 theaters
Directed by: Barry Sonnenfeld
Starring:
Will Smith ... Agents J
Tommy Lee Jones ... Agent K
Josh Brolin ... Young Agent K
Jemaine Clement ... Boris (villian)
Rip Torn ... Zed
Emma Thompson ... Agent Oh
Distributed by: Sony Pictures
Genres: Action Fantasy Comedy Sci-Fi IMAX 3D Shot-In-3DSequel

                                       JUN -GI JOE RETALIATION
In Movie Theaters: June 29, 2012 Nationwide
Directed by: Jon Chu
Starring:
Channing Tatum ... Duke Hauser
Byung-hun Lee ... Storm Shadow 
Dwayne Johnson ... Roadblock
Elodie Yung ... Jinx
D.J. Cotrona ... Flint
Ray Park ... Snake Eyes
Distributed by: Paramount Pictures
Genres: Adventure Action Sequel


JULAI -BATMAN :THE DARK KNIGHT
In Movie Theaters: July 20, 2012 Nationwide
Directed by: Christopher Nolan
Starring:
Christian Bale ... Bruce Wayne / Batman
Michael Caine ... Alfred 
Gary Oldman ... Jim Gordon 
Tom Hardy ... Bane
Anne Hathaway ... Selina Kyle / Catwoman
Joseph Gordon-Levitt ... John Blake
Distributed by: Warner Bros. Pictures
Genres: Crime Adventure Action IMAX Superhero SequelGangster

                                      OGOS- EXPENDABLES 2
In Movie Theaters: August 17, 2012 
Directed by: Simon West
Starring:
Sylvester Stallone
Bruce Willis
Arnold Schwarzenegger
Dolph Lundgren
Mickey Rourke
Terry Crews
Distributed by: Millennium Films
Genres: Action Sequel

SEPTEMBER-RESIDENT EVIL 
In Movie Theaters: September 14, 2012 Nationwide
Directed by: Paul W.S. Anderson
Starring:
Milla Jovovich ... Alice
Michelle Rodriguez
Johann Urb
Boris Kodjoe
Shawn Roberts
Sienna Guillory
Distributed by: Sony Screen Gems
Genres: Fantasy Adventure Sci-Fi Action Sequel

OKTOBER - THE CHAINSAW MASSACRE
In Movie Theaters: October 5, 2012 Nationwide
Directed by: John Luessenhop
Starring:
Tania Raymonde ... Nikki
Scott Eastwood ... Carl
Trey Songz ... Male Lead
Dan Yeager ... Leatherface
Alexandra Daddario (In Talks)
Distributed by: Lionsgate Films
Genres: Thriller Horror 3D Shot-In-3D Reboot

NOVEMBER -BREAKING DAWN PART 2
In Movie Theaters: November 16, 2012
Directed by: Bill Condon
Starring:
Robert Pattinson
Taylor Lautner
Kristen Stewart
Peter Facinelli
Billy Burke
Kellan Lutz
Distributed by: Summit Entertainment
Genres: Drama Sequel

 DECEMBER - THE HOBBIT
In Movie Theaters: December 14, 2012 Nationwide
Directed by: Peter Jackson
Starring:
Ian McKellen ... Gandalf
Hugo Weaving ... Elrond
Andy Serkis ... Gollum
Martin Freeman ... Bilbo Baggins
Richard Armitage ... Thorin Oakenshield
Aidan Turner ... Kili
Distributed by: Warner Bros. Pictures
Genres: Adventure Fantasy Drama Shot-In-3D 3D Prequel


HOLLYWOOD : Kutipan filem paling banyak 2011

  
10. “Captain America: The First Avenger”

keluaran Paramount film di pawagam pada Julai dengan jumlah sebanyak $176.7 juta.  

9. “Rise of the Planet of the Apes”
keluaran Fox studio film  di pawagam pada ogos dengan jumlah sebanyak $176.7 juta


8. “Thor”

keluaran Paramount film  di pawagam pada mei dengan jumlah sebanyak  $181 juta

7. “Cars 2

keluaran Buena Vista (Walt Disney) di pawagam pada June dengan jumlah sebanyak  $191  juta .

6. “Fast Five”

keluaran Universal Studios film di pawagam pada april dengan jumlah sebanyak  $210 juta


5. “Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides”

keluaran Buena Vista (Walt Disney) film di pawagam pada mei dengan jumlah sebanyak $241juta

4. “The Hangover Part II”

keluaran Warner Brothers film  di pawagam pada mei dengan jumlah sebanyak  $254 juta

3. “The Twilight Saga: Breaking Dawn Part I”
keluaran Summit Entertainment film  di pawagam pada november dengan jumlah sebanyak  $260juta

2. “Transformers: Dark of the Moon

keluaran Paramount film  di pawagam pada Ju dengan jumlah sebanyak  $352 juta

1.“Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2”
keluaran Warner Brothers film  di pawagam pada Julai dengan jumlah sebanyak$381 juta


HOLLYWOOD :Berita sensasi 2011

 Kisah suka duka selebriti Hollywood sepanjang tahun 2011

10. Baby Harper Seven penyeri rumahtangga Beckham

Victoria Beckham bersama Harper Seven Beckham
Setelah 12 tahun mendirikan rumahtangga dan beberapa kali gigih mencuba, akhirnya pasangan selebriti terkemuka David dan Victoria Beckham menyambut kehadiran anak tunggal perempuan mereka yang dilahirkan di Los Angeles pertengahan tahun ini. Pasangan tersebut turut meraikan kehadiran anak keempat mereka bersama tiga anak lelaki, Brooklyn, Romeo dan Cruz. Pasangan kaya raya itu yang dikatakan bernilai 165 juta pound telah menamakan puteri mereka Harper Seven. Sementara itu, penyanyi pop seksi Beyonce dan rapper Jay-Z bakal menimang cahaya mata sulung mereka yang dijadualkan lahir pada bulan ini sebagai berita penutup tirai dunia hiburan antarabangsa 2011.

9. Watak Craig & Rachel sebagai suami isteri dalam filem jadi realiti

Hero filem "James Bond", Daniel Craig bijak menggunakan kemahiran "risiknya" dengan menyembunyikan perkahwinan beliau dengan aktres jelita, Rachel Weisz di New York pertengahan tahun ini. Daniel dan Rachel dilaporkan mula menjalin hubungan cinta semasa di lokasi penggambaran filem "Dream House" di mana kedua-dua mereka membawakan watak sebagai suami isteri di dalam filem tersebut. Lebih menarik, momen istimewa itu hanya disaksikan oleh empat orang tetamu termasuk anak perempuan Daniel, Ella dan anak lelaki Rachel, Henry serta dua kenalan rapat mereka. Sehingga kini, aktor Britain itu lebih selesa mengunci mulut mengenai rumahtangga yang baru dibinanya dan hanya mengakui bahawa dia kini sedang dilamun cinta dan amat bahagia. Pasti menarik pengarah menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin filem aksi James Bond selepas ini.

8. Adam Lambert bertumbuk dengan teman lelaki

 Naib Juara American Idol 2009, Adam Lambert dan teman lelakinya yang juga bintang TV realiti, Sauli Koskinen telah ditahan oleh pihak berkuasa Helsinki baru-baru ini setelah terlibat dengan pergaduhan. Menurut laporan media tempatan, pergaduhan tersebut mula tercetus ketika mereka berada di dalam sebuah bar kumpulan gay, Don’t Tell Mama pada jam 4 pagi dan keadaan menjadi semakin tegang sehingga pergaduhan mereka berlarutan di luar bar tersebut. Beberapa orang pengunjung bar berkenaan dikatakan cuba meleraikan pergaduhan mereka tetapi sebaliknya turut terkena pukulan liar. Adam yang popular dengan lagu Whataya Want From Me menjadi perhatian dunia hiburan setelah membuat pengakuan dirinya seorang gay selain pernah mencetuskan kontroversi berhubung aksi erotiknya dalam satu majlis anugerah tidak lama dulu.


7. Demam Bieber melanda dunia

Tahun 2011 juga tidak ketinggalan dilanda demam Justin Bieber. Penyanyi remaja kegilaan gadis seluruh dunia yang berasal dari Kanada itu menjadi fenomena dunia setelah namanya dilonjak menerusi jejaring sosial. Rakaman video Bieber menyanyi yang dimuat naik di YouTube empat tahun lalu telah menarik perhatian promoter dari label muzik yang telah menjadikannya artis rakaman. Kini, penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan Never Say Never itu menjadi idola dunia dengan lebih 200 juta orang mengikuti akaun Tweeter beliau. Para peminat penghibur cilik sensasi berusia 17 tahun itu seperti dihipnotis dengan kelincahannya menghibur sehingga ada yang menangis gembira bertemu penyanyi yang dilabel sebagai “Macaulay Culkin” industri muzik itu walaupun beliau secara terbuka berkongsi kisah cintanya dengan hos TV remaja Selena Gomez. Penyanyi comel itu juga tidak terlepas dari terpalit dengan kontroversi apabila seorang remaja perempuan mendakwa hamil anak Bieber.



 6. Doktor Raja Pop Dijatuhi Hukuman Penjara

 Doktor peribadi mendiang Michael Jackson, Dr. Conrad Murray akhirnya dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara kerana didakwa bersalah menyebabkan kematian Raja Pop itu pada Jun 2009. Penyanyi “Thriller” itu dilaporkan meninggal dunia kerana penggunaan ubat bius secara berlebihan untuk bantuan tidur. Ubat bius tersebut diberikan oleh Murray di rumah sewaan penyanyi itu tidak lama sebelum konsertnya dijadualkan berlangsung di London. Pihak juri menyatakan Murray bersalah atas pembunuhan tidak disengajakan kerana kelalaian besar doktor tersebut. Baru-baru ini, anak perempuan Michael, Paris yang muncul dalam program bual bicara, Ellen Degeneres telah mendedahkan bagaimana dia sering merasa bodoh apabila dipakaikan topeng oleh Michael apabila berada di khalayak ramai ketika kecil tetapi akhirnya memuji tindakan ayahnya yang ingin melindunginya. Michael juga sempat berpesan kepada Paris yang bakal membintangi filem animasi supaya terus mengembangkan bakat lakonannya.


5. Harry Potter lakar sejarah filem fantasi terbilang

Dunia magis Harry Potter telah berjaya meletakkan filem kelima, “Harry Potter and The Deathly Hallows (Part II)” sebagai filem Hollywood palis laris dengan mencapai kutipan lebih USD1billion. Kejayaan yang dicapai dalam tempoh tayangan 17 hari itu merupakan rekod terpantas bagi sesebuah filem sekali gus menjadikannya filem paling berjaya bagi syarikat perfileman Warner Bros dan francais fantasi terbilang dalam abad ke-21 ini.  Helah magis watak budak lelaki berambut hitam dengan kening tebal yang didukung oleh pelakon dari Britain Daniel Radcliffe itu ternyata berkesan sehingga dia dinobat sebagai selebriti muda terkaya di dunia!


4. Hollywood suram dengan pemergian Liz & Amy

Pentas layar perak turut diselubungi kemuraman dengan berita kematian pelakon lagenda, Dame Elizabeth Taylor yang lebih dikenali dengan nama, Liz Taylor, Mac lalu. Aktres tersohor itu meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat serangan jantung. Sejak sedekad yang lalu, Liz dilaporkan telah mula menderita gara-gara terjatuh dari menunggang kuda selepas penggambaran filem “National Velvet”. Pemenang anugerah Oskar melalui filem “Who’s Afraid of Virginia Woolf” dan “Butterfield 8” itu bukan sahaja meninggalkan legasinya dalam industri filem malah turut meninggalkan barangan milik peribadi beliau kepada para peminatnya yang membabitkan bidaan jutaan ringgit. Empat bulan kemudian, dunia hiburan antarabangsa pula gempar dengan kematian mengejut penyanyi kontroversi, Amy Winehouse pada usia 27 tahun akibat mengambil kokain secara berlebihan di pangsapurinya di Camden, London. Penyanyi lagu Rehab itu yang pernah mengikuti proses pemulihan daripada penagihan alkohol dan dadah khabarnya kembali kepada tabiat buruknya itu setelah hubungan dengan kekasihnya, Reg Traviss goyah manakala suami penyanyi itu, Blake Fielder-Civil pula masih meringkuk di penjara ketika itu. Sebulan sebelum mendiang meninggal dunia, konsert jelajah Eropah penyanyi itu terpkasa dibatalkan ekoran prestasinya yang mengaibkan dalam persembahan di Belgrade, Serbia. Amy telah dicemuh para peminatnya kerana tidak mampu mengingati lirik lagu akibat khayal.


3. Adele ketepikan kritikan untuk muncul artis terbaik

Penyanyi kelahiran Britain, Adele yang kini popular dengan lagu “Someone Like You” merupakan satu testimoni yang mana saiz bukan ukuran untuk menjadi penghibur pujaan. Adele semakin mengukuhkan namanya di dalam dunia muzik setelah berjaya membuat persembahan solo di dewan konsert berprestij Royal Albert Hall di kota London baru-baru ini. Konsert itu dimuatkan dalam bentuk DVD berjudul, “Adele: Live at Royal Albert Hall” yang juga bakal menjadi kegilaan peminat Adele seluruh dunia. Pelantun lagu “Rolling In The Deep” itu juga sinonim dengan lagu-lagu yang bertemakan kisah cinta yang menyedihkan sehingga aktres terkemuka Hollywood Julia Roberts menerusi laman Twitter peribadinya memetik, beliau akan lebih dahulu melindungi Adele sekiranya bakal kekasih Adele cuba melukai hati penghibur itu.

2. JLo & Demi Moore kembali menjanda

Penghibur terkemuka Jennifer Lopez dan aktres popular Demi Moore mengalami nasib yang sama apabila kembali menjanda selepas rumahtangga yang dibina hancur berkecai. Setelah menyelusuri alam perkahwinan selama tujuh tahun, pasangan Latin, Jennifer atau lebih terkenal dengan jolokan nama JLo dan suaminya Marc Anthony akhirnya bercerai Julai. Pasangan berprofil tinggi itu bagaimana pun bijak menyembunyikan masalah rumahtangga mereka sehingga gagal dihidu oleh pihak media sehinggalah saat mereka mengumumkan berita penceraian. Hak penjagaan anak kembar pasangan itu, Max dan Emme diserahkan kepada JLo namun kedua-dua penghibur itu masih bergaul rapat dan menghadiri majlis anjuran keluarga bersama. Khabar angin mengatakan perceraian mereka terjadi atas sebab kehadiran pihak ketiga tetapi sumber yang rapat dengan pelantun hits On The Floor itu memberitahu bahawa JLo membuat keputusan berkenaan kerana dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap emosional suaminya yang baran dan gemar meninggikan suara. Sementara itu, usia perkahwinan Demi dengan aktor tampan, Ashton Kutcher hanya bertahan selama enam tahun. Kehidupan pasangan tersebut sering menjadi perhatian lensa kamera dan wartawan hiburan kerana jarak usia yang 15 tahun berbeza. Aktres seksi itu dikatakan nekad meninggalkan suaminya setelah berita kecurangan Ashton yang sinonim dengan filem “There’s Something About Mary” itu tersebar luas di media cetak dan elektronik serta laman sosial. Jumlah pembahagian harta sepencarian Demi dan Ashton dikatakan bernilai US$290 juta.



1. Perkahwinan singkat Kim Kardashian

Pelik tapi benar. Bercerai hanya selepas berkahwin selama 72 hari? Bintang realiti TV, Kim Kardashian yang mendirikan rumahtangga dengan pemain bola keranjang NBA, Kris Humphries Ogos lalu telah menfailkan permohonan cerai setelah dua bulan menjadi pasangan suami isteri. Perkahwinan mereka yang disambut penuh gilang gemilang dengan perbelanjaan lebih US$10 juta musnah kerana Kris dikatakan tidak mempunyai pekerjaan dan ditanggung sepenuhnya oleh Kim sehingga menyebabkan pasangan itu sering terlibat dalam pertengkaran yang tegang. Namun begitu, si seksi Kim ini dikatakan tidak menyatakan sebarang sebab rasmi kenapa mereka berpisah malah masih ingin terus menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu.

Tuesday, 27 December 2011

Vietnam : sekat facebook !! mark zuckerberg di benarkan masuk

Pihak kerajaan Vietnam menyekat penggunaan FACEBOOK di kalangan rakyat di negara nya tapi tidak boleh menyekat pengasas laman web sosial Mark Zuckerberg memasuki negara itu sebagai pelancong untuk bercuti di negara pemerintahan komunis itu.

Zuckerberg menghabiskan masa cuti krimas nya di tempat percutian popular di Ha Long Bay atau di panggil Trinh Dang Thanh bagi penduduk tempatan di selatan bandar vietnam.beliau di katakan tiba di vietnam pada 22/12/11

Pengasas Facebook menghabiskan musim cuti krismas nya dengan bersiar di  gunung sapa dan menunggang kerbau mengelilingi kawasan tersebut.

Vietnam merupakan negara yang menyekat sekeras-keras nya pengunaan laman sosial milik Mark Zukerberg ini,namun golongan  belia di negara itu dengan senang melayari facebook.



Gambar Mark di ambil ketika tengah menuggang se ekor kerbau dekat resort of sapa di selatan bandar vietnam.Vietnam menyekat penggunaan facebook di kalangan rakyat nya namun tidak dapat menyekat pemilik laman sosial itu memasuki negara nya.

MERRY CHRISTMAS TO MARK!!!!! HEHEHEHE

LEFTHANDED kembali !!!



Kumpulan rock Lefthanded merupakan sebuah kumpulan rock era 1980-an dan 1990-an yang telah mencetuskan satu fenomena dengan banyak memberi impak yang kuat kepada peminat-peminat yang membesar bersama genre ini.

Lagu-lagu popular mereka seperti "Debunga Wangi", "Kenangan Bersamamu", "Seruan", "Tiada Lagi Kidungmu" dan banyak lagi. Dan sehingga kini lagu-lagu tersebut masih lagi diputar di radio-radio tempatan.
Dan buat peminat-peminat yang dahagakan kemunculan semula Lefthanded, kumpulan rock ini membawa khabar gembira buat peminatnya apabila mereka akan muncul dengan album baru pada awal tahun 2012.
Walaupun kelibat mereka ini sudah lama tidak beraksi di pentas persembahan, tetapi vokalis mereka, Nash, sering tampil solo namun masih menyanyikan lagu-lagu popular ketika bersama Lefthanded atas pemintaan ramai.

Man Kidal yang merupakan pemain gitar Lefthanded memberitahu bahawa mereka masih rapat dan tahun 2012 merupakan tahun kemunculan semula Lefthanded di pentas muzik.
"Sebenarnya, kami sudah buat 'comeback' di TV baru-baru ini menerusi satu program yang menggandingkan kami dengan May dan XPDC. Dari program itu, kami mendapat respons yang bagus di kalangan peminat dan bermula dari situ, semangat kami berkobar untuk kembali beraksi," katanya.
Tambah gitaris bertangan kidal ini turut menyatakan semangat Lefthanded kini semakin membara selepas mendapat tawaran untuk merakam album bersama PM Studios.

Ujarnya, tawaran yang diberikan menarik perhatian mereka kerana mereka bukan sahaja ditawarkan untuk merakam album, malah akan diberi kepercayaan membuat konsert di Tawau, Sabah.
"Mengenai konsert itu nanti, ia terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, faktor utama kami menerima tawaran bekerjasama dengan PM Studios adalah kerana tawaran menghasilkan album baru.

"Begitu juga, peluang mengadakan persembahan di Tawau menjadi platform terbaik untuk kami 
mempromosikan album baru ini nanti," kata Man Kidal kepada Harian Metro.
Bercerita tentang album baru mereka itu, Man Kidal memberitahu bahawa proses rakaman album ini dilakukan di PM Studios di Tawau. Ini merupakan album ke11 Lefthanded dan Man Kidal berharap proses 'mastering' dapat dilakukan di Australia.

10 fakta lucu & aneh dalam SHERLOCK HOLMES



Bersempena tayangan filem sekuel "Sherlock Holmes: A Game of Shadows" yang bermula 22 Disember lalu, ketahuilah beberapa fakta tentang watak penyiasat unik era Edward-Victoria ciptaan Arthur Conan Doyle ini.

1. Sekalipun frasa "Elementary, my dear Watson" seringkali dikaitkan dan dijadikan catchphrase Sherlock Holmes dalam drama dan filem, ia tidak pernah ditulis oleh Arthur Conan Doyle sebagai penciptanya dan tidak pernah disebut dalam mana-mana buku "Sherlock Holmes".

2. Holmes tidak pernah bercinta dengan Irene Adler seperti yang ditonjolkan di dalam filem arahan Guy Ritchie. Hanya sekali sahaja watak Holmes bertunang, namun ia dilakukan semata-mata untuk menyelesaikan satu kes dalam "The Adventure of Charles Augustus Milverton". Sekalipun Homes ada menunjukkan minat terhadap sesetengah klien wanitanya (terutamanya Violet Hunter dalam "The Adventure of the Copper Beeches"), dia tidak lagi berminat dengan mana-mana wanita sebaik sahaja wanita itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada masalah atau jalan penyelesaian kesnya. Irene Adler bukanlah kekasih Holmes, tetapi satu-satunya wanita yang pernah berjaya menumpaskan kepintaran dan berjaya membuat Holmes kagum, dalam "A Scandal in Bohemia". Namun begitu, Holmes terkenal kerana sifat budimannya dan amat menawan apabila berada di hadapan para wanita.

3. Topi deerstalker yang sinonim dengan imej Sherlock Holmes di muka depan novelnya atau filemnya tidak dicipta oleh Arthur Conan Doyle, tetapi oleh pelukis ilustrasi rasminya, Sidney Paget.

4. Sekalipun watak Holmes sangat saintifik dan hanya percayakan penyelesaian yang boleh dijelaskan, ironiknya, penciptanya Arthur Conan Doyle percaya dan amat komited dengan spiritualisme, kewujudan pari-pari dan makhluk halus.

5. Terdapat lebih daripada 260 buah filem, dua muzikal dan ballet berdasarkan buku Sherlock Holmes, termasuk komik "Conan" karya manga-ka Gosho Aoyama yang diinspirasi dari nama Arthur Conan Doyle.

6. Sherlock Holmes mengatakan dia menggunakan teknik deduktif dalam menyelesaikan masalahnya, tetapi menurut pakar metodologi, sebenarnya teknik yang digunakan itu adalah teknik induktif. Kesilapan ini adalah kesilapan teori Doyle.

7. Sherlock Holmes adalah figura popular pertama yang menyalahguna kokain dan morfin. Pada waktu watak Holmes dicipta, kokain dan morfin masih lagi sah dan boleh didapati tanpa preskripsi doktor – oleh sebab yang demikian, tiada siapa akan dikenakan tindakan undang-undang tetapi sesiapa saja boleh menyalahgunakannya. Ironiknya, pada era Edward – Victoria, kokain digunakan untuk mengubati masalah ketagihan opium. Kalau nak dibandingkan dengan zaman moden, istilahnya sama seperti memberikan syabu kepada orang yang ada masalah heroin!

8. Drama perubatan "House" diilhamkan dari Sherlock Holmes. Nama Dr. House diinspirasikan dari nama Holmes (jika disebut dengan pantas, bunyinya seperti "Homes" atau "Rumah"). Holmes hanya memilih kes yang ganjil manakala House suka menyelesaikan masalah perubatan yang unik. Rakan karib House ialah Dr. Wilson, manakala rakan karib Holmes adalah Dr. Watson. House mempunyai ketagihan pil preskripsi Vicodin, seperti Holmes ketagih kokain. Holmes tinggal di alamat 221B Baker Street sementara House tinggal di Baker Street dan apartmennya bernombor 221. Dalam musim kedua "House", doktor tersebut ditembak oleh seorang lelaki bernama Jack Moriarty, sementara musuh utama Holmes adalah Profesor Moriarty. Episod pertama House dimulakan dengan pesakit bernama Rebecca Adler sementara cerpen pertama tentang Holmes menampilkan watak Irene Adler.

9. Dalam 56 buah cerpen dan empat novel Sherlock Holmes, tidak walau sekalipun Sherlock Holmes mandi. Ini kerana Holmes tidak suka mandi! Ini disebut sendiri oleh Holmes dalam "A Scandal in Bohemia", di mana dia memberi alasan "mandi bukan satu hobi yang logik" apabila Irene Adler mengatakan dia lelaki pintar yang berbau.

10. Waris Arthur Conan Doyle pada awalnya menentang pemilihan Robert Downey Jr. sebagai Sherlock Holmes dalam adaptasi terbaru ini kerana mereka tidak mahu watak popular itu dikaitkan dengan seorang penagih dadah sebenar!

"PECAH" dari novel ke layar perak



Satu lagi filem diadaptasi dari novel sedang dalam pembikinan. Situasi ini membuktikan filem bercorak sebegini sememangnya mempunyai pengikutnya. Antara filem yang telah diadaptasi dan berjaya meraih keuntungan adalah "Lagenda Budak Setan" dan yang terbaru, "Ombak Rindu" dimana kedua-duanya diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd.

Tidak mahu dianggap tidak mengikut citarasa penonton, Grand Brilliance Sdn Bhd yang bernaung di bawah jenama Primeworks Studios turut mengatur strategi menghasilkan produk terbaru yang mementingkan kualiti dan jalan cerita yang bagus.

Yang terbaru, produksi ini muncul dengan filem "Pecah", adaptasi karya Nizam Bakeri yang menampilkan kelainan dari segi genre, iaitu mengenengahkan genre 'thriller'. Pergambaran telah bermula sejak 22 Disember lalu di sekitar Lembah Klang.

Teraju utama bagi filem ini dilihat mengambil risiko yang agak besar dimana menampilkan aktor dan aktress yang tidak berapa dikenali atau pun lebih tepat tidak setanding Fasha Sandha, hatta, Aaron Aziz. Ditanya tentang pemilihan pelakon Shah Hassan selaku produser bahagian porduksi filem berkata, mereka telah pun melakukan perbincangan sebelum sebulat suara memilih mereka sebagai gandingan utama. Ini dilihat dari segi aspek dan kredibiliti Tony Eusoff dan Izreen Azminda mereka sememangnya layak dan sesuai untuk gandingan bersama.

Filem ini mengisahkan tentang Tony yang memegang watak sebagai, Herman, seorang peguam yang membalas dendam terhadap lelaki yang menjalinkan hubugan sulit bersama isterinya yang dilakonkan oleh Izreen.

Perkahwinan Lisa & Yusri " Erra gembira"



Perkahwinan di antara aktress terkenal dan jelita, Lisa Surihani bersama pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abd.. Halim, bukanlah satu rahsia setelah satu majlis kecil telah dibuat untuk mengumumkan tarikh nikah dan persandingan yang bakal dibuat tahun hadapan pada tanggal 23 Februari di Masjid Tuaku Mizan, Putrajaya.

Umum sedia maklum tentang perkahwinan sebelum ini di antara Yusry dan Erra Fazira yang pernah berkahwin sekitar tahun 2003 hanya mampu bertahan lebih kurang 3 tahun. Kini semuanya tinggal kenangan dan Erra dengan Yusry kekal sebagai kawan baik. Dan Erra juga telah pun mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurnai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Erra yang diminta memberikan komen susulan mengenai berita perkahwinan bekas suaminya itu menyatakan bahawa beliau amat gembira dan mendoakan yang terbaik buat Yusry dan Lisa. Malah Erra berharap agar mereka berdua akan bahagia ke anak cucu dan segera menimang anak selepas disatukan nanti.

Monday, 26 December 2011

DATUK AC & DATUK EIZLAN


Sebelum ini terdapat khabar angin yang tersebar dalam akhbar dan blog menyatakan bahawa AC Mizal sudah bergelar Datuk. Namun kesahihan cerita tersebut samar dan menjadi teka-teki kepada peminat dunia seni tanah air.

Dipetik dari Harian Metro, segala teka-teki ini akhirnya terjawab juga apabila Mizal Zaini, 40 atau lebih dikenali sebagai AC Mizal telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada satu Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81.

"Dalam tempoh berkenaan, ramai peminat mahu tahu apa cerita sebenar di sebalik berita penganugerahan pingat ini selepas ia tersiar dalam akhbar dan Internet kerana ketika itu saya belum menerimanya secara rasmi," ujarnya.
"Malah, ada segelintir peminat juga membuat bermacam-macam spekulasi sehingga timbul cerita yang kurang enak. Apapun, saya tidak menyalahkan sesiapa kerana tahu mereka tidak memahami kedudukan sebenar termasuk proses bagaimana penganugerahan ini berjalan," katanya ketika ditemui".

AC Mizal memberitahu bahawa ia merupakan hadiah istimewa buatnya selepas sudah 23 tahun berkecimpung dalam industri hiburan. Dan pelakon berusia 40 tahun ini bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah dia turut menjadi usahawan dengan menubuhkan AC Konsortium Sdn Bhd sejak empat tahun.
Sementara itu, pelakon Eizlan Yusuf, 40 dan penyanyi, pelakon, pengacara dan penceramah motivasi, Fazley Yaakob, 33 turut menerima darjah kebesaran DIMP yang membawa gelaran Datuk.

Pindah selepas 10 tahun tinggal di hotel


Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahannya ke rumah baru kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.

"Banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini. Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," ujarnya.

Pengarah muzik terkenal ini akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah baru yang dibelinya awal tahun depan setelah menetap selama 10 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dipetik dari Mstar, Ramli MS berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura. Ramli MS juga mengatakan bahawa dia akan membawa ibunya untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang.

Tambah Ramli MS, antara sebab beliau tinggal di hotel selama ini adalah kerana kemudahan dan keselamatan yang disediakan oleh pihak hotel. Oleh itu, dia tidak perlu memikirkan tentang masalah rumah bersepah.
Ramli MS juga turut memberitahu dia akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah barunya itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya.

Ashton kutcher parti dengan wanita iras Demi Moore



Aktor Hollywood, Ashton Kutcher dilihat berparti dengan seorang wanita yang dikatakan seiras dengan bekas isteri aktor tersebut, Demi Moore.

Dipetik dari detikHot, aktor berusia 33 tahun itu yang berada di Berlin, Jerman untuk promosi filem terbarunya, dilihat sedang berparti dengan seorang wanita yang memiliki penampilan yang mirip Demi Moore.

Sepanjang Ashton berada di Berlin, dia dilihat sentiasa bersama dengan wanita itu. Dan gambar mereka sedang duduk berdua di jendela sambil minum wine telah tersebar.

Satu sumber mengatakan dia telah nampak Ashton bersama tiga wanita meninggalkan Odessa sekitar pukul 4 pagi, dan kemudian mereka sambung berparti disebuah pangsapuri milik salah seorang daripada wanita tersebut.

Dalam pada masa sama, Ashton kini sedang dalam proses penceraian dengan Demi. Demi telah menfailkan cerai terhadap suaminya, Ashton selepas Demi mendapat tahu suaminya curang bersama seorang model berumur 22 tahun bernama Sara Leal.

FAST AND FURIOUS 6 & 7


Selepas berjaya mendapat kutipan 'box office' untuk filem kelima siri "Fast And Furious" atau juga dikenali dengan nama "Fast Five". Nampaknya sekuel untuk filem ini sedang dibuat, dengan tajuk belum ditentukan, "Fast And Furious 6" dan "Fast And Furious 7" kini sedang dalam pembikinan, menurut The Hollywood Reporter.Penerbit dan juga pelakon dalam kelima-lima filem "Fast And Furious", Vin Diesel memberitahu bahawa dua sekuel ini kini di peringkat pre-produksi.

Walaupun Diesel tidak mendedahkan butiran-butiran samada dua filem ini akan menjadi dua bahagian, atau dua filem berbeza, tetapi dia memberitahu Justin Lin dan Chris Morgan adalah pengarah untuk filem itu.
"Dengan kejayaan filem terdahulu, dan dengan mewujudkan banyak watak, dan memperluaskan skop untuk dimuatkan dalam siri ke enam ini, kami tidak mempunyai ruang yang cukup".

Kejayaan filem "Fast Five" ini adalah kerana jalan ceritanya ditukar dari penggembaraan lumba kereta, ke misi rompakan. Ia mendapat kritikan yang sangat positif dan telah berjaya mendapat kutipan sebanyak US $626 juta (RM 1.97 billion) di seluruh dunia.

Watak yang dilakonkan Eva Mendes, Monica Fuentes dalam "2 Fast 2 Furious" akan kembali dan juga Michelle Rodriguez, seperti yang dilihat pada penamat "Fast Five". Filem siri ini sangat konsisten dengan menggunakan pelakon yang sama, jadi untuk filem yang keenam dan ketujuh, dijangka turut akan menampilkan muka-muka lama.

Thursday, 22 December 2011

Hadiah kemanusiaan MARC ANTHONY untuk krimas



Penyanyi dan pelakon, Marc Anthony telah memberi hadiah Krismas yang istimewa buat 14 orang pekerjanya dengan membawa mereka ke Republik Dominica untuk bercuti dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh Marc.

Dipetik dari TMZ, menurut satu sumber rapat kepada Marc, bekas suami kepada Jennifer Lopez ini membawa para pekerjanya bercuti di Dominica sebagai tanda penghargaan kepada pekerjanya diatas berkerja keras mereka selama ini.

Penyanyi "My Baby You" dikatakan menempatkan pekerja-pekerjanya di sebuah resort ekslusif di La Romana selama lima hari dengan menyediakan makanan, minuman termasuklah hiburan kepada pekerjanya.

Marc dan pekerjanya bukan sahaja pergi bercuti untuk berseronok semata-mata tetapi mereka turut pergi melawat Bandar Ninos de Cristo untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim piatu yang tidak bernasib baik.

KTM berhad tawar peminat Harry Potter naik "HOGWARTS" ETS



Peminat-peminat "Harry Potter" tempatan mungkin tidak berpeluang menaiki keretapi Hogwarts dalam filem fantasi berkenaan, namun mereka boleh menaiki keretapi komuter ETS milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) yang menawarkan hiburan sepanjang perjalanan.

Peminat J.K. Rowling akan dipersembahkan dengan tayangan siri filem itu sepanjang tiga bulan pertandingan 'Naik, Tonton dan Menang' berlangsung.
Syarikat keretapi nasional itu mempamerkan keretapi berkonsep "Harry Potter" baru-baru ini, sebahagian daripada kempen kerjasama dengan rakan kongsinya, Aisantra Media Sdn Bhd dan Alliance Entertainment (M) Sdn Bhd, syarikat perlesenan dan pengedaran.

Sebagai tambahan, lapan dari filem 'Harry Potter' yang dipertontonkan, KTM juga akan menayangkan promosi Hogwarts 'last stand' dan jawab soalan berserta slogan untuk menang.
Presiden KTM Bhd, Dr Aminuddin Adnan memberitahu kempen ekslusif ini merupakan satu pengalaman sekali dalam sepanjang hidup penumpang-penumpang.

"Kepada penumpang kami, terutamanya 'Peminat Harry Potter' yang membeli tiket ETS, akan dihiburkan dengan lapan filem 'Harry Potter' sepanjang perjalan mereka".
"Selain dari tayangan, siap sedia untuk pertandingan 'Naik, Tonton dan Menang' untuk menerima hadiah istimewa berupa percutian 3 hari 2 malam ke Warner Bros Studio di London."

Kempen selama tiga bulan kerjasama dengan Aisantra Media Sdn Bhd dan Alliance Entertaiment (M) Sdn Bhd untuk mempromosikan filem 'Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2'.
Pada majlis pelancaran, Pengurus Besar Alliance Entertaiment (M) Sdn Bhd, Raymond Chin memberitahu bahawa keretapi ekspress Hogwarts adalah diinspirasikan oleh Alliance Entertaiment untuk berkerjasama dengan ETS.

"Dalam filem, Hogwarts Ekpress ialah satu fantasi magika dimana ia merupakan pengangkutan ahli sihir ke sekolah, dan ia merupakan simbolik buat peminat 'Harry Potter", kata Chin.
"Filem 'Harry Potter' yang sudah sampai yang terakhir, kerjasama dengan ETS adalah tepat pada masanya dengan memberi peminat berimaginasi menaiki keretapi Hogwarts".
Pada majlis berkenaan turut menampilkan beberapa orang yang berpenampilan seperti Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan Neville Longbottom.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, mereka harus membeli tiket ETS dan mana-mana cakera padat VCD, DVD atau Blu-Ray sebagai bukti pembelian bersama resit asal dan kemudian serahkan bersama dengan borang penyertaan berserta jawapan ke kaunter ETS terpilih.

200 unit edisi terhad set DVD "Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2", akan turut boleh dibeli di Ibu Pejabat ETS pada harga RM399.90.
Kempen ini akan tamat pada 18 Februari 2012.

MASALAH DISPLIN PUNCA JUE DI SINGKIRKAN


Pelakon, Zuliana Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz, yang dipilih memegang watak sebagai Dara dalam pementasan teater "Semerah Padi" yang akan dipentaskan pada 24 Disember ini, telah disingkirkan oleh pihak produksi akibat masalah disiplin.

Dipetik dari Mstar, penerbit produksi, Megat Noor Salleh Ghani @ Keno, nyata kecewa dengan sikap Jue yang mengakibatkan keseluruhan produksi terjejas.
"Kami terpaksa menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue. Nasib baiklah kami telah bersedia dengan pelakon gantian kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Rupa-rupanya memang benar berlaku.

"Jue tidak datang latihan sejak Jumaat lalu dan pihak kami gagal menghubunginya, namun dia ada menghantar pesanan bahawa dia ada masalah kesihatan," katanya
Penguguran Jue Aziz dikatakan bakal diganti oleh pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri ataupun Abby Nadzri.
Tambah Keno lagi, Jue kurang memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi latihan yang mula dijalankan sejak 13 November lalu.

"Pementasan teater bukan seperti penggambaran filem atau drama yang boleh ditangguhkan atau menunggu pelakon.
"Teater perlu ada komitmen, usaha dan disiplin yang tinggi. Latihan adalah paling penting dan tidak boleh dipandang remeh atau sambil lewa," katanya dengan nada kesal.
Ketika ditanya adakah pihak produksi mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap pelakon berusia 28 tahun itu, Keno memberitahu bahawa mereka tidak ada membuat apa-apa perbincangan setakat ini.
"Kami mempunyai kontrak dan boleh ambil tindakan terhadapnya kerana melanggar perjanjian."
"Bagi saya dia sendiri telah menjatuhkan reputasi dia dalam industri ini dan secara jujur, ini mungkin kali yang pertama dan terakhir untuk bekerjasama dengan Jue," katanya.

Pada masa sama, Keno turut menjelaskan pembatalan dua hari pementasan teater pada 22 dan 23 Disember ini bukanlah akibat dari masalah disiplin Jue, tetapi persediaan keseluruhan produksi masih tidak lengkap dari segi teknikal.

Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan turut dibintangi oleh Khir Rahman, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fauzi Nawawi, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.
Teater "Semerah Padi" akan mula dipentaskan pada 24 hingga 31 Disember di Panggung Sari, Istana Budaya.