Friday 13 April 2012

BERANI PUNYA BUDAK PAPAR KEBERANIAN AFDLIN DALAM BERLAWAK

BERANI PUNYA BUDAK filem terbaru arahan pengarah yang cukup terkenal, AFDLIN SHAUKI turut menampilkan pelakon Thailand yang ala-ala Tony Ja. Filem ini telah di pasarkan di sekitar negara thailand dengan di beri tajuk BRAVE dan mendapat pasaran dlm bentuk DVD di sekitar Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagi tayangan untuk penonton di malaysia AFDLIN telah menukar dialog dan di alih suara kepada bahasa melayu..kalau pakai bahasa thailand nanti ramai yang mengutuk dan mengata pulak.AFDLIN menjadikan filem ini sebagai filem komedi aksi yang memang memberi penonton tidak kering gusi dan pecah perut.Dialog yang di alih suara ternyata memang kelakar dan berlainan dengan dialog sebenar.

Apa yang bermain di fikiran AFDLIN sampai beliau boleh menjadikan filem aksi tersebut sebuah filem pecah perut dengan dialog-dialog beliau yang di katakan segelintir penonton agak bodoh,tapi kami ingin mengucapkan tahniah kepada AFDLIN kerana begitu berani menghasilkan filem berani punya budak dan memberi genre komedi yang begitu berlainan dari filem komedi yang lain di negara kita ini.

"memang sukar untuk menghiburkan orang dan saya hanya mahu penonton terhibur dan santai menonton filem ini" kata AFDLIN sebelum tayangan bermula.filem ini turut di barisi oleh AWIE,NABIL,JOHAN dan RIEZMAN.Filem ini di hasilkan dengan kerjsama syarikat bumiputera iaitu ISMAIL HOLDING.

#Di harap cita-cita AFDLIN untuk membuat filem aksi silat akan berjaya,kami menyokong usaha anda AFDLIN...terbaik boboy..;-)

No comments:

Post a Comment