Thursday 5 April 2012

Susulan kes pergaduhan di HARD ROCK CAFE: DIRA minta maaf

Pergaduhan yang berlaku di HARD ROCK CAFE, di mana dimaklumkan bahawa seorang pengacara sebuah rancangan televisyen popular telah dikaitkan dalam pergaduhan ini. Keadaan menjadi lebih gempar apabila terdapat salinan repot yang menyatakan bahawa pengacara tersebut adalah DIRA ABU ZAHAR.

DIRA apabila dihubungi oleh pihak media, enggan memberikan ulasan lanjut dan hanya memohon maaf. "Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan serta melibatkan pihak berkuasa. Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana faham dengan situasi saya sekarang." kata DIRA kepada pihak media.

Ujar beliau lagi, kesahihan laporan ini belum diketahui dan mungkin ada mana - mana pihak yang mahu menjatuhkan reputasi beliau.

No comments:

Post a Comment