Monday 2 April 2012

ASTHON KUTCHER jadi STEVE JOBS


Bintang ternama hollywood ASTHON KUTCHER, akan membintangi filem terbaru yang diberi nama JOBS. ASTHON akan memegang watak sebagai STEVE JOBS yang merupakan pemilik kepada syarikat gergasi dunia iaitu APPLE.

Sebelum ini, ASTHON sering berlakon dalam filem-filem bergenre dramatis namun filem JOBS ini bakal memberikan satu kelainan dalam lakonan beliau.

Filem arahan MICHEAL STERN ini akan mula menjalankan penggambaran pada Mei akan datang, mengisahkan kehidupan STEVE JOBS, bermula dengan hanya seorang remaja biasa yang berasal daripada California Utara sehinggalah beliau berjaya menjadi pemilik syarikat terbesar di dunia tersebut.

No comments:

Post a Comment