Tuesday 31 January 2012

ayahanda AHMAD DHANI meninggal dunia


EDDY ABDUL MANAF (78) telah kembali ke rahmatullah pada 01/02/12 pukul 12.50 seperti apa yang di tulis oleh AHMAD DHANI sendiri di akaun twitter beliau dengan mengunakan nama RepCinMan (republik cinta management )

berikut petikan di akaun twitter AHMAD DHANI : "Telah berpulang ayahanda Pakde @AHMADDHANIPRAST, Bpk.Eddy Abdul Manaf, Rabu, 1 Februari 2012, Semoga Diterima Di Sisi Allah SWT. Amin," tulis Twitter RepCinMan (01/02).

sebelum meninggal ayahanda beliau sudah menderita penyakit komplikasi dan di rawat di hospital.berita pemergian ayahanda AHMAD DHANI turut di sahkan oleh salah seorang pengurus Republik Cinta Management iaitu wawan.menurut wawan,dia sendiri sudah mendapat berita tentang pak eddy meninggal dunia.

10 fakta menarik tentang JUSTIN TIMBERLAKE

Berikut merupakan 10 fakta yang menarik tentang selebriti hollywood yang sangat di gemari oleh gadis-gadis iaitu JUSTIN TIMBERLAKE.


1- Justin mempunyai saat yang tidak dapat dilupakan ketika bercinta,kerana dia pernah di kantoi oleh ibunya ketika sedang berasmara dengan kekasih nya di bilik tidur ketika usia remaja.

2- Justin pernah mengakui diri nya tidak berasa selesa melakukan adegan ranjang bersama pelakon wanita MILA KUNIS untuk filem FRIENDS WITH BENEFIT.daripada melakukan nya,justin lebih suka melihatnya dalam filem porno.

3-Bau badan mungkin akan sangat mengganggu bagi sebahagian besar orang, namun ternyata lain halnya bagi Justin Timberlake. Justin terangsang dengan bau badan wanita.

4-Justin yang turut berlakon dalam filem SOCIAL NETWORK yang berceritakan tentang laman sosial facebook.namun Justin sendiri tidak mempunyai apa-apa akauna di laman sosial yang terbesar ini.Justin turut mengatakan bahawa dia sendiri tidak menyukai facebook.

5-Justin yang tidak menyukai laman sosial facebook namun berlakon dalam filem berceritakan tentang facebook sebenarnya justin merupakan salah seorang pemegang saham terbesar laman sosial MYSPACE.

6-Walaupun selalu di kelilingi oleh wanita-wanita yang cantik namun sebenarnya JUSTIN merupakan seorang yang pemalu.

7-Kebiasaan kehidupan para selebriti gemar berfoya-foya dan berparti.namun tidak bagi JUSTIN,jejaka yang berjaya dalam karier nya dari zaman remaja.JUSTIN menganggap diri nya pelik.

8-JUSTIN mengatakan bahawa PIPPA adalah wanita idola pada masa kini yang menjadi idaman jejaka di amerika dan dia sendiri mengaku menyukai adik Kate Middleton ini.

9-JUSTIN yang menyukai kartun YOGI BEAR sejak dari zaman kanak-kanak nya, mendorong beliau menjadi pengisi suara BOO BOO dalam filem YOGI BEAR

10-JUSTIN TIMBERLAKE merupakan nama besar dalam industri hiburan di HOLLYWOOD dan mempunyai gayanya yang tersendiri. oleh itu JUSTIN di senaraikan di dalam senarai MOST STYLISH MEN 0F 2011.

KAK LIMAH DI SAMUN

Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.


“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.

komen shila berhubung aksi ghairah di ROOTZ

 Aktres baru yang kian meningkat namanya, Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla menafikan dakwaan pihak yang mengatakannya dirinya melakukan aksi ghairah ketika meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-25 baru-baru ini.

Tasha, 25, dikatakan menari tiang di sebuah kelab malam ketika sambutan hari lahirnya yang diadakan di sebuah kelab malam, Rootz di ibu kota bersama rakan-rakannya.
"Saya masih waras dan tidak pernah melakukan aksi sedemikian ketika meraikan sambutan hari lahir di kelab malam, Rabu lalu.

"Saya bukanlah seorang yang bodoh untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan periuk nasi saya kerana sedar setiap perkara ada batasannya. Tuduhan dilemparkan terhadap saya terlalu melulu dan tidak berasas," jelas Tasha kepada akhbar Harian Metro.

Walaubagaimanapun aktres "Klip 3GP" mengakui dia gemar meluangkan masa di kelab malam bersama rakan-rakan untuk menghilangkan tekanan selepas selesai penggambaran. Namun dia tahu menjaga kelakuannya dan berpegang kepada prinsip hidup kerana sedar dirinya dikenali peminat.
Sementara itu, Tasha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya berjudul "Atas Nama Cinta".

Monday 30 January 2012

AZURA VERSI AZIZ M OSMAN

 filem AZURA siapa tidak asing lagi bagi kita semua yang di keluarkan pada 1984 oleh sabah production filem yang di lakonkan oleh raja pop malaysia iaitu abang JAMAL ABDILLAH dan FAUZIAH AHMAD DAUD yang menimbulkan satu fenomena dalam industri filem tanah air.

Kini Azura dan Zack kembali di layar perak dengan sentuhan oleh pengarah terkenal tanah air iaitu Aziz M osman yang dilakonkan oleh SHAHRIZAL (zack) & NEELOFA (azura).filem AZURA 'moden" ini sama seperti   AZURA sebelum ini,ia nya mengisahkan hubungan cinta yang suci di antara ZACK & AZURA.

ZACK seorang anak orang VVIP yang hidup dengan kekayaan dan jatuh cinta gan AZURA yang hidup sebatang kara menumpang di rumah makcik nya.Prinsip dan pegangan AZURA telah membuatkan ZACK jatuh cinta kepada nya dan sanggup hidup seperti orang biasa atas halangan bapa ZACK lakonan AFDLIN SHAUKI  yang menentang perkahwinan mereka.

Banyak konflik yang berlaku di dalam percintaan ZACK & AZURA yang diberikan kelainan oleh Aziz M osman.Pengambaran di jalankan sekitar paris & London serta alunan lagu-lagu soundtrack yang romantis menjadikan filem ini sebuah filem romantik yang dapat menyentuh jiwa penonton.keseungguhan yang di tunjukkan oleh SHAHRIZAL dalam menjiwai watak sebagai ZACK begitu berkesan.


Selamat menonton kami ucapkan !!!!



kerja keras HAFIZ untuk AJL berbaloi

Sememangnya tidak dapat dinafikan lontaran vokal pemilik nama Mohd Hafiz Mohd Suip berjaya memukau sesiapa sahaja yang mendengar tidak kira di Stadium Putra Bukit Jalil mahu pun di rumah, sekaligus membolehkannya memenangi anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan juara keseluruhan menerusi lagu "Awan Nano".
Dicipta oleh Dato' M. Nasir dan lirik ditulis oleh Budi Hikayat, Hafiz memberitahu di sidang media selepas tamat AJL26 bahawa dia sememangnya telah bertungkus-lumus membuat persediaan untuk pertandingan ini.
"Saya sememangnya sudah membuat persedian lebih awal demi AJL26. Banyak tunjuk ajar yang telah diberikan oleh sifu Dato' M. Nasir dan krew lain bagi memastikan kejayaan saya malam ini.
"Sebelum ini harapan saya hanyalah untuk mengekalkan anugerah Vokal Terbaik yang dipegang tahun lalu tetapi saya tidak sangka akan berjaya ke tahap begini," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.
Berbekalkan seluar sukan dan t-shirt, Hafiz berjaya memberikan persembahan yang baik sehingga mengalahkan 11 buah lagu lain yang berjaya ke peringkat akhir.
Hafiz membawa pulang keseluruhan RM45,000 iaitu RM10,000 dan trofi untuk Vokal Terbaik. Manakala RM35,000 berserta trofi untuk juara keseluruhan AJL26.
Masih lagi di bawah syarikat rakaman Astro, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini bakal muncul dengan album terbaru dalam waktu yang terdekat.

Ringkasan malam AJL 26

Lagu ciptaan Dato' M. Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat, "Awan Nano" yang dinyanyikan oleh Hafiz telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.

Berikutan kemenangan tersebut, mereka telah berjaya membawa pulang hadia berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik, sekaligus menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
"Awan Nano" telah mengalahkan 11 buah lagu yang berjaya ke peringkat akhir iaitu "Kalau Berpacaran" (Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet), "Cinta Muka Buku" (Najwa Latif), "Karma" (Faizal Tahir), "Sedetik Lebih" (Jaclyn Victor), "Wanita Seluruh Dunia" (Projek Pistol), "Beribu Sesalan" (3 Suara), "Kekanda Adinda" (Atilia & Monoloque), "Sungai Lui" (Aizat), "Kisah Hati" (Alyah) serta "Gadis Semasa" dan "Penakut" (Yuna).

Sementara itu lagu "Beribu Sesalan" ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh trio 3 Suara (Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM15,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh "Karma" ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok sekaligus berjaya memenangi hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
                                                                                   
Alyah yang menampilkan persembahan bertema kotak muzik pula telah memenangi persembahan terbaik menerusi lagu "Kisah Hati" dan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Kesemua persembahan 12 finalis AJL26 telah diadili secara telus oleh 30 orang juri profesional daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik seperti Johan Nawawi, Dimas (Hujan), Fauzi Marzuki, Taja (Meet Uncle Hussein) dan Azmeer selaku ketua juri.

Sementara itu lagu "Sedetik Lebih" ciptaan Edry Abdul Halim telah memenangi kategori baru yang diperkenalkan, Anugerah Juara Mobile bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak.

Selain daripada persembahan daripada finalis, malam AJL26 turut diserikan dengan persembahan pembuka oleh Jamal Abdillah, Awie dan juga ratu jazz Dato' Sheila Majid serta segmen interlud oleh Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama dengan iringan orkestra bimbingan Datuk Ramli MS.
Bertemakan elemen air, AJL26 telah diacarakan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

ALYAH : "tidak sangka remy datang memberi sokongan"

Air mata kegembiraan mengiringi kemenangan penyanyi Alyah di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.
Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan bersyukur penantiannya selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air 'dibayar' dengan kemenangan Persembahan Terbaik menerusi lagu "Kisah Hati".
Alyah sempat menyampaikan terima kasihnya kepada peminat menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter miliknya.

"Selamat pagi dan salam semua. Pagi yang seindah-indahnya. Syukur pada Allah S.W.T. Terima kasih semua. Doa anda buat saya masih di sini," ujarnya.
Pada malam AJL26, Alyah tampil membuat kejutan dengan persembahan seperti anak patung yang berada di atas kota muzik dengan pakaian gemerlapan serta suara memukau hati penonton.

Ditambah pula dengan kehadiran aktor "Nur Kasih The Movie", Remy Ishak ketika itu menjadikan persembahannya mendapat tepukan paling gemuruh pada malam tersebut.
Alyah sempat berkongsi bahawa dia tidak menyangka bahawa Remy sanggup hadir untuk memberi sokongan kepadanya, mengakui ia bukanlah gimik semata-mata sebaliknya ia adalah rancangan di saat akhir.

"Saya tidak sangka dia akan bersetuju membuat penampilan istimewa untuk lagu ini kerana sudah lama saya mahukan beliau untuk hadir. Walaubagaimanapun saya tidak menerima jawapan daripadanya sehinggalah malam sebelum AJL26 berlangsung, dia mengesahkan kehadirannya demi memberikan sokongan kepada "Kisah Hati"," kata Alyah lagi.

Sememangnya menggemari konsep fantasi wonderland, Alyah akui idea asal serta konsep yang disampaikan melalui persembahannya itu datang daripada dirinya menerusi penyelidikan.
"Alunan piano merupakan tunjang utama bagi lagu ini dan saya gabungkannya dengan kotak muzik yang seringkali kita lihat akan mengeluarkan bunyi tersebut dan berpusing. Itulah yang saya ambil dan bawa ke pentas AJL 26 pada malam tersebut."

Tidak mahu dianggap hanya bertanding sahaja, Alyah memberitahu bahawa komitmen dan usahanya terhadap lagu dan pertandingan ini telah diberikan sepenuhnya dan bersyukur atas kemenangan ini.
Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih ini telah berjaya merangkul kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

M.NASIR : "terima kasih kepada johan"


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.
Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.

Sebelum ini, Johan dan Zizan Razak telah menggunakan lagu "Awan Nano" ketika persembahannya dalam "Maharaja Lawak" pada minggu ke-11 yang berjaya membuat penonton terhibur dengan jenaka mereka.
Selepas itu Johan yang muncul dalam rancangan "Elly & Epit" terbitan Astro Ceria, sekali lagi telah menggunakan tajuk lagu tersebut iaitu "Jom Belajar Lagu Awan Nano Bersama Johan Raja Lawak".

Lagu ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan AJL26 ini membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000. Manakala Hafiz pula memenangi Vokal Terbaik untuk lagu yang sama dan diberikan hadiah trofi serta wang tunai RM10,000.

THE MAKING OF "BUNOHAN"


Secara eksklusif buat pelayar Yahoo! Malaysia, video di sebalik tabir pembikinan filem 'Bunohan' yang berdurasi 20 minit dipersembahkan khas buat anda! Dalam video tersebut diselitkan wawancara bersama pengarah filem itu, Dain Said, pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Amerul Affendi dan Tengku Azura.

'Bunohan' menceritakan mengenai kisah tragis tiga saudara yang terpisah – seorang peninju tomoi, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi pembunuh upahan yang kembali ke kampung halaman mereka di Kampung Bunohan, di mana mereka tersepit dalam pelbagai konflik. BUNOHAN dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, serta dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Tengku Azura.

Ketahui apa yang berlaku sewaktu pembikinan filem tersebut serta pengalaman setiap pelakon bekerja di bawah arahan pengarah yang cukup dikenali menerusi filem kontroversi, Dukun yang dihalang tayangannya atas sebab-sebab tertentu.

Sementara itu, filem aksi-drama, 'Bunohan' telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdananya di benua  Eropah bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dari 25 Januari hingga 5 Februari 2012. Rotterdam adalah salah satu pusat yang menerajui festival-festival filem terbesar di dunia yang berjaya menarik 340,000 pelawat pada tahun 2011.

'Bunohan', ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, yang dipaparkan di dalam seksyen Spektrum seiring dengan pengarah-pengarah hebat dunia termasuk Takashi Miike (Ace Attorney), David Cronenberg (A Dangerous Method), Aki Kaurusmaki (Le Havre), Garin Nugroho (The Blindfold) dan Andrea Arnold (Wuthering Heights).

'Bunohan' telah mengadakan tayangan perdana antarabangsanya di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011, dan berjaya menggondol Anugerah NETPAC di Festival Filem Antarabangsa Golden Horse Taipei pada bulan Oktober 2011. Filem ini sekarang sedang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs (5-16 Januari 2012).

Friday 27 January 2012

pelakon filem the social network di tangkap

Bintang filem "The Social Network" yang terkenal dengan watak si kembar Winklevoss, Armie Hammer, telah ditahan polis di tempat pemeriksaan sempadan Sierra Blanca, Texas, atas tuduhan memiliki ganja, menurut laporan TMZ.

Dibantu oleh anjing penghidu, pihak polis telah menemui tiga biskut dan brownie yang dimasukkan ganja bersama Hammer.

Pelakon berusia 25 tahun ini telah ditahan selama satu hari dan dibebaskan dengan jaminan AS$1,000 (RM3,040.50).

Sebelum ini Willie Nelson dan Snoop Dogg pernah ditahan atas kesalahan yang sama pada tahun 2011 di bandar Texas.

Hammer bakal muncul dalam filem terbarunya, "Mirror, Mirror" di samping Julia Roberts dan Lily Collins yang dijadualkan tayangannya di Malaysia pada 15 Mac 2012.

EBI AF berlakon dalam filem AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.

Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.

Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.

Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.


Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.

Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.

Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.

Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.

JOHNNY DEEP & VANESSA PARADIS BERCERAI ?

Tindakan pasangan Hollywood terkenal, Johnny Depp dan Vanessa Paradis yang berdiam diri apabila khabar angin mengenai hubungan mereka sudah berakhir seolah-olah mengesahkan perkara tersebut benar. Terutama sekali apabila mereka berdua tampil keseorangan di pelbagai acara.

Walaubagaimanapun khabar angin tersebut akhirnya telah dibidas dan dinafikan oleh penyanyi dan aktres "Cafe de Flore" ketika muncul di rancangan sembang televisyen Le Grand Journal untuk promosi filem terbarunya itu.

"Ramai yang mengatakan kami beli rumah di merata tempat, atau kami mempunyai 52 buah rumah di Perancis. Ia termasuk dengan khabar angin mengatakan kami berpisah setiap kali musim sejuk menjelang atau berkahwin apabila musim panas.

"Semua kisah tersebut tidak serius. Walaubagaimanapun khabar angin terbaru ini boleh memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak saya," ujar selebriti kelahiran Perancis ini.

Apabila disoal oleh pengacara Marc Denisot mengapa mereka tidak memberi respon terhadap laporan tersebut supaya ia dapat dihentikan dan jika ianya adalah benar, Paradis menegaskan, "Ya ia adalah palsu. Sudah tentu ia tidak benar."

Paradis dan Depp yang telah bersama hampir 14 tahun mempunyai dua orang anak, Lily-Rose, 12, dan Jack, 9, dilaporkan sudah tinggal berasingan buat seketika dan hubungan mereka bagaikan retak menanti belah.

WAWA ZAINAL semakin di kenali

Mungkin ramai tidak begitu mengenali Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Berasal dari Lahad Datu Sabah, gadis berusia 21 tahun ini merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon bernama besar seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.

Selepas berkecimpung dalam bidang lakonan selama lima tahun, namanya kian meniti di bibir ramai. Menurut Wawa, aktiviti lakonannya sebelum ini agak terbatas dek kerana jadual sekolah yang padat. Malah bersekolah di Sabah membuatkan gadis ini terpaksa mengambil keputusan untuk 'merehatkan' diri daripada bidang lakonan.

"Saya banyak menerima tawaran berlakon sebelum ini. Cuma terpaksa ditolak dengan cara baik kerana masih bersekolah. Selepas tamat pengajian, saya kembali fokus kepada bidang yang sememangnya saya minati sejak dulu lagi," ujar Wawa ketika ditemui di majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina MIG baru-baru ini.

Wawa sebelum ini pernah membintangi drama dan telefilem tempatan seperti "Ana Lulu" yang digandingkan bersama Nora Danish. Terbaru, Wawa sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya arahan Azhari Zain iaitu "Hantu Dalam Botol Kicap".
"Selepas ini insyaAllah saya akan muncul dalam beberapa buah filem terbaru terbitan MIG," tambahnya lagi yang turut berterima kasih dengan sokongan ibu bapat serta MIG yang memberinya peluang sehingga dikenali umum.

"Hantu Dalam Botol Kicap" telah menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Mikael Andre dan Zalif Sidek. Ia mengisahkan tiga orang adik-beradik yang terpaksa tinggal di kampung dan dijaga oleh nenek mereka kerana ibu bapa mereka harus menyelesaikan sesuatu yang penting. Ketika mereka di kampung tersebut, pelbagai kejadian pelik telah berlaku.
"Hantu Dalam Botol Kicap" akan menemui peminat pada 9 Februari 2012.

Wednesday 25 January 2012

Anak Micheal Jackson ingin berlakon

Penyanyi Janet Jackson inginkan anak saudaranya, Paris supaya menunggu sebelum memulakan kariernya dalam bidang lakonan.
Dipetik daripada Contact Music, penyanyi "Rhythm Nation" telah menasihatkan anak kepada raja pop Michael itu supaya tidak terlibat dalam dunia hiburan ketika usia muda agar dapat fokus kepada pelajaran selepas dilaporkan mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem bercorak fantasi berjudul "Lundon's Bridge and The Three Keys".

Ujar Janet yang turut memulakan kariernya di saat usia masih muda, "Saya lagi suka jika dia menunggu. Saya rasakan dia seharusnya bergembira di saat masih muda.
"Kita hanya muda sekali sahaja dan ianya penting untuk bergembira dan menghayati masa muda kita. Dia mempunyai hampir keseluruhan hidupnya untuk menjadi dewasa. Oleh itu dia perlu belajar dan ke sekolah. Bila meningkat usia 18 tahun, barulah dia boleh memilih apa sahaja bidang yang diinginkan.

Paris yang mempunyai dua adik-beradik lain, Prince Michael, 14, dan Prince Michael II atau dipanggil Blanket, 9, dilaporkan telah memujuk neneknya, Katherine agar membenarkannya berlakon dalam filem tersebut dengan memberitahu bahawa Michael akan menghargai mesej yang disampaikan oleh filem itu yang akan menampilkan karakter asli dan animasi.

Hero HOLLYWOOD ingin peluk islam

Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.
"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan.

Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.
"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."
Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.
"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.

YOYO bekas suami ROSSA bebas februari

Pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo bakal dibebaskan daripada hukuman penjara pada 28 Februari akan datang seperti yang disahkan oleh peguam pembela Yoyo, Herbin Dasril Siahaan.

Dipetik daripada laman sesawang Wow Keren. suami kepada penyanyi Rossa sebelum ini sedang menjalani hukuman penjara dan pemulihan selama setahun akibat memiliki syabu seberat 0.5 gram.
Semalam Yoyo telah muncul buat pertama kalinya dalam satu program televisyen "Apa Kabar Indonesia" ketika di penjara.

Menurut kaunselor Yayasan Kepedulian Peduli Masyarakat iaitu di tempat Yoyo menjalani pemulihan, Yasin menjelaskan penampilannya di kaca televisyen itu telah mendapat kebenaran daripada pihak penjara.
"Dia masih lagi menjalani rawatan di tempat kami pada setiap hari. Dia akan tiba pada awal pagi dan pulang apabila petang. Setiap kali dia keluar, dia pasti akan ditemani oleh seorang pihak berkuasa dan dilarang sama sekali bersendirian."

Manakala ahli kumpulan Padi, Piyu, yang merupakan pemain gitar sempat menyatakan rasa gembiranya mengetahui Yoyo bakal dibebaskan.
"Saya sangat gembira kerana Yoyo akan kembali melakukan aktiviti. Semestinya akan mampu menjalani kehidupan dengan lebih baik," ujar Piyu.

SPICE GIRLS KEMBALI ?


Kumpulan wanita popular tahun 1990-an, Spice Girls dilaporkan bakal bersatu semula untuk sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung ketika sukan Olimpik di London pada musim panas akan datang.

Spice Girls yang dianggotai oleh Mel B, Emma Bunton, Gerri Halliwell, Victoria Beckham dan Mel C sedang bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuk muzikal berdasarkan kumpulan mereka dan sekaligus ia membuatkan mereka ingin bergandingan semula
untuk acara besar-besaran tersebut.

Sebelum ini Mel B memberitahu Star Magazine, "Saya tidak akan sesekali mengatakan 'tidak'. Saya rasa ia mungkin akan berlaku. Saya ingin sekali kami bersama semula dan ikuti siri jelajah."
Manakala Halliwell juga pernah menyatakan rasa ingin membuat persembahan ketika sukan Olimpik di negara kelahirannya.

"Menyanyi di acara tersebut adalah satu idea dan peluang yang hebat. Inilah masa yang sesuai buat kami untuk membuktikan bahawa muzik British pernah menguasai dan mendominasi dunia," ujar Halliwell kepada The Daily Mirror.

Kali terakhir Spice Girls bersatu mengadakan siri jelajah adalah pada tahun 2008.

Edry beri kepercayaan kepada sofaz


Kumpulan Sofaz berbesar hati apabila mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim untuk menyanyikan lagu tema filem fantasi komedi "Cinta Kura-Kura" berjudul "Pencinta Terbaik".
Menurut Zimy, "Pada awalnya kami diberikan satu demo untuk diperdengarkan dan selepas mendengarnya, kami bersepakat untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan KRU Studios."

Sofaz memandang keputusan tersebut adalah satu peluang yang baik untuk digunakan memandangkan mereka belum pernah bekerjasama dengan Edry sebelum ini.
"Dia adalah seorang komposer yang mempunyai kreativiti tersendiri serta memahami tahap dan keperluan seorang artis dalam berkarya. Kami yakin lagu ini mampu menarik minat ramai terutamanya golongan remaja," tambahnya lagi.

Baru-baru ini telah berlangsung penggambaran muzik video "Pencinta Terbaik" yang diadakan di Studio B KRU Studios di Cyberjaya. Ia merupakan lagu tema filem ke-10 terbitan KRU Studios.
Muzik video ini telah diarahkan oleh Al Fahim Mokhtar yang turut memberi sentuhan elemen keceriaan warna bagi memastikan ia selari dengan elemen yang terdapat dalam filem "Cinta Kura-Kura" yang menampilkan animasi tiga dimensi seperti peneraju "The Smurfs" dan "Garfield".

"Cinta Kura-Kura" yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Raja Lawak dan Fara Fauzana ini akan ditayangkan di pawagam pada 1 Mac 2012.

Friday 20 January 2012

PEKARA MENARIK DALAM GOLDEN GLOBE AWARD

Anugerah Golden Globe terkenal kerana kontroversinya dan bersempena dengan musim anugerah yang dimulakan dengan anugerah yang satu ini, kami senaraikan sepuluh saat paling aneh, lucu, indah dan kontroversi dalam sejarah Golden Globe.

Komedi Ricky Gervais terlalu ekstrim buat Amerika?
Sejak menjadi pengacara majlis Golden Globe, Ricky Gervais telah membuat banyak jenaka yang lucu. Namun ada sesetengahnya tidak kena dengan selera penonton Hollywood dan tetamu yang hadir. Jenakanya tentang filem-filem Holocaust tidak mendapat sambutan dan jenakanya tentang masalah alkohol Mel Gibson dan perceraian mahal Paul McCartney pula dikecam oleh orang ramai. Adakah Ricky Gervais yang melampau atau Amerika belum bersedia dengan gurauan kasarnya?


Leo dan Kate dulu dan sekarang
Ia satu saat yang indah dan mengharukan untuk melihat Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet muncul bersama di usia yang lebih matang ke anugerah Golden Globe untuk pencalonan filem mereka "Revolutionary Road" pada tahun 2009. Kali terakhir mereka muncul bersama adalah pada tahun 1998 untuk filem paling hit dalam sejarah, "Titanic".

Dua pemenang yang pergi ke tandas
Pada tahun 2000, Renee Zellweger tidak menyangka dia telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Komedi/Muzikal untuk filemnya "Nurse Betty". Kerana itu, ketika Hugh Grant mengumumkan namanya, Zellweger berada di tandas, membersihkan calitan gincu di giginya supaya dia tidak kelihatan hodoh di kaca televisyen. Christine Lahti juga melakukan hal yang sama dua tahun sebelum itu apabila dia diumumkan sebagai pemenang melalui drama perubatan "Chicago Hope". Dia tidak muncul untuk mengambil anugerahnya. Rupa-rupanya Lahti berada di tandas untuk membuang air besar!


Kemenangan yang dibeli
Pia Zadora merupakan pemenang anugerah Pelakon Baru Terbaik yang paling teruk dalam sejarah Golden Globe melalui filem "Butterfly" (1983). Mengapa? Kerana anugerahnya dimiliki melalui pengaruh suaminya, Meshulam Riklis, seorang ahli perniagaan Israel yang kaya-raya. Suaminya yang 30 tahun lebih tua daripada Zadora sendiri juga telah memberi dana untuk filem "Butterfly" dan meyakinkan ahli HFPA untuk memberikan kemenangan itu kepada Zadora sekalipun Elizabeth McGovern dan Kathleen Turner jauh lebih baik. Zadora kemudiannya memenangi anugerah Razzies bagi "Pelakon Wanita Paling Buruk" dan "Bintang Baru Paling Teruk".

"Saya bukan anti-gay!"
Dalam sidang media di belakang pentas Anugerah Golden Globe 2007, Isaiah Washington cuba menafikan kenyataan yang mengatakan dia anti-homoseksual dengan nada gurauan selepas berita mengatakan dia menyerang pelakon T.R. Knight dengan kata-kata berbaur penghinaan terhadap golongan homoseksual. Namun begitu, tindakannya menggunakan perkataan yang begitu menghina dalam gurauannya itu menyebabkan situasi menjadi canggung dan tidak lama selepas kejadian itu, watak Washington sebagai Prescott Burke terus dimatikan dalam "Grey's Anatomy".

Scarlett Johansson diraba
Koresponden E! dan juga pereka fesyen Isaac Mizrahi mencetuskan kontroversi apabila dia meraba dada Scarlett Johansson di permaidani merah Golden Globe 2006 ketika menemuramah aktres tersebut. Sekalipun Scarlett tidak kisah pada awalnya, aktres tersebut kemudiannya mengakui bahawa tindakan Mizrahi agak melampau sekalipun dia seorang lelaki gay.

Rat Pack terbaik!
Sejak tahun 1944, anugerah Golden Globe dipersembahkan oleh para wartawan dari Hollywood Foreign Press Association. Namun pada tahun 1958, Frank Sinatra, Dean Martin and Sammy Davis Jr. yang bosan dengan majlis tersebut naik ke pentas dan memainkan peranan sebagai pengacara majlis sepanjang anugerah tersebut. Penonton menyukainya dan begitu juga dengan pihak HFPA dan mereka muncul kembali tahun berikutnya. Ya, hanya Rat Pack seperti mereka yang mampu melakukan sedemikian.

Kemenangan selepas kematian
Lima bulan selepas kematian ikon James Dean dalam kemalangan kereta, pelakon tersebut dianugerahkan Pelakon Terbaik melalui wataknya sebagai Cal dalam filem adaptasi novel, "East of Eden". Tidak lama kemudian dia turut memenangi anugerah Posthumous untuk Anugerah Academy melalui filem yang sama.


Ving Rhames menghadiahkan anugerahnya
Pada tahun 1998, Ving Rhames yang emosi selepas memenangi anugerah untuk filem HBO "Don King" telah berterima kasih kepada pelakon Jack Lemmon yang tidak pernah memenangi anugerah tersebut. Rhames kemudiannya memujuk Lemmon untuk mengambil anugerahnya. Tidak lama selepas itu, pihak Golden Globe terpaksa menghantar anugerah kedua kepada Rhames kerana Lemmon benar-benar membawa pulang anugerah yang dimilikinya.


Tiada parti kerana boikot
Parti selepas majlis Golden Globe memang terkenal dengan fesyen artis yang unik dan selebriti yang pastinya pulang dalam keadaan mabuk. Tetapi disebabkan oleh boikot besar-besaran para penulis Hollywood, para selebriti tidak keluar berparti dan ia digantikan dengan sidang media yang membosankan untuk pengumuman para pemenang.

MIG sasar 100 filem menjelang 2013

Metrowealth (MIG) dan juga David Teo bukanlah satu nama asing dalam industri perfileman tempatan. Kecemerlangan syarikat ini telah berjaya menyumbang sebanyak 22.2% (RM24 juta) daripada jumlah kutipan kasar filem Malaysia pada tahun 2011 iaitu RM108 juta.

Ia sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara paling berjaya di Asia Tenggara dalam industri penerbitan filem.
Menjadi tradisi MIG, segala kejayaan yang dikecapi oleh syarikat milik David Teo ini turut dikongsi bersama para media dan juga mereka yang sentiasa menyokongnya.

Menurut David Teo ketika sambutan majlis kesyukuran dan Tahun Baru Cina yang diadakan di Hotel Sunway Resort baru-baru ini, MIG akan berusaha memastikan industri sentiasa kaya dengan generasi baru tidak kira dari segi pengarahan, penulisan skrip, krew produksi dan juga pelakon.
"Saya percaya dengan memberi peluang kepada mereka yang berminat dan ingin berjaya adalah sesuatu yang baik."

Ini terbukti dengan kejayaan filem pengarah dalam Skim 10 Pengarah Muda MIG seperti Ismail Bob Hashim, Azhari Zain dan Farid Kamil yang berjaya mendapat kutipan melebih RM8 juta.
Malah slogan "Bintang Dicipta, Bukan Dilahirkan" turut membuktikan MIG berjaya mengembangkan bakat sedia ada seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Pierre Andre, Fizo Omar, Kamal Adli serta yang sedang meningkat naik antaranya adalah Zalif Sidek, Wawa Zainal, Mon Ryanti, Aeril Zafrel, Mikail Andre dan ramai lagi.

Pada tahun ini, MIG menjangkakan sebanyak 19 buah filem terbitannya akan ditayangkan sehingga akhir tahun dan ia dilihat mampu mencapai matlamatnya yang menyasarkan untuk menerbitkan 100 buah filem menjelang 2013.
Penonton boleh menjangkakan filem-filem seperti "Adnan Sempit 2", "Taikun", "7 Petala Cinta", "3 Temu Janji", "Saya Amat Mencintaimu" dan banyak lagi pada tahun 2012.

Selain turut mengaplikasikan pelbagai teknologi baru seperti animasi dan penjanaan imej berkomputer dalam filem terbitannya, MIG turut menerbitkan drama dan telefilem untuk siaran televisyen.
Sehingga kini, MIG telah menerbitkan 72 buah filem dan 54 daripadanya sudah ditayangkan.

AL-FATIHAH UNTUK IZWAN PILUS

Kami di PETI SURAT mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus yang telah di khabarkan meninggal dunia pada jam 6.30 ptg tadi  di hospital dan punca kematian beliau adalah di sebabkan terdapat jangkitan kuman dalam darah.

dalam twitter adik kepada penyanyi ini memberitahu bahawa abg beliau sudah menghembuskan nafas terakhir.Izwan pilus di lahirkan pada 24 november 1979 dan mula menceburi industri seni tanah air di pertandingan Bintang RTM (2004),kemudian beliau terkenal dengan single bertajuk kembali senyum.



Petikan Twitter Arill



Thursday 19 January 2012

AYUMI HAMASAKI tidak mahu pindah punca penceraian


Penyanyi terkenal kelahiran Fukuoka, Jepun, Ayumi Hamasaki kini sedang melalui proses perceraian dengan suaminya yang juga pelakon dan model Austria, Manuel Schwarz.

Dipetik daripada Tokyo Hive, Hamasaki telah mengumumkan niatnya untuk bercerai menerusi laman rasmi peminat selepas mereka berkahwin pada bulan Januari 2011.
Hamasaki menerangkan dia mengambil keputusan sedemikian kerana mula berubah hati setelah menetap di luar Jepun selepas gempa bumi Tohoku berlaku.

Menurutnya, "Ketika kami berkahwin, kami membuat keputusan untuk menetap di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun selepas gempa bumi Tohoku berlaku dua bulan selepas itu, perasaan kuat dalam diri saya memberitahu bahawa saya tidak ingin tinggalkan Jepun. Saya tidak dapat membayangkan mempunyai kehidupan di Amerika. Oleh itu, saya meninggalkan suami saya keseorangan untuk satu tempoh yang panjang."

Ia telah menyebabkan perselisihan faham antara Hamasaki dan Schwarz kerana tidak bersefahaman untuk menetap di Jepun, sekaligus mengganggu mereka dari segi fizikal dan mental.
Hamasaki dijangka memfailkan perceraian di Los Angeles bulan ini.

Pasangan ini bertemu pada Ogos 2010 selepas Schwarz dipilih memegang watak sebagai suami kepada Hamasaki untuk video promosi "Virgin Road".
Mereka berkahwin di sebuah gereja kecil di Las Vegas pada 1 Januari 2011.

ABBY ABADI di sihir?


Selepas dua kali membuat pemeriksaan kesihatan di hospital akibat mengalami sakit-sakit di badan, akhirnya pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang cuba menutup periuk nasinya.

Dipetik daripada laman mStar, Abby memberitahu dia mula mengalami gangguan kesihatan yang teruk sejak November tahun lalu lagi ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya ciptaan Edry Abdul Halim berjudul "Aku Tak Mahu".

Kesakitan di perut yang membuatkannya tidak mampu berjalan, sukar tidur dan sering sakit pinggang telah memaksa Abby membuat pemeriksaan di hospital sebanyak dua kali, namun doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

"Selepas gagal mendapat sebarang jawapan di hospital, saya membuat keputusan untuk berubat secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, saya diberitahu telah terkena buatan orang oleh mereka yang iri hati dengan saya.

"Saya tidak menyangka ada orang berniat jahat sedangkan saya sama sekali tidak pernah cuba menyakiti hati orang lain," ujar ibu tunggal beranak tiga ini.
Abby walaubagaimanapun bersyukur kerana penyakit misteri yang dialaminya itu beransur sembuh dan dia masih lagi meneruskan perubatan tradisional itu.

Tidak mahu menuding jari menuduh sesiapa kerana dirinya juga tidak tahu siapa yang memusuhinya sehingga tergamak melakukan perkara jahat sedemikian, Abby hanya mampu berdoa agar pihak yang menganiayanya akan mendapat balasan daripada Allah SWT

Wednesday 18 January 2012

5 ALASAN NIKITA MIRZANI POSING "HOT"

NIKITA MIRZANI nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat indonesia,setelah banyak gambar yang ala-ala majalah playboy telah tersebar secara meluas di dalam internet sekitar tahun 2011 hingga awal 2012.ramai yang mengatakan apa sudah jadi kepada aktress jelita ini hingga beliau sanggup mengambil gambar sedemikian rupa.

Apa yang bermain di minda NIKITA tentang gambar-gambar yang menimbulkan kontroversi ini.mari kita baca alasan yang di berikan kepada pihak media di sana :


Foto topless ( september 2011)  



tersebar nya foto topless ini di laman laman sesawang di sekitar indonesia telah mengundang kekalutan banyak pihak.ramai yang begitu tekejut dan tidak menyangka nikita begitu berani.namun bagi NIKITA sendiri  menganggapnya biasa.beliau berkata foto itu sudah lama,sudah beberapa tahun lalu bersama -sama kawan wanita nya menggunakan telefo bimbitnya dan menyimpannya di dalam facebook miliknya.



foto ciuman romantis sejenis (November 2011)
NIKITA dikaitkan kembali dengan kontroversi tentang gambar beliau yang tersebar lagi,kali ini gambar ciuman romantis sejenis dan ramai yang berkatakan beliau seorang lesbian.namun sekali lagi beliau menjawab dengan tenang,dengan menyatakan bahawa gambar-gambar itu di ambil 2 tahun lalu,ianya  lucu dan bertujuan untuk suka-suka sahaja.walau bagaimana pun ciuman tersebut nampak seperti ciuman yang romantis.








                                                                                         Foto bogel bersama lelaki ( Januari 2012)
tidak terhenti di tahun 2011,pada awal januari lalu gambar nikita menampakan payudara nya bersama seorang lelaki tersebar meluas di negara tersebut.namun seperti biasa NIKITA tidak tertekan dan memberi pembelaan terhadap dirinya dengan menyatakan.ianya terserah kepada penilaian orang yang melihatnya,sekiranya orang yang melihat itu seperti orang pasar @ orang kampung mereka mesti mengatakan ianya pronografi tapi bagi insan seperti saya,saya menilai nya sebagai satu seni.
apa-apa pun ianya tetap 18sx (untuk tontonan umur 18 tahun ke   atas mengandungi unsur lucah yang keterlaluan)

foto dada di pengang daus mini
masih di dalam bulan januari 2012,belum surut isu gambar bogel timbul lagi isu pasal gambar dada nikita di pegang oleh daus mini.dalam gambar tersebut menunjukkan daus mini tengah memegang dada nikita dan menurut daus gambar tersebut kehendak nikita sendiri serta orang-orang di sana pada masa itu.


Foto Goyang dada di rancangan live KKN
tidak habis disitu,terbaru penampilan nikita di rangcangan secara langsung Kakek kakek Narsis di Trans TV mendapat teguran oleh pihak KPI atas aksi menonjolkan bagian payudara beliau.nikita menghadapinya dengan santai dengan menyatakan " "Padahal kan emang dadaku udah gede ya, jadi gerak sedikit ya pasti goyang lah. Lagian itu acara menjelang pagi, anak kecil udah tidur, buat dewasa lah. Aku juga gak punya niat untuk itu."

Dengan pelbagai kontroversi yang timbul,NIKITA tetap mahu terus maju dalam karier beliau dan menganggapnya pekara biasa dalam dunia hiburan.walau bagaimanapun nikita tetap menjadi tajuk perbualan yang hangat di negara itu atau mungkin NIKITA akan di undang oleh majalah PLAYBOY untuk cover majalah dorang edisi indonesia.hahahaa

ARTIS TAIWAN: CHARMAIN DEDAH FOTO PEMBEDAHAN IMPLAN


Artis yang berasal dari taiwan Charmain chen yang popular di dunia maya akibat daripada pakaian dalam nya yang di tarik di bali,kini chen kembali mencari publisiti dengan mendedah kan gambar-gambar pembedahan membesarkan payu dara dan mengecilkan punggunya di internet baru-baru ini.


Artis yang di gelar sebagai "monkey girl" ini begitu serius untuk menjadi popular  dan untuk menjadi sebagai ikon seks di negara taiwan dengan menayangkan gambar-gambar tersebut untuk .

menurut salah satu khabar tempatan May Daily ramai yang menilai tindakan nya sebagai mempromosi kan dirinya untuk mencari populariti di dalam negara itu oleh kerana bagi masyarakat taiwan sendiri pembedahan sebegini adalah rahsia dan sukar untuk di dedahkan secara umum.

di taiwan charmain sekarang di gelar sebagai dewi seks dengan kontroversi yang berlaku ini.sebelum ini charmain sudah membuat kontroversi dengan gambar-gambar penarikan pakaian dalamnya sehingga menampakan payudaranya oleh seekor monyet ketika lawatan di kawasan sacred monkey forest di ubud bali.