Sunday 1 April 2012

THE THIEVES himpun pelakon hebat Korea

Bintang filem Korea di himpunkan dalam sebuah filem jenayah aksi hebat yang berjudul THE THIEVES. Dibarisi oleh pelakon-pelakon tersohor Korea seperti Lee Jung-Jae, Jeon Ji Hyun, Kim Soo-Hyun, Angelica Lee, Simon Yam, Derek Tsang, Kim Yun Seok, Kim Hye-Soo, Kim Hae-Suk dan Oh Dal-Su.

THE THIEVES mengisahkan perancangan rompakan dari kumpulan gangster yang berpecah belah akibat berlakunya perkhianatan di antara mereka. Setiap kumpulan tertumpu kepada misi merompak sebuah berlian yang berharga 20 juta.

Berlian yang di gelar"tear of the sun" itu di simpan dengan rapi di sebuah kasino sebelum dijual ke negara China. Pelbagai konflik yang berlaku dalam menjalankan misi merompak berlian yang sangat berharga itu,oleh kerana setiap daripada mereka mempunyai agenda yang tersendiri untuk menyimpan berlian tersebut..

Sama-sama kita nantikan filem yang di gelar sebagai Ocean's Eleven Korea ini yang diarahkan oleh Choi Dong-hoon dan dijangka akan berada di pawangan tidak lama lagi.
  ALL STARS HEIST MOVIE

No comments:

Post a Comment