Wednesday 17 July 2013

KONTROVERSI GAMBAR SOLAT TERAWIH NORA DANISH


Tindakan pelakon Nora Danish memuat naik gambarnya menunaikan solat sunat Tarawih baru-baru ini menyebabkan ada segelintir individu telah memberi respons negatif dan menyifatkannya sebagai suka menunjuk.

"Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya nak menunjuk tetapi memang saya suka berkongsi macam-macam gambar dengan peminat," kata Nora kepada Sinar Harian.


Jelas pelakon kacukan Melayu-Myanmar yang berusia 31 tahun ini, tidak ada salahnya untuk dia berkongsi perkara yang baik kerana mungkin para peminat yang tidak pernah sembahyang Tarawih akan cuba untuk bertarawih selepas melihat gambarnya. 

Ketika ditanya adakah dia akan membalas kritikan gambar yang dikongsi di laman Instagram tersebut, ibu kepada Putra Rayqal ini mengatakan lebih senang berdiam diri kerana dia masih mempunyai ramai peminat yang menyayanginya.


Beralih kepada hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora meminta agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti membuat cerita dan melaga-lagakannya dengan Fasha kerana mereka sudah pun berbaik-baik. Nora juga pernah melawat Fasha sewaktu kelahiran Putra Rayfal dahulu.

Mengenai perkembangan karier dan rutinnya sewaktu bulan puasa, Nora mengatakan dia menolak tawaran sewaktu di bulan puasa untuk fokus kepada ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

HATTAN RUJUK SEMULA DENGAN BEKAS ISTERI


Setelah bercerai pada 10 Mac 2005 dengan Arianie Abidin, 42, sudah lama penyanyi Datuk Hattan, 49, menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal tanpa kehadiran isteri. Namun, Ramadan dan Syawal kali ini pasti memberi sejuta makna kepada penyanyi "Mahligai Syahdu" ini kerana dia bakal bersama kembali dengan bekas isteri setelah lebih lapan tahun berpisah.

Menerusi HIP, Hattan memaklumkan perkahwinannya akan dilakukan pada 24 Julai ini bertempat di Hotel JW Marriot, Putrajaya dalam suasana ringkas dan santai. Majlis pernikahan kecil-kecilan yang hanya mengundang 200 tetamu itu dimulakan dengan upacara akad nikah, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Hasil pernikahan kali pertama mereka pada 17 Disember 1996, Hattan dan Arianie dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Kata Hattan lagi, dia ingin Adam merasa kemeriahan menyambut Syawal bersama keluarga dan mahu Adam hidup bahagia. Malah, Hattan juga tidak mahu Adam berasa janggal menumpang kasih sayang ibu tiri.

Apabila ditanya mengenai perasaannya yang bakal dinikahkan semula dengan Arianie yang bekerja sebagai pramugari itu, dia tidak merasakan debaran tapi lebih bahagia kerana dia memang susah untuk melupakan Arianie setelah mereka berpisah, Ketika itu, dia memang selalu berdoa agar mereka kembali bersatu kerana tiada satu pun wanita yang dapat menandingi Arianie. Doa itu juga turut dipanjatkan sewaktu mengerjakakn umrah tahun lalu.

"Mungkin doa saya dan Adam dimakbulkan Allah SWT. Sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu, saya meminta jodoh saya dan Arianie disatukan kembali. Saya turut bertanya pada Adam apa yang dimintanya di hadapan Kaabah. Jawab Adam, adik minta ayah berkahwin dengan ibu semula. Mungkin ini juga berkat mengerjakan solat sunat taubat tanpa jemu. Kalau sebelum ini, setahun sekali pun susah untuk dilaksanakan, tetapi sejak berubah, boleh dikatakan saya rajin melakukannya sehingga saya dapat merasakan perbezaan," ujarnya.

Ditanya pula mengenai perancangan Hari Raya, Hattan mengatakan dia akan beraya di kampung halamannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan bersama Arianie.

ASHRAF MUSLIM MENGAKU BERNIKAH DI THAILAND


Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengaku sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand, Ahad lalu. kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Dipetik dari mStar, berikutan pengakuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan pelakon berusia 32 tahun itu menarik balik permohonannya untuk berpoligami sebelum ini.

Sebelum ini Ashraf telah menafikan hubungannya dengan wanita tersebut selepas khabar angin tentang hubungan mereka hangat diperkatakan.

Terdahulu Ashraf telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 tetapi mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, mahkamah turut mengarahkan Ashraf untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

LISA BERJAYA UBAH CARA HIDUP YUSRY


 Pelakon Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan masa suaminya iaitu pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Lisa, 27, berkata, dia berjaya mengubah cara hidup suaminya itu agar menjadi lebih baik dan terurus.

"Setakat ini Alhamdulillahlah, kebanyakannya dia mengikut masa dan cara saya. Macam pada bulan puasa, kalau dulu dia tidak bangun sahur kerana dia lebih suka bersahur sebelum tidur.

"Tapi sekarang dia perlu ikut cara saya dengan tidur awal dan bangun untuk bersahur, kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila bersahur," katanya ketika ditemui pada sidang media Madagascar 3:Europe's Most Wanted versi Bahasa Malaysia di sini, Selasa.

Tambah Lisa, dia juga kini menjaga dan menguruskan jadual harian Yusry bagi memudahkannya merancang aktiviti terluang.

"Kalau dulu kami letak jadual masing-masing pada papan tulis di rumah, tapi bila di luar masing-masing lupa, jadi saya ada aplikasi di telefon yang boleh isi jadual dia dan saya sekali.

"Sejak itu saya terus uruskan jadual kerja dia," katanya.

Bukan itu sahaja, tambah Lisa, suaminya juga sudah boleh menerima makanan pedas.

"Kalau dulu dia memang tidak boleh makan makanan yang pedas tapi sekarang dia sudah boleh terima. Dia paling suka kalau saya masak ayam pedas," katanya.

Bercerita pengalaman berpuasa sebelum ini Lisa berkata, dia pernah mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan cili.

"Dua tahun lepas saya mengalami sakit perut yang teruk kerana saya makan cili setiap kali berbuka puasa.

"Saya suka makan cili dengan menggigit sedikit-sedikit cili tersebut sehingga habis tapi selepas sakit perut saya berhenti daripada makan cili seperti itu.

"Namun tabiat makan makanan pedas memang tidak boleh dielakkan. Kalau tidak saya tidak akan berselera," katanya.

    ISU HUBUNGAN PERCINTAAN FAHRIN


    Pelakon Fahrin Ahmad semakin lali apabila sering kali ditanya mengenai teman wanita dan perkahwinan sama ada daripada pihak media, keluarga atau pun rakan-rakan.

    Fahrin, 34, berkata, perkara itu sebenarnya tidak mengganggunya kerana dia semakin selesa dengan kehidupan sekarang iaitu hidup bersendirian.

    "Saya sekarang sudah berada pada tahap terbiasa dengan hidup bersendirian dan apabila sering ditanya mengenai soal kahwin, saya sudah lali dengan persoalan itu.

    "Soal pertemuan, jodoh dan maut ini bukan kita yang tentukan dan saya sebagai manusia hanya mampu merancang," katanya kepada mStar Online.

    Fahrin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyampai radio Suria FM iaitu Linda Onn dan pelakon Scha Al-Yahya.

    Dalam perkembangan sama, Fahrin berkata, buat masa ini dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana yakin jodohnya akan tiba suatu hari nanti.

    Bagaimanapun katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada bakal isterinya itu nanti mestilah seorang yang solehah tetapi 'hot' pada matanya.

    "Kadang-kadang tu saya cemburu juga tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak tetapi saya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan Insya-Allah masa itu akan tiba," katanya.

    Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini Fahrin akan mengurangkan aktiviti seninya bagi memberikan tumpuan kepada ibadah puasa selain mengambil peluang untuk melakukan solat sunat tarawih di masjid.

    Tambah Fahrin, kesempatan itu juga digunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas.

    "Bagaimanapun saya akan mula kembali bekerja seawal Hari Raya keempat dan akan ke Bangkok untuk rakaman iklan terbaharu produk Garnier di sana," katanya.

    HAFIZ DI TIPU


    Penyanyi Hafiz Suip kesal selepas tiga kali ditipu oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengubahsuaian rumah ibu bapanya di Kuching, Sarawak.

    Hafiz, 23, berkata, disebabkan perkara itu juga, dia terpaksa menanggung kerugian yang agak besar.

    "Akhirnya rumah ibu bapa saya di Kuching siap diubah suai setelah tiga kali saya ditipu oleh kontraktor.

    "Mereka tidak menghabiskan kerja dan lari setelah menerima bayaran. Ia berlaku mungkin juga kerana tiada pengawasan daripada kami sebab semua sudah berpindah ke Semenanjung," katanya.

    Tambah Hafiz, proses membesar dan pengubahsuaian rumah tersebut merupakan antara sumbangannya kepada keluarga daripada hasil nyanyian.

    "Rumah itu sangat bermakna kepada saya, saya dilahirkan dan dibesarkan di rumah itu dan itu niat saya ketika awal menceburi industri ini.

    "Sebab itu saya tetap mahu mengubahsuaikannya walaupun kami sekeluarga mempunyai sebuah lagi rumah berdekatan kawasan rumah yang diubahsuai itu," katanya.

    Tambah Hafiz, dia akan menjadikan rumah tersebut sebagai tempat berkumpul dan perjumpaan keluarga serta peminat terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri

    "Buat masa ini, adik saya yang masih menuntut di UiTM Kota Samarahan tinggal dan menjaga rumah itu.

    "Tapi kalau ada kelapangan dan cuti kami sekeluarga akan balik ke sana. Saya juga lebih senang untuk membuat rumah terbuka pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri di situ kerana ramai peminat yang sudah tahu lokasi rumah itu,” katanya.

    Sunday 14 July 2013

    ADIRA AKAN BERTUNANG?


    Penyanyi Adira menafikan dia telah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M)iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin seperti yang didakwa ramai pihak.

    Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, sebaliknya dia baru sahaja mengenali pemuda tersebut sejak beberapa bulan lalu dan terkejut apabila dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

    "Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal.

    "Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

    Bagaimanapun tambah Adira, dia mengakui bahawa Shahrul adalah lelaki yang paling rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing, cuma perhubungan itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

    "Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya," ujar Adira.

    Pada minggu lalu, Adira heboh dikaitkan dengan Shahrul apabila penyanyi itu sering memuat naik foto mereka berdua di laman sosial Instagram.

    Lebih menjadi tanda tanya pada semua, apabila pereka fesyen Ezuwan Ismail pula memuat naik foto Adira dan Shahrul yang sedang menempah baju dengan tulisan status 'Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk...'.

    Beritahu Adira, ramai yang salah faham berkenaan status yang ditulis Ezuwan kerana tujuan dia dan Shahrul menempah baju adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen itu di Kelantan yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.

    "Jadi memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya sekali di rumah keluarganya.

    "Dan saya pula akan bercuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung di Sabah sebelum bertolak ke Kelantan," jelasnya.

    Dalam perkembangan lain, Adira bakal muncul dengan sebuah single lagu baharu selepas sambutan Aidilfitri nanti dan akan keluar dengan album penuh yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu pada akhir tahun ini.


    PELAKON GLEE DI TEMUI MATI


    Aktor siri televisyen popular "Glee", Cory Monteith telah ditemui mati sebuah bilik hotel di Vancouver, Kanada pada Sabtu.

    Dipetik daripada laporan CNN, sebab kematian awal tidak diketahui dan pakar perubatan dijangka melakukan autopsi pada hari Isnin ini.

    Menurut pegawai polis Ketua Konstabel Doug LePard, mayat aktor berusia 31 tahun itu ditemui pada waktu tengahari oleh pekerja Hotel Fairmont Pacific Rim selepas dia terlepas waktu daftar keluar.

    Monteith telah mendaftar masuk hotel pada 6 Julai lalu.

    Pada Jumaat malam, beberapa orang dilihat mengunjungi biliknya, tetapi LePard memberitahu Monteith telah kembali ke biliknya berseorangan pada awal pagi seperti dilihat dari kamera pengawasan hotel itu.

    Terdahulu, Monteith sentiasa berterus-terang dan tidak pernah menyembunyikan masalahnya dengan penyalahgunaan dadah. Dia pernah memberitahu majalah Parade pada 2011 bahawa dia telah mula menggunakan dadah pada usia 13 tahun.

    Pada April lalu, Monteith yang memegang watak Finn Hudson telah mendaftar masuk ke sebuah pemulihan dadah.

    IBU JUSTIN BIEBER KECEWA


    Berikutan beberapa kontroversi melibatkan anaknya, penyanyi terkenal Justin Bieber, Pattie Mallette akui anaknya itu tidak akan sentiasa melakukan perkara yang betul.

    Bercakap di "Watch What Happens Live", Mallette berkata, "Saya tidak begitu naïf memikirkan anak saya seorang yang sempurna dan akan sentiasa membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya.

    "Dia tahu apa yang saya tidak setuju dan dia juga tahu saya bangga dengannya. Orang tidak akan bercakap tentang segala perkara baik dilakukannya. Setiap malam sebelum persembahan, dia akan bertemu dengan kanak-kanak dari organisasi Make-a-Wish. Dia melawat hospital. Dia meluangkan masa dan melawat kanak-kanak yang sakit," ujar Mallette.

    Mallette yang merupakan penulis buku "Nowhere But Up" sebelum ini pernah memberitahu "ET Canada" bahawa dia akan sentiasa berhadapan dengan segala masalah yang timbul.

    "Saya hanya perlu berhadapan dengannya. Saya rasa ia sama seperti anda menghantar anak anda ke kolej dan belajar membuat keputusan sendiri. Saya akan bercakap dengannya dan dia tahu apa yang saya fikirkan."

    Penyanyi berusia 19 tahun ini sering terlibat dengan beberapa siri kontroversi kebelakangan ini antaranya pengsan di atas pentas ketika konsert di London, lewat dua jam dalam satu persembahan dan terbaru sekali adalah video yang menyaksikan Bieber kencing dalam baldi mop sambil mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap gambar bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

    IZZUE HIRAUKAN KOMEN NEGATIF TERHADAP PERKAHWINANNYA


    Pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam berkata, dia dan isterinya Nurinafilah Waharudin tidak kisah dan tak ambil peduli dengan komen-komen negatif ramai berikutan perkahwinannya dengan wanita lebih berusia.

    "Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.

    "Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri," kata Izzue yang selamat diijabkabul pada 2 Jun lalu kepada mStar.

    Tambah pelakon filem "29 Februari" ini lagi, kini dia hanya mahu menumpukan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berharap agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

    Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri "Sahabat" terbitan Suhan Movies, namun tetap melaungkan masa untuk berbuka bersama isteri tersayang.

    "Jika tidak sibuk saya akan balik ke rumah untuk berbuka bersama-sama dan jika mempunyai urusan kami tetap berbuka bersama-sama di restoran atau pun di lokasi penggambaran."

    Dalam perkembangan lain, Izzue dan kumpulan Forteen kini sedang giat mempromosikan single terbaru mereka iaitu "Kita".

    FARA FAUZANA INSURANSKAN SUARA


    Penyampai radio Hot FM Fara Fauzana mendedahkan dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu.

    Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, walaupun ia kedengaran pelik, tetapi dia menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang untama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga.

    "Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.

    "Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis.

    "Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya.

    Fara ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd bagi meraikan 15 orang warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Restoran Kokopelli Travellers Bistro, di sini, pada Ahad.

    Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.

    Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa anjuran Yakult, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan yang telah disediakan khas oleh pihak Kokopelli Travellers Bistro yang menaja sebahagian daripada hidangan pada malam tersebut.

    Majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, Pengurus Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha dan Pengarah Urusan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman telah berlangsung dalam suasana meriah.

    Beritahu Fara, buat masa ini dia akan menyertai lima jenis kempen daripada pihak Yakult dan akan menjadi duta kepada produk tersebut pada tahun hadapan.

    "Sebenarnya, sebelum menyertai kempen Yakult, saya sudah mula teruja dengan minuman ini yang begitu banyak khasiatnya dan pernah ke kilangnya di Jepun, untuk penggambaran program Nona (TV3).

    "Apabila mendapat informasi tentang kebaikannya, dan mengamalkan meminum susu kultur tersebut, saya mula yakin dengan produk ini.

    "Kebetulan pula pihak Yakult mahu saya menyertai beberapa kempen sebelum menjadi duta produk ini pada tahun hadapan," katanya.

    Thursday 11 July 2013

    KATY PERRY & JOHN MAYER BAKAL BERKAHWN


    SELEPAS bercinta dan putus untuk beberapa kali, akhirnya pasangan selebriti Katy Perry dan John Mayer mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

    Menurut laporan Showbizspy, Katy dan John membeli rumah untuk tinggal bersama dan mereka yakin perhubungan cinta itu perlu diikat ke fasa yang lebih serius iaitu dengan bernikah.

    "Mereka telah merancang untuk ke arah itu (berkahwin) dan kali ini Katy dan John begitu serius.

    "Malah mereka telah merancang konsep majlis di mana mereka mahukan ia dilaksanakan dalam suasana yang cukup sederhana," kata sumber.

    Bagaimanapun tambah sumber itu tarikh perkahwinan mereka masih belum dipilih.

    Katy dan John masing-masing sibuk dengan kerja nyanyian mereka apatah lagi John sibuk dengan album terbaharunya.

    Qi RAZALI MENGAKU NELYDIA KEKASIH HATI


    Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qi Razali akhirnya membuat pengakuan secara sah iaitu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nelydia Senrose walaupun sebelum ini menepis gosip tersebut.

    Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama.

    "Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya.

    "Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang," katanya kepada mStar Online.

    Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna sebelum berpisah secara baik untuk membawa haluan masing-masing.

    Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan

    Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.


    Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri.

    "Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu.

    "Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi," jelasnya.

    Tambah Qi, dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda.

    Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran JJCM untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina bagi penggambaran musim terbaharu program Art Attack pada 18 Julai depan.

    Wednesday 10 July 2013

    FASHA ELAK BERLAKON TERLALU INTIM BERSAMA AARON



     Pasti ramai peminat yang tidak sabar menyaksikan semula lakonan Fasha Sandha selepas melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Putera Rayfal

    Menerusi portal laporan Murai, Fasha yang digandingkan bersama Aaron Aziz menerusi drama Tentang Hati arahan Feroz Kadir memberitahu dia menjaga batas lakonan dengan Aaron walaupun membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

    Kami tidak kekok melakonkan babak cinta tapi ada hadnya, seperti untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin),"" jelas Fasha yang bakal menamatkan penggambaran drama pada 10 Julai ini

    Sebelum ini, mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Evolusi KL Drift", jadi memang tiada masalah untuk Fasha dan hero Malaya itu bekerjasama sekali lagi. Turut membintangi drama ini adalah Rusdi Ramli, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

    Drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal bersiaran di TV2 ini mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

    Baginya, watak yang dibawakan ini mempunyai cabaran yang berat kerana dia terpaksa menjiwai watak seorang isteri yang dirahsiakan statusnya kerana berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa Zaquan namun berasa seronok kerana ia watak isteri baru buat Fasha.

    FAKTA : TIPS PENJAGAAN KULIT DI BULAN RAMADHAN


     Sewaktu bulan Ramadan, keupayaan tubuh badan untuk melakukan rutin harian pasti tidak seaktif seperti sebelumnya. Perubahan ini berlaku akibat air di dalam badan yang tidak mencukupi hingga menyebabkan tubuh badan lesu dan tidak bermaya.

    Sistem badan juga pasti terkejut kerana tidak mendapat keperluan yang secukupnya dan sudah tentu kulit akan mengalami perubahan. Jika keperluan itu tidak dilengkapi, kulit cenderung menghadapi masalah seperti kering, kusam dan mudah ditumbuhi jerawat. 

    Justeru, pemakanan yang baik sangat penting untuk memelihara kecergasan tubuh serta kecantikan kulit di bulan yang mulia ini. Menurut Perunding Dermatologi, air yang cukup sangat penting untuk kulit cantik dan sihat kerana air membantu menyahkan toksin di dalam badan. 

    Bagi memastikan kulit sentiasa bersih, elakkan mengambil minuman berkarbonat dan amalkan minum air masak dan jus buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa jenis makanan yang membantu masalah kulit kering seperti buah gajus dan badan yang kaya dengan serat, asid lemak dan protein untuk menyerikan wajah. 

    Kurma, strawberi dan beri biru juga mampu memberi nutrien vitamin A, zat besi, kalium, kalsium dan magnesium kepada kulit kerana kandungan antioksidanya yang tinggi membantu kesihatan kulit. Aprikot juga membantu proses penghadaman dan meningkatkan kecergasan badan. 

    Ketika berbuka, amalkan makan makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, sup sayur dan anggur yang mengandungi 90% air. Gado-gado dan pecal juga sangat digalakkan kerana mempuyai banyak khasiat dan serat. 

    Untuk makanan yang bersantan seperti kari, tukarkan santan dengan susu rendah lemak untuk mengurangkan kolesterol. Bagi minuman pula, lai chi kang yang mengandungi buah seperti barli, biji teratai, kacang ginko juga boleh memberi kebaikan kepada tubuh. 

    Antara makanan yang patut diambil ketika puasa ialah ayam, telur, kekacang, tofu, ikan dan makanan laut manakala makanan yang patut dielakkan ialah sosej, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging segera dan telur masin.

    TIZ ZAQYAH JADI PENYANYI


     Heroin drama "Nur Kasih", Tiz Zaqyah ternyata memang berbakat dalam bidang nyanyian apabila dia akan berpadu suara dengan SleeQ dan Zain Saidin dalam lagu 'Together'.

    Lagu ini akan menggantikan lagu "Oh! My English" nyanyian Liyana Jasmay dalam siaran televisyen "Oh! My English".

    Sebelum ini, kita pernah dengar tentang Tiz yang mempunyai suara yang sedap. Ini terbukti dengan beberapa video Tiz Zaqyah menyanyikan lagu 'Rolling In The Deep' dan 'Someone Like You' diiringi petikan 'strumming gitar' daripada pelakon dan penyanyi Aqasha di laman YouTube.

    Ramai yang mengatakan suara Tiz memang lunak dan mantap. Jadi, lagu-lagu yang mantap dan 'range' besar memang sangat sesuai dinyanyikan pelakon "Cinta Jangan Pergi" ini.

    NASH ADE TEMAN ISTIMEWA


    Vokalis kumpulan rock lagenda Lefthanded, Nash mengakui sedang mengenal hati budi seorang gadis selepas bercerai dengan isteri keduanya yang merupakan pengasas kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada tahun 2009.

    Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, Nash merasakan hubungannya dengan gadis tersebut yang dikenalinya sejak setahun lalu berada di jalan yang betul walaupun mereka masih belum melafazkan kata cinta.

    "Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya dalam tulisan jawi yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini," kata pemilik nama sebenar Jamaludin Elias ini.

    Selepas perkahwinan keduanya berakhir dengan penceraian, Nash dilihat lebih banyak mendiamkan diri daripada berbicara tentang kisah percintaannya.

    Semoga hubungan Nash dengan gadis tersebut bakal berakhir di jinjang pelamin.

    Monday 8 July 2013

    KL GANGSTER 2 KELUAR BULAN OKTOBER


    Filem kelapan arahan Syamsul Yusof, "KL Gangster 2" dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini kira-kira di 100 buah pawagam.

    Dipetik daripada laporan Berita Harian semalam, Syamsul yang memegang tanggungjawab sebagai pengarah dan pelakon mengakui ia merupakan cabaran besar buatnya kerana ia memerlukan focus bagi memastikan setiap babak disempurnakan seperti dirancang.

    "Bukan tidak boleh menyelesaikan filem ini cepat, tetapi saya tidak mahu dikenali sebagai pengarah yang mahu mengejar keuntungan.

    "Saya mahu filem yang dihasilkan akan terus diingati penonton dan itu yang membuatkan saya teliti kerana sebagai pengarah, saya mencari kepuasan dalam berkarya," ujarnya.

    Baginya, dia tidak ingin mengambil sikap lepas tangan dan lebih berpuas hati jika terbabit daripada proses awal hingga akhir untuk memahami perjalanan pembikinan filem tersebut.

    Filem sekuel "KL Gangster" ini menelan belanja sebanyak RM4 juta dan menampilkan pelakon lelaki terkenal iaitu Rosyam Nor, Aaron Aziz dan Adi Putra.

    Syamsul berkata, dia telah lama mempunyai impian untuk bekerjasama dengan Rosyam dan bertuah bertuah apabila diberi peluang tersebut. Baginya, Rosyam dilihat sebagai seorang pelakon hebat yang harus dijadikan contoh oleh pelakon-pelakon baru.

    "Saya melihat kesungguhan kerja yang dilakukannya, malah dia sentiasa memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang saya jangkakan.

    "Sesetengah pelakon berpengalaman mungkin keberatan untuk menerima nasihat dan teguran pengarah muda, tetapi perkara itu tidak berlaku pada Rosyam. Dia hormat dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya, malah dia juga sentiasa membantu untuk mencantikkan babak," katanya lagi.

    Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan proses akhir bahan promosi filem ke-29 terbitan Skop Productions ini termasuk treler filem di Bangkok, Thailand.

    ROZITA NAFI "QUEEN CONTROL"


    Pelakon Rozita Che Wan menepis dakwaan kononnya dia bersikap 'queen control' terhadap kekasihnya Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.

    Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.

    "Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

    "Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

    Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekoran sibuk dengan aktiviti lakonan.

    Dalam perkembangan sama, Rozita berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip tentang mereka tersebar dan enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh.

    Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan Zain, 29.

    "Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas.

    Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya.

    "Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap sahaja pada hari raya nanti," katanya.

    RITA BELUM ADA PENGGANTI


    Krisis rumah tangga dramatis Rita Rudaini, 37, dengan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, masih lagi tiada kata putus sehingga ke hari ini walaupun sudah tiga tahun berlarutan.

    Namun, pelakon jelita ini berkata, dia sudah lali dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan kini mahu fokus dalam karier serta perniagaan kecantikan RS Collagen yang diceburi untuk membesarkan anak-anak.

    Pelakon yang mesra disapa Rita ini hanya mahu menunggu keputusan mahkamah akan konflik rumah tangganya yang sudah setahun menjadi kes mahkamah. Rita juga berkata seandainya jodoh dengan Aidil masih panjang, dia berdoa agar Allah S.W.T membukakan semula pintu hatinya yang sudah kosong terhadap Aidil. 

    "Bila saya fikir semula, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi. Jika jodoh kami panjang, saya reda untuk menerimanya semula tapi jika kami memang sudah tiada lagi, saya tetap reda juga. Saya percaya hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik buat saya dan anak-anak," katanya kepada Harian Metro.

    Rita yang masih belum terfikir untuk mencari pengganti juga tidak kisah jika sekali lagi dijodohkan dengan lelaki muda kerana faktor usia bukan penentu kebahagiaan. Apa yang penting baginya, lelaki itu haruslah mempunyai pendirian, tahu tanggungjawab serta mampu memimpin.

    Sementara itu, Rita berkata sudah setahun Aidil tidak menjenguk dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Dia risau jika anak-anak akan menjadi kekok dengan ayah mereka sendiri.

    Walaupun ada yang mengatakan Rita sengaja mencipta jarak antara Aidil dan anak, dia tidak pernah melakukan sedemikian malah Rita turut mengundang Aidil bermalam di rumah sewaktu bulan puasa untuk meluangkan masa dengan Rayyan dan Arjuna. Namun Aidil sudah dua kali membatalkan temu janji untuk bertemu mereka.

    Rita yang baru menamatkan penggambaran drama "Safa dan Marwah" akan berehat sepanjang Ramadan untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak.

    Sunday 7 July 2013

    FAKTA : TIDUR TANPA PAKAIAN DAPAT KURUSKAN BADAN


    Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos. 

    Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel! 

    Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut. 

    Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan. 

    Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

    FAIZAL TAHIR DI GAM?


    Baru-baru ini, nama penyanyi Faizal Tahir kembali menjadi sebutan ramai pihak berikutan timbul spekulasi yang mengatakan pelantun "Adrenalin" telah digam oleh oleh stesen televisyen Media Prima, susulan program raya yang melibatkannya telah dibatalkan secara tiba-tiba.

    Bagaimanapun, Faizal, 35, berkata dia tidak kisah dan enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu perkara itu diperbesar-besarkan.

    "Sepatutnya saya ada sebuah program raya tahun ini untuk stesen TV berkenaan. Tapi tiba-tiba rakaman program tersebut dibatalkan. Jadi, fikirlah sendiri.

    "Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Tak mengapa lah kalau program tu dibatalkan. Saya anggap tiada rezeki. Saya tidak tahu mengenai penafian pihak stesen TV tersebut. Tapi kalau benar mereka nafikan yang saya digam, sehingga kini saya tidak mendapat sebarang panggilan rasmi atau dipanggil berbincang menjelaskan status saya," katanya kepada Malaysian Digest.

    Terdapat spekulasi yang mengatakan Faizal digam kerana kelantangannya bersuara mengenai isu politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU 13) awal Mei lalu.

    "Bukan mudah menjadi jadi artis sebenarnya, apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah saya digam ini sebenarnya tiada apa nak komen namun apa yang boleh saya jawab adalah ada satu program raya tapi tak jadi."

    Jelas Faizal, dia tetap akan lantang bersuara di laman social jika ada sesuatu yang tidak menyenangkannya. Katanya, dia tidak mahu mengikut kata-kata orang seperti lalang atau menjaga hati orang lain yang tiada kena mengena dengan perjalanan kariernya.

    Dalam perkembangan lain, Faizal merancang untuk mengadakan konsert untuk album ketiganya berjudul "Faizal Tahir" yang sudah pun berada di pasaran sejak empat bulan lalu.

    NURUL & ERIC BAKAL DAPAT ANAK LELAKI


    Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul wahab mengakui teruja apabila mendapat tahu bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober depan.

    Nurul, 36, berkata, dia memang berharap agar dikurniakan seorang anak lelaki sebagai pelengkap kehidupan rumah tangganya bersama Eric Daniel Depp, 48.

    "Saya baru diberitahu bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.

    "Saya memang mengharapkan untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," katanya ketika ditemui pada pertandingan akhir Ceria Popstar, di sini, Ahad.

    Tambah Nurul, anak pertama hasil perkongsian hidup bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 15 tahun bertindak menjadi penjaganya sepanjang mengandung.

    "Ayu sangat gembira nak dapat adik, dia yang banyak jaga saya di rumah. Kalau apa sahaja saya tidak buat dia akan membebel," katanya.

    Tambah Nurul, dia juga sudah membeli barang keperluan bayi sebagai persediaan awal.

    "Memang orang kata tidak elok kalau beli awak-awal barang bayi, tapi sekarang sudah masuk enam bulan mungkin sudah boleh beli sikit-sikit.

    "Lepas dapat tahu bayi lelaki saya tidak terlalu ghairah membeli kerana barang bayi lelaki tidak banyak pilihan seperti bayi perempuan," katanya.

    Sementara itu, Nurul berkata, dia akan bercuti ke rumah mertuanya di Perancis pada Isnin ini selama sebulan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

    "Saya sengaja bercuti dan kesempatan itu juga saya ambil untuk belajar bahasa Perancis dan mempraktikkan di sana.

    "Kalau di Malaysia sudah beberapa kali saya ambil kelas tetapi tidak dipraktikkan hingga terlupa," katanya.

    Nurul dan Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

    Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil hubungan dengan suami pertama, penyanyi dan komposer, Ajai.

    Friday 5 July 2013

    TAYANGAN FILEM PERCUMA DI FINAS


    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan menganjurkan tayangan filem percuma melalui Program Tayangan Filem bermula 5 hingga 7 Julai depan di Dataran Karyawan Finas.
     
    Antara filem yang akan ditayangkan 'Dua Kalimah' (Metrowealth), 'Husin, Mon & Jin Pakai Toncit' (Tayangan Unggul) dan 'Rock OO' (Grand Brilliant).
     
    Selain itu, program ini juga merupakan salah satu pengisian bagi menyemarakkan penganjuran Festival Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai 2013 ini.
     
    Malah, penonton yang hadir turut dapat beramah mesra dengan artis- artis undangan seperti Awie, Ezlynn, Que Haidar, Pekin Ibrahim,Sofi Jikan dan Khir Rahman.
     
    Terdapat juga gerai jualan dan promosi disediakan seperti Unifi, Celcom, Astro, Avon, gerai jualan makan minum dan pakaian. Untuk maklumat lanjut hubungi Unit Promosi FINAS ditalian 03-41041349/1326/1332 atau layari laman web finas di www.finas.gov.my dan Facebook promosifinas.

    KIM JIN SUNG CUBA NASIB DI MALAYSIA


    Kalau nak ikutkan, nama Kim Jin Sung tidaklah segah mana di Korea. Namun kehadirannya dalam industri penerbitan tempatan tetap mencuri perhatian ramai. Tambah pula gelombang k-pop dan drama Korea memang dahsyat melanda di sini. Boleh bikin anak-anak muda histeria kalau bertemu bintang dari negara itu di sini.

    Sejarah membuktikan, ramai remaja sanggup berhabis dan meredah apa juga cabaran semata-mata mahu menonton persembahan atau bertemu artis Korea kesayangan mereka. 

    Berbalik kepada cerita Kim Jin Sung, apa yang menarik perhatian Sha adalah pasangan Hanez Suraya dalam drama 28 episod, Autumn Di Hatiku ini boleh bertutur bahasa Melayu. Ketika bertandang ke Balai Berita beberapa hari lalu, Sha cuba uji dia dengan bertutur bahasa Melayu dan dia boleh jawab dengan lancar. 

    Katanya, dia belajar bahasa Melayu selama setahun di negara kelahirannya. Dia jatuh cinta dengan bahasa Melayu selepas mendengar kawannya yang juga orang Korea bercakap dalam bahasa itu. Tambah teruja apabila pensyarahnya juga menyarankan dia belajar bahasa itu.


    Bukan itu saja, dia juga tidak ada masalah menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia malah sangat suka makan nasi campur.


    Jika sebelum ini kita ada pendatang seni dari Singapura dan Indonesia, sekarang sudah ada dari Korea dan mungkin selepas ini ada kemasukan lagi dari negara lain. 

    Penggiat seni jangan pula ada yang menggelupur sebaliknya lihatlah perkembangan ini dari sudut positif.


    SE7EN & SANGCHU DI DAKWA PERGI RUMAH URUT


    Laporan awal mengenai Se7en dan Sangchu didakwa masuk rumah urut 'dewasa' ketika dalam perkhidmatan tentera yang dikesan wartawan lokasi program baru SBS Scene 21 baru lalu, mengundang kontroversi dan persoalan kepada media tempatan serta orang awam mengenai perincian undang-undang tentera terhadap tentera selebriti.

    Selepas berita itu mula tersebar, beberapa wakil dari Kementerian Pertahanan Kebangsaan melaporkan, Se7en dan Sangchu sudah disoal siasat pihak tentera dan satu kenyataan rasmi berhubung isu itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


    Beberapa media tempatan turut melaporkan, Kim Kwan Jin, Menteri Pertahanan Kebangsaan turut mengeluarkan arahan supaya satu siasatan segera dilakukan berhubung kontroversi itu.

    Antara laporan itu, Oh My News dan Herald News mendakwa Sangchu sudah disoal siasat sebelum siaran Scene 21. Sangchu dalam kenyataannya berkata, Se7en ialah pegawai mudanya dan tidak melakukan kesalahan. Sebaliknya Sangchu berjanji akan bertanggung jawab sebagai pegawai senior.

    KOLEKSI KACA MATA JOHNNY DEPP

    sempena tayangan filem LONE RANGER di pawangam yang di lakonkan oleh pelakon versatile JOHNNY DEPP.Pelakon yang sering mengenakan kaca mata di mana sahaja beliau pergi serta dalam kebanyakkan filem beliau yang membuatkan beliau sentiasa nampak berbeza dari segi penampilan.

    Berikut merupakan beberapa koleksi kaca mata JOHNNY DEPP :