Tuesday 27 March 2012

STACY dapat anak perempuan


Baru-baru ini telah tersebar gambar penyanyi Stacy bersama seorang bayi perempuan yang dikatakan anaknya. Menjadi persoalan adalah Stacy belum berkahwin, namun sudah memiliki anak apabila gambar dia mendukung seorang bayi perempuan tersebar.

Menurut laporan Malaysian Digest, satu sumber telah memberitahu bahawa Juara Akademi Fantasia musim keenam, bayi perempuan yang dimaksudkan itu merupakan anak angkatnya yang telah dijaga sejak dari kecil lagi.

Anak angkat penyanyi berusia 21 tahun ini sebenarnya adalah daripada keluarga yang susah dan tidak mampu untuk menjaga ramai anak.
Oleh sebab itu, pelantun "Pakai Buang" ini mengambil keputusan untuk mengambil bayi tersebut untuk dipelihara.

Disogok soalan mengenai mungkin selepas mengambil anak angkat, kemungkinan besar Stacy akan lambat mendirikan rumah tangga.

"Dengan adanya Bella di dalam hidup saya, tidak semestinya saya tidak mahu berumah tangga dan memiliki anak sendiri. Kita ambil dari sudut positif, jika saya ada anak tidaklah sunyi jika saya bersendirian di rumah, malahan saya mampu untuk menjaga dia dengan sebaiknya," Ujar Stacy yang masih dalam proses menyiapkan dokumen anak angkatnya.

Ujar Stacy lagi, dia tidak kekok untuk menjaga bayi kecil itu kerana jika di kampung dia sudah biasa dengan budak kecil.

"Jika di kampung, saya sudah biasa berhadapan dengan budak kecil, saya tiada masalah dengan perkara sebegitu."

Bayi yang dilahirkan pada 14 Februari 2012 lalu diberi nama Bella Valentina.

No comments:

Post a Comment