Thursday 8 March 2012

FILEM terbaru lakonan SHU QI

CINTA, kita semua merasai cinta namun ada yang tidak memahami erti cinta. Dalam filem terbaru LOVE ini akan membawa anda kepada pengertian cinta dimana setiap pengorbanan di lakukan demi cinta.

Filem romantik komedi LOVE mengisahkan pencarian cinta yang berlaku di dua bandar Taipei dan Beijing. Bermula dengan NI (Amber Kuo) yang berasal dari keluarga yang kaya dan mempunyai kehidupan yang begitu sempurna. Sehingga pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa kawan baiknya mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya sendiri. NI menyedari bahawa dirinya telah dikhianati.

Pelbagai konflik telah berlaku. Bapa NI iaitu LU (Doze Niu) merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, mempunyai gaya kehidupan yang mewah serta mempunyai teman wanita yang merupakan seorang bintang filem terkenal. Bapa NI mahu mengahwini teman wanitanya tetapi di sebaliknya, teman wanitanya enggan berkahwin dengannya. Manakala rakan perniagaan LU, MARK seorang yang inginkan teman wanita yang muda dan cantik, namun akhirnya jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak.

Filem romantik komedi yang di barisi oleh pelakon pelakon yang mantap seperti  SHU Qi, Vicki ZHAO, Ethan RUAN, Mark JAU, CHEN Yi-han, Amber KUO, PENG Yu Yan, Doze NIU Chen Zerdan dan arahkan oleh Doze NIU Chen Zer ini akan menemui penonton pada 22 mac 2012 akan datang. Sama sama kita nantikan !

No comments:

Post a Comment