Friday 30 March 2012

Lagu BAWAKU PERGI nyanyian ZIZAN & KAKA di haramkan


Lagu ciptaan malique ini telah di haramkan siaran di tanah air oleh pihak kerajaan malaysia atas sebab menyentuh beberapa pekara sensitiviti yang dikaitkan dengan politik.ZIZAN memaklumkan bahawa surat sudah di terima daripada pihak kerajaan untuk menghentikan penyiaran dengan segera.

Keputusan yang di buat tanpa membuat sebarang pembicaraan dan tidak memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri,rasanya ianya tidak adil dan MALIQUE merasakan dirinya berserta ZIZAN & KAKA telah di tindas

Sebelum ini MALIQUE mencipta lagu  PERGI JAUH yang di buat untuk isterinya yang bercita-cita untuk pergi bercuti di pantai bali manakala lagu BAWAKU PERGI merupakan sambungan kepada lagu sebelumnya yang berkisar seorang isteri yang berangan-angan mahu mengajak suaminya pergi bercuti ke TIBET untuk berbulan madu.

Dari situ datang nya ayat "puncak dunia kita duga" yang memberi maksud himalaya,dalam asas geografi himalaya merupakan puncak dunia.Ayat YETI yang ada di dalam lirik lagu juga datang dari sana,yang merupakan seekor haiwan mitos yang tinggal di tanah tinggi tersebut.

MALIQUE yang suka mengembara menyatakan "sempadan dunia saya tidak berakhir di siam dan saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakanya kepada sesiapa sahaja",ujar beliau lagi "saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh ,itu bukan hal saya"

MALIQUE dengan perasaan kecewa menyatakan lagi "Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Rasa nya pekara sebegini tidak patut berlaku kerana ianya sebenar nya jelas menunjukkan negara kita merupakan sebuah negara yang bebas untuk bersuara dan bagi pihak yang bertanggungjawab seharuslah membuat perbincangan dengan kedua belah pihak serta mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan di buat.sekiranya pekara sebegini berlaku menjejaskan industri seni tanah air yang boleh di anggap jauh ketinggalan dari negara jiran dan kita tidak sepatutnya takut kepada bayang-bayang kita sendiri.

# sedikit info lagu BAWAKU PERGI pada asalnya adalah lagu ELLA feat MALIQUE tetapi ditukar kepada KAKA feat ZIZAN atas permintaan ZIZAN sendiri.

No comments:

Post a Comment