Wednesday 21 March 2012

FILEM : 'LOVE' berkisarkan tentang pencarian cinta sejati !

Cinta merupakan satu perasaan emosi semulajadi namun ianya sangat kompleks serta sukar untuk diungkapkan. Jika kita dilengkapi dengan apa sahaja yang diingini di dalam kehidupan seharian, tetapi sering diselubungi kesepian, apakah ubat yang dapat menyembuhkan simptom ini? Andai jawapannya adalah cinta, adakah kita benar benar memahami apa itu cinta ? dimanakah kita boleh memiliki cinta?

Semua persoalan dapat dapat kita temui di dalam filem terbaru terbitan Honto Production Co. Ltd./ Huayi Brothers Media Corporation, dibawah arahan Doze NIU Chen Zer yang bertajuk LOVE. Filem romantik berbahasa China ini mengisahkan tentang kisah kehidupan berkaitan percintaan. Tentang cinta yang dikhianati, cinta yang terhalang juga pencarian cinta sejati. Filem yang dibarisi oleh pelakon pelakon handalan seperti SHU Qi, Vicki ZHAO, Ethan RUAN, Mark JAU, CHEN Yi-han, Amber KUO, PENG Yu Yan, Doze NIU Chen Zer ini pasti akan menyentuh hati dan perasaan!

Nantikan kemunculan filem ini di pawangam berhampiran anda pada 22 MAC 2012 !


No comments:

Post a Comment