Thursday 1 March 2012

Lady gaga muncul dalam filem MEN IN BLACK 3

Bintang filem terkenal, Will Smith telah mendedahkan bahawa penyanyi "Born This Way", Lady Gaga bakal membuat penampilan khas dalam "Men In Black 3".

Bercakap ketika penampilan promosi di Rio minggu lalu, Smith memberitahu Gaga akan memegang watak kecil dalam sekuel terbaru arahan Barry Sonnenfeld ini.
"Kami mempunyai beberapa lagi selebriti terkenal yang akan membuat penampilan khas tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.

"Kami mesti mengekalkan ianya sebagai kejutan bahawa Lady Gaga akan muncul bersama," ujar aktor berusia 43 tahun ini kepada laman web ElCorilloRD baru-baru ini.

Sebelum ini Gaga pernah memberitahu pengacara Ellen DeGeneres tentang hasratnya untuk mengembangkan kariernya di dalam bidang lakonan.

"Impian saya adalah untuk berlakon dalam filem arahan Woody Allen," akui Gaga.
Sebelum ini francais "Men In Black" seringkali menampilkan selebriti terkenal dalam filem mereka seperti mendiang Michael Jackson yang pernah muncul di dalam filem keduanya.

Dalam sekuel terbarunya ini, penyanyi pop Nicole Scherzinger akan turut serta dengan memegang watak antagonis.
Dibarisi oleh Will Smith, Tommy Lee Jones, Emma Thompson dan ramai lagi, "Men In Black 3" dijangka berada di pawagam pada Mei akan datang.

No comments:

Post a Comment