Tuesday 27 March 2012

Filem bollywood ala-ala JAMES BOND di haramkan di Pakistan


Disebalik penggambaran filem yang dilakukan di Pakistan, pihak kerajaan Pakistan telah mengenakan larangan penanyangan filem perisik India, "Agent Vinod" beberapa hari sebelum ia akan ditayangkan di sana.
Menurut laporan Berita Harian, filem tersebut diharamkan oleh pihak kerajaan Pakistan berikutan dari jalan cerita yang digambarkan seperti perisik Pakistan memberi bantuan kepada Taliban di Afganistan sekaligus merancang untuk meletupakn bom nuklear di India.

"Ia adalah penilaian kami bahawa ia tidak patut disiarkan di sini," kata naib pengerusi Lembaga Penapisan Filem Pakistan, Muhammad Ashraf Gondal.
"Ia adalah di bawah kod negatif penapisan kami." Kata Muhammad Ashraf yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut berikutan pengharaman tersebut.

Sementara itu, penerbit dan pelakon, Saif Ali Khan memberitahu bahawa filem ini adalah untuk penduduk India dan bukannya untuk menentang penduduk Pakistan.
"Saya faham jika mereka kecewa kerana kami banyak menghentam mereka dalam filem ini. Jika mereka beranggapan ia tidak munasabah dan tidak benar, sepatutnya pihak mereka tidak membuat keputusan sebegini. Saya rasa ia semua adalah benar dan penduduk di sana patut lihat kebenaran dari filem yang kami terbitkan,"ujar Saif Ali.

Filem "Agent Vinod" bukan filem pertama Bollywood yang diharamkan di Pakistan kerana sebelum ini kerajaan Pakistan telah melaksanakan pengharaman terhadap semua filem India pada 1965 berikutan satu perang berdarah di antara Pakistan dan India.

Filem ini seperti filem "James Bond India", dimana ia menceritakan tentang perisik Raw yang dilakonkan Saif Ali Khan yang memegang watak Agent Vinod. Dia ditugaskan untuk menghentikan ancaman nuklear di India dan mencari dalang disebalik ancaman tersebut.

Filem "Agent Vinod" sudah mula ditayangkan di Malaysia pada 22 Mac yang lalu dan juga di Singapura pada 23 Mac.

No comments:

Post a Comment