Thursday 15 March 2012

VANILLA COKLAT 4.5 juta penonton


Drama bersiri vanila coklat lakonan mantap pelakon muda Izara Aishah dan Aiman Hakim Ridza mendapat sambutan hangat daripada para penonton.Ditayangkan di slot lestari di TV3 pada setiap ari ahad-khamis pada pukul 9-10 mlm dan sudah berakhir pada minggu lepas dengan mencatat rating  sebanyak 4.5 juta penonton.

Dikatakan menyamai rekod drama sebelum ini iaitu cinta elysa lakonan fasha sandha dan johan.apa yang menarik drama ini di tonton oleh pelbagai golongan masyarakat dan bukan hanya kaum hawa sahaja yang menontonnya dan yang lebih menarik lagi sempena penayangan episod akhir drama itu, pihak TV3 mengajak peminat setia Vanila Coklat untuk menyaksikannya di skrin besar secara terbuka di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, tayangan secara terbuka itu tanda penghargaan TV3 atas sokongan yang diberikan peminat Vanila Coklat, sekali gus meraikan penonton setia slot Lestary.

Mungkin kekacakan dan kecantikan yang ada pada pelakon utama drama vanila coklat ini membuatkan  ramai yang sukar berganjak depan tv ketika ianya sedang bersiaran.Gara-gara ramai yang mempuji lakonan Izara,walapun izara boleh dikatakan pelakon yang masih baru..GOOD JOB IZARA! dan tahniah di ucapkan kepada para pelakon yang lain serta produksi yang terlibat...TAHNIAH !!!

No comments:

Post a Comment