Monday 12 March 2012

7 PETALA CINTA - filem romantik islamik


  7 Petala Cinta merupakan sebuah filem romantik islamik karya Azhari Zain yang mengisarkan tentang betapa kuatnya cinta Islam dan agamanya, cinta sesama sahabat juga cinta sesama manusia.

  Menampilkan Aeril Zafrel sebagai tunjang utama memegang watak seorang pemuda bernama Attar yang telah lama hidup bergelumangkan kejahilan, telah mula menemui cahaya ke jalan kebenaran setelah bertemu dengan seorang ustaz (Ustaz Dini) di dalam satu Madrasah secara tidak sengaja.

  Setelah agak lama Attar menuntut di Madrasah itu, dia mula merasakan sesuatu terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar) walaupun dia sedar bahawa Saidatul merupakan tunangan kepada Hamka (Fizzo Omar) yang juga merupakan abang kepada watak lakonan hebat Diana Amir.

  Pada suatu ketika, dengan rasa berat hati, Hamka perlu berangkat ke Yaman dan terpaksa meninggalkan Saidatul kesayangan hatinya itu. Hamka berjanji akan menikahi Saidatul sebaik sahaja dia pulang dari Yaman kelak. Namun, ada satu tragedi buruk telah menimpa Hamka di Yaman pada hari dia akan pulang ke Malaysia.

  Filem yang turut dibarisi oleh pelakon pelakon hebat lain seperti Zalif Sidek dan Epy (Raja Lawak) ini bakal menemui penonton pada 15 Mac 2012 ini. Oleh itu, mari sama sama kita saksikan jalan cerita seterusnya!



No comments:

Post a Comment