Tuesday 27 March 2012

SAIFUL APEK positif dadah kanabis !!!


Seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam, ujian pengesanan dadah menunjukkan pelakon dan pelawak, Saiful Apek, positif dadah kanabis.

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesanan dadah dikenalSelain Saiful Apek, tiga suspek lain iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy, 28, didapati positif dadah.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan Jun 2010.

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya.

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah.

Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Apek serta tiga rakannya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Walid bersambung 10 Mei ini.i sebagai TLC iaitu Thin Layer Chromatography.

No comments:

Post a Comment