Thursday 15 March 2012

"kenapa HANTU BONCENG, dan bukan filem lain ? "


Pengarah terkenal Ahmad Idham berasa kecewa dan berkecil hati ekoran daripada filem Hantu Boceng arahan beliau di kritik oleh Khairy Jamaluddin yang merupakan seorang ahli politik dan pemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Komen Khairy di dalam laman sosial twitter beliau dengan membeza-bezakan diantara filem Bunohan dan filem Hantu Bonceng baru-baru ini membuatkan pengarah filem tersebut tidak senang hati.

Ahmad Idham dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan kekecewaan terhadap komen yang di berikan. Sepatutnya beliau; iaitu Khairy tidak sepatutnya berkata begitu kerana kedua-dua filem tersebut berlainan genre dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Ujar Ahmad Idham lagi, "Salah ke saya mempertahankan hak saya di dalam twitter dan di mana hak saya untuk membela maruah saya sendiri dan saya bukan orang yang tidak boleh menerima kritikan, saya hanya mahu membela diri saya", ujar nya lagi. "Saya menerima apa sahaja kritikan secara terbuka sekiranya ianya datang daripada orang yang arif juga dari pihak media. Tetapi, bukan sebaliknya. Saya mungkin tidak dapat menerima jika kritikan tersebut datang daripada pihak yang kurang arif dalam bab-bab sebegini".

Berikutan dengan itu, seluruh produksi dan krew-krew yang terlibat dalam penggambaran filem HANTU BONCENG turut berasa terkilan dengan kenyatan Khairy dengan membezakan filem itu dengan filem Bunohan yang ternyata jauh berbeza sekali dengan genre filem itu. Semua orang yang terlibat dalam menjayakan filem tersebut  berasa begitu kecewa setelah penat lelah di kritik sehingga begitu sekali,  "Kenapa filem hantu bonceng yang di bezakan dan bukan filem lain ??" Soal Ahmad Idham lagi dengan nada yang penuh kecewa.






No comments:

Post a Comment