Tuesday 6 March 2012

PROJEK POP di 8TV


Drama bersiri "Projek Pop" yang sudah pun ditayangkan di stesen televisyen 8TV menyaksikan kisah di sebalik tabir pembikinan konsert terbesar di Malaysia serta kehidupan enam individu berbeza yang terlibat.
Pengarah "Projek Pop", Khairul Azri Mad Noor dan Akmal Danial Mohamed Jaafar daripada Phuture Phlow Films memberitahu apa yang ditonjolkan dalam drama yang berlatarbelakangkan muzik indie ini berbeza dengan apa yang pernah disaksikan di kaca televisyen sebelum ini.

"Konsep sebegini tidak pernah dilakukan dalam industri filem atau televisyen tempatan. Ia menampilkan di sebalik tabir dunia muzik hiburan tempatan.
"Pelbagai perkara menarik berlaku ketika pembikinan konsert ini dijalankan dan inilah peluang di mana semua boleh menyaksikannya," ujar mereka.

Jelas mereka lagi, "Kami telah mereka satu kumpulan muzik iaitu Hot Snow yang merupakan kumpulan terbesar dalam sejarah Malaysia. Mereka pernah mengadakan persembahan di luar negara bersama nama-nama besar dalam industri muzik. Kini, kita boleh menyaksikan mereka terlibat dengan "Projek Pop" iaitu sebuah konsert terbesar di Malaysia.

Drama bersiri 10 episod yang sudah mula ditayangkan pada 4 Mac lalu menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Iedil Putra, Josiah Hogan, Cristina Suzanne Stockstill, Anita Woo, Justin Nazreen serta Syafie Naswip.

Selain daripada itu, selebriti tempatan seperti Adibah Noor, Sharifah Amani, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Tania Hudson, Joe Flizzow, Altimet, Monoloque, Reza Salleh, Liyana Fizi dan ramai lagi akan turut membuat penampilan khas dalam "Projek Pop".
Saksikan "Projek Pop" pada setiap hari Ahad, jam 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment