Monday 26 March 2012

Susulan Video Seks Melia Aimiellia : MELIA LEGA


Industri hiburan digemparkan dengan gosip panas yang mengaitkan pelakon baru, Melia Aimiellia yang merupakan pelakon filem "Karipap-Karipap Cinta" dimana tersebarnya gambar dan video lucah yang dikatakan milik Melia di sebuah blog hiburan popular Rotikaya.com.

Selepas isu tersebut berlanjutan, biro seniman muda, Persatuan Seniman Malaysia melalui Timbalan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi telah memanggil Melia dan blog hiburan tersebut untuk membincangkan hal berkaitan isu video lucah tersebut.

Satu sidang media telah dijalankan untuk membincangkan hal tersebut sekaligus bertujuan membersihkan nama Melia yang terpalit akibat daripada berita palsu yang disebarkan.
Permohonan maaf secara terbuka telah dilakukan oleh pemilik blog tersebut terhadap kenyataan yang dilemparkan kepada Melia.

Melia yang ditemui ketika sidang media itu telah memberitahu bahawa dia berasa lega apabila isu yang dikaitkan dengannya sudah selesai dan telah menarik kembali laporan polis yang dibuat terhadap blog hiburan tersebut.

"Melia memaafkan mereka. Apa yang Melia minta ialah tampil secara terbuka dan bersihkan nama saya sekeluarga dari negatif ke positif. Selain daripada itu juga, saya mahu supaya pihak diluar sana tahu bahawa wanita dalam video tersebut bukan saya,"katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat lepas.
Sehari sebelum sidang media berlangsung, blog hiburan Rotikaya.com melalui blognya telah mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka kepada Melia.

Antara petikan dari blog tersebut berbunyi "Kami warga kerja dan pengurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimiellia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit dengan kesan negatif perbuatan kami yang menulis satu artikel bertajuk Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?

Kami amat berbesar hati dan berharap agar pihak Melia Aimiellia akan memaafkan diatas apa yang telah terjadi, semoga kita boleh bekerjasama di masa hadapan untuk memeriahkan dan meningkatkan lagi industri hiburan Malaysia, Terima kasih."

No comments:

Post a Comment