Monday 19 March 2012

FILEM : THE HUNGER GAME


Filem terbaru yang akan keluar di pawangam bertajuk THE HUNGER GAME,filem ini di adaptasi dari sebuah novel dan ramai yang menantikan kemunculan filem ini.

Ia mengisahkan remaja-remaja daripada 12 daerah Amerika Utara telah dipilih secara rawak dan terpaksa bertarung sesama sendiri dalam sebuah rancangan televisyen semata-mata untuk hidup dan mendapatkan keperluan asas yang cukup.

"The Hunger Games" menyaksikan seorang gadis berusia 16 tahun, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan teman baiknya, Gale Hawthorne (Liam Hemsworth) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson).
Mari kita kenali karakter ketiga-tiga pelakon utama filem "The Hunger Games" ini.

Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence)
Mula menapak nama di persada lakonan dalam filem "Winter's Bone", Jennifer Lawrence kemudiannya dipilih untuk membintangi "X-Men: First Class" sebagai watak muda Mystique. Kini Lawrence memegang watak utama dalam "The Hunger Games", sekaligus menewaskan lebih daripada 30 aktres yang cuba mendapatkan watak Katniss Everdeen. Dalam filem ini, Katniss, seorang gadis berusia 16 tahun merupakan satu-satunya pencari rezeki buat keluarganya selepas kematian ayahnya dalam satu kemalangan perlombongan beberapa tahun lalu. Dia telah menggantikan tempat adiknya yang telah dipilih untuk menyertai acara tahunan Hunger Games di mana dia perlu bergantung kepada kebijaksanaan dan kelebihannya untuk selamat. Walaubagaimanapun keadaan menjadi rumit selepas dia bertemu Peeta yang tidak disukai oleh teman baiknya, Gale.

Peeta Mellark (Josh Hutcherson)
Mungkin ramai yang sudah mengenalinya menerusi filem-filem seperti "Zathura", "Bridge To Terabithia". "Cirque Du Freak: The Vampire's Assistant" dan "Journey To The Centre Of The Earth". Hutcherson memegang watak sebagai Peeta Mellark, seorang anak pembuat roti yang menyukai Katniss dalam diam semenjak dia berusia lima tahun. Dikategorikan sebagai seorang yang romantik, Peeta berusaha untuk melakukan apa sahaja dengan menggunakan skil kombat bagi memastikan Katniss selamat dalam pertarungan tersebut.

Gale Hawthorne (Liam Hemsworth)
Liam Hemsworth merupakan adik kepada aktor "Thor", Chris Hemsworth. Dia mula dikenali selepas membintangi filem "The Last Song" bersama penyanyi Miley Cyrus. Ya, hubungan mereka berlanjutan sehingga ke luar set penggambaran dan kini sedang hangat bercinta. Semenjak filem tersebut ditayangkan, namanya sering diperkatakan sebagai salah seorang pelakon yang berbakat dan populariti 'mencengkam' hidupnya tidak lama selepas itu. Hemsworth memegang watak sebagai Gale Hawthorne, seorang jejaka berusia 18 tahun yang merupakan teman baik kepada Katniss. Ayah Gale turut meninggal dunia ketika kemalangan perlombongan, lantas disebabkan itu dia dan Katniss mempunyai banyak persamaan dan berteman rapat. Turut menyimpan perasaan terhadap Katniss, pelbagai persoalan tentang motif dirinya mula timbul selepas dia membiarkan perasaan cemburu terhadap Peeta Mellark 'mengawal' hidupnya.

Akan menemui anda di pawagam berdekatan bermula 22 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment