Thursday 8 March 2012

Hadiah istimewa BECKHAM khas buat BROOKLYN


Jika selalunya ibu bapa memberikan barangan sebagai hadiah hari lahir, berbeza pula dengan pasangan suami isteri terkenal ini.

Anak lelaki sulung pemain bola sepak terkenal David Beckham, Brooklyn telah menerima kejutan apabila mendapat panggilan telefon daripada penyanyi R&B terkenal, Usher yang menyanyikan lagu hari jadi untuknya yang ke-13 pada 4 Mac lalu.

Menurut sumber kepada Daily Star, Brooklyn telah menerima panggilan telefon dari England sepanjang pagi tersebut, lalu dia menyangka ia mungkin sanak-saudara yang lain menelefonnya.
"Namun apabila dia menjawab panggilan tersebut, Usher menyanyikan lagu hari jadi untuknya," ujar sumber tersebut.

Brooklyn yang sememangnya meminati penyanyi "Love In This Club" ternyata gembira dengan kejutan tersebut lalu memberitahu ayahnya bahawa ia merupakan hadiah terbaik pernah diterimanya.
Beckham turut sempat meluangkan masa bersama anaknya itu dengan membawa menyaksikan perlawanan bola keranjang LA Lakers.

No comments:

Post a Comment