Sunday 25 March 2012

SAZZY bakal pasarkan pakaian jenama sendiri

Minat terhadap konsep ringkas dan ranggi telah mendorong SAZZY FALAK menghasilkan pakaian jenama beliau sendiri iaitu "SF BY SAZZY FALAK".Idea ini tercetus ketika sazzy sedang mengandung anak kembarnya iaitu iman lily & tiara rose.

Pelakon & pengacara ini memberitahu keistimewaan SF by SF ini adalah dari segi kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang di tawarkan serendah RM60 - RM200.Pada peringkat permulaan sazzy akan menjual skarf dan baju hasil lakaran beliau sendiri serta bersama rakannya.ujar sazzy lagi,pada mula nya beliau akan menjual produk secara "online" terlebih dahulu.

Produk SF by SF akan dilancarkan pada bulan jun tahun ini dan sazzy yakin bahawa produk yang dihasilkan mempunyai kelainan daripada produk jenama yang lain dan tersendiri."apabila ianya keluar nanti,orang boleh lihat ianya adalah sentuhan saya"kata sazzy.

#PETISURAT ucapkan GOOD LUCK FOR U SAZZY !!!

No comments:

Post a Comment