Monday 19 March 2012

Penganjur batal konsert F1 ROCKS


Konsert F1 Rocks Malaysia menampilkan penyanyi terkenal Kylie Minogue dan Kelis yang sepatutnya diadakan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Mac ini telah dibatalkan.

Menurut kenyataan daripada pihak penganjur, Enterprise Entertainment Ltd memohon maaf kerana acara tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Minogue yang terkenal dengan lagu seperti "In Your Eyes" dan "Can't Get You Out Of My Head" sepatutnya muncul pada 23 Mac untuk konsert berdurasi 90 minit tersebut dengan penyanyi R&B tempatan seperti James Baum dan Reshmonu.

Manakala Kelis yang sering berkolaborasi dengan barisan artis terkenal seperti will.i.am, Mark Ronson, David Guetta, Bjork, Busta Rhymes dan ramai lagi pula sepatutnya muncul pada malam kedua iaitu 24 Mac.
Acara konsert F1 Rocks di Melbourne yang diadakan pada 17-18 Mac lalu telah berjalan dengan lancar dengan persembahan daripada Lenny Kravitz, The Cranberries dan Wolfmother.

Konsert F1 Rocks di Kuala Lumpur diadakan bersempena F1 Grand Prix Malaysia yang akan berlangsung pada 23-25 Mac 2012 di Litar Sepang.

No comments:

Post a Comment