Sunday 18 March 2012

AHMAD IDHAM BAGI BONUS

Setelah kejayaan filem NIYANG RAPIK & HANTU BONCENG meraih kutipan box office,AHMAD IDHAM telah memberi bonus kepada para pelakon dan krew yang terlibat dalam filem terbabit.Beliau yang dulu merupakan pengarah di bawah metrowealth dan kini membuka syarikat beliau sendiri iaitu EXCELLENT PICTURES.

Ternyata AHMAD IDHAM berjaya membuka empayar nya sendiri apabila filem beliau antara filem yang mendapat kutipan yang tertinggi dan filem ini memberi keuntungan yang besar kepada EXCELLENT PICTURES walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada beberapa pihak.


" Ini adalah kejayaan bersama untuk artis yang menjayakan filem ini dan juga tenaga kerja yang sama-sama bertungkus lumus bekerja untuk Excellent Pictures."
Filem "Hantu Bonceng" lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans telah berjaya mendapat kutipan mencecah RM9 juta, manakala filem "Niyang Rapik" berjaya mengutip sebanyak RM3.27 juta.

Selain daripada penyampaian bonus kepada tenaga kerja dan produksi, Ahmad Idham turut memberitahu bahawa kejayaan yang dikecapinya ini merupakan sokongan yang diterima dari pihak media sendiri yang menyokong kerjaya dan hasil keryanya.

"Bagi saya kejayaan ini sepatutnya diraikan bersama-sama media juga yang banyak membantu dalam memberi publisiti yang meluas kepada filem-filem saya,"jelasnya lagi.
Penghargaan diberikan melalui cek. Antara artis yang hadir adalah Awal Ashaari, Shaheizy Sam, Jue Aziz, Kamal Adli, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Excellent Pictures Sdn. Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 2001 bakal muncul dengan filem-filem baru pada tahun ini iaitu "Jangan Pandang-pandang" pada 21 Mac ini dan filem "Mael Lambong" pada 21 Jun depan.

GOOD LUCK AHMAD IDHAM,KEEP UP THE GOOD WORK...:-)

No comments:

Post a Comment