Thursday 29 March 2012

USOP ingin berhenti daripada jadi deejay radio

Pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha mungkin akan meninggalkan stesen radio Hot FM walaupun kontraknya masih lagi berbaki selama setahun.

Dipetik daripada sebuah laman hiburan, pemilik nama sebenar Syed Mohd Asri mengakui sudah merasa tekanan menjadi seorang penyampai radio kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.
Ujarnya, banyak tawaran lakonn yang terpaksa ditolak kerana terikat dengan jadual radio yang telah ditetapkan.

"Menjadi seorang penyampai radio bukanlah satu tugasan yang mudah. Orang mungkin nampak seperti ianya senang tetapi hakikatnya ia memerlukan komitmen tinggi dan kepetahan bercakap.
"Apabila menjadi penyampai radio, banyak tawaran lakonan saya terpaksa tolak kerana jadual yang bertindih. Namun ada juga yang saya terima namun terpaksalah saya mengambil cuti selama 25 hari," jelasnya.
Tambahnya lagi, cuti selama 25 hari itu diambil untuk menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid, "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" yang dilakukan di Perak.

Sementara itu, Shy8 turut menafikan bahawa dia berasa terpinggir dengan penyampai radio yang lain.
"Kenapa saya perlu rasa sedemikian sedangkan mereka sudah lama berada dalam industri ini dan mempunyai pengikut tersendiri. Kehadiran saya hanyalah sebagai penamba rasa dalam menceriakan pagi di Hot FM.

"Tambahan pula penyampai radio seperti Fara, AG dan Faizal Ismail sememangnya berbakat dan petah berbicara. Pihak pengurusan sudah menetapkan skrip masing-masing dan saya hanya mengikut sahaja. Ada yang saya tambah tetapi tidak banyak kerana gusar ada yang tidak menggemarinya," katanya lagi.
Shy8 menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan stesen radio tersebut dan sekiranya perkara tersebut berlaku, ia merupakan keputusannya sendiri.

No comments:

Post a Comment