Sunday 18 December 2011

PERANG MAHARAJA LAWAK MEGA



Pentas minggu ke 8 MAHARAJA LAWAK MEGA panas apabila ADLIN  mengadakan persembahan yang boleh di katakan mencabar para juri yang terdiri daripada CHEF WAN,ZAINAL ABIDIN,SITI NURHALIZA.

Persembahan yang boleh dikatakan berani mati oleh Chef wan telah menyebabkan Adlin tersingkir pada minggu lepas bersama kumpulan BP yang turut dikatakan sebagai kumpulan yang banyak menimbulkan kontroversi.Menjadikan diri nya sendiri memang "Popular" di katakan sebagai pengritik,Adlin menjadi kritikan beliau terhadap juri adalah satu jenaka yang boleh dikatakan menyentuh sensitiviti para juri.

selepas habis persembahan para juri seolah-olah tidak sabar nak memberi komen kepada adlin padahal pada ketika itu hanya Alif aziz sahaja dibenarkan memberi komen.Komen yang begitu panas diberikan kepada Adlin oleh Chef wan dan ianya tidak berakhir di situ,malah berlanjutan dalam laman sosial FACEBOOK mereka dan dengan itu Adlin mengumumkan peperangan.

berikut petikan yang di ambil dalam laman sosial CHEF WAN & ADLIN :



Banyak benda yang boleh kita jadikan bahan-bahan jenaka untuk memenangi pertandingan tersebut,mungkin tak perlu la isu tersebut jadi bahan lawak dalam pertandingan seolah-olah Adlin sendiri sudah kehabisan idea dalam pertandingan tersebut kerana boleh dikatakan persembahannya sebelum ini kurang memberangsangkan atau mungkin Adlin sendiri tidak tahan menerima kritikan daripada pihak juri.

Bagaimana pun sama-sama lah kita terus menonton MAHARAJA LAWAK MEGA yang sudah pun sampai keseparuh akhir dan kumpulan yang tinggal ialah PIMAI,SAEHU,BOBOI & OSBON.....teruskan mengundi...

1 comment:

  1. adlin memang tak de idea langung ..
    BOBOI Besttttttttttt !!

    ReplyDelete