Friday 16 December 2011

HOLLYWOOD : lady gaga pendapatan paling lumayan




Mereka cantik dan mempunyai karier yang cukup menakjubkan. Namun siapakah di antara mereka adalah penyanyi wanita yang menerima pendapatan tertinggi dalam industri seni pada tahun 2011 menurut carta Forbes?

Dipetik daripada E!, penyayi lagu "Born This Way", LADY GAGA berada di tangga teratas dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM286 juta) yang merangkumi penjualan album, penajaan serta AS$1.3 juta (RM4.1 juta) diberikan pada setiap persembahannya.

Manakala penyanyi terkenal genre country, TAYLOR SWIFT pula memperolehi AS$45 juta (RM143) sepanjang tahun ini, diikuti dengan KATY PERRY yang hanya kurang AS$1 juta daripada Swift iaitu AS$44 juta (RM140 juta).

Isteri kepada pengacara dan pelakon komedi British, Russell Brand ini memperolehi pendapatnya itu menerusi penjualan album "Teenage Dream", tajaan daripada Adidas serta koleksi minyak wanginya, Purr.

Manakala penyanyi yang sedang hamil, BEYONCE KNOWLES memperoleh AS$35 juta (RM111 juta) dan RIHANNA yang terkenal dengan lagu "We Found Love" pula berada di tangga kelima dengan AS$29 juta (RM92 juta)

No comments:

Post a Comment