Thursday 22 December 2011

KTM berhad tawar peminat Harry Potter naik "HOGWARTS" ETS



Peminat-peminat "Harry Potter" tempatan mungkin tidak berpeluang menaiki keretapi Hogwarts dalam filem fantasi berkenaan, namun mereka boleh menaiki keretapi komuter ETS milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) yang menawarkan hiburan sepanjang perjalanan.

Peminat J.K. Rowling akan dipersembahkan dengan tayangan siri filem itu sepanjang tiga bulan pertandingan 'Naik, Tonton dan Menang' berlangsung.
Syarikat keretapi nasional itu mempamerkan keretapi berkonsep "Harry Potter" baru-baru ini, sebahagian daripada kempen kerjasama dengan rakan kongsinya, Aisantra Media Sdn Bhd dan Alliance Entertainment (M) Sdn Bhd, syarikat perlesenan dan pengedaran.

Sebagai tambahan, lapan dari filem 'Harry Potter' yang dipertontonkan, KTM juga akan menayangkan promosi Hogwarts 'last stand' dan jawab soalan berserta slogan untuk menang.
Presiden KTM Bhd, Dr Aminuddin Adnan memberitahu kempen ekslusif ini merupakan satu pengalaman sekali dalam sepanjang hidup penumpang-penumpang.

"Kepada penumpang kami, terutamanya 'Peminat Harry Potter' yang membeli tiket ETS, akan dihiburkan dengan lapan filem 'Harry Potter' sepanjang perjalan mereka".
"Selain dari tayangan, siap sedia untuk pertandingan 'Naik, Tonton dan Menang' untuk menerima hadiah istimewa berupa percutian 3 hari 2 malam ke Warner Bros Studio di London."

Kempen selama tiga bulan kerjasama dengan Aisantra Media Sdn Bhd dan Alliance Entertaiment (M) Sdn Bhd untuk mempromosikan filem 'Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2'.
Pada majlis pelancaran, Pengurus Besar Alliance Entertaiment (M) Sdn Bhd, Raymond Chin memberitahu bahawa keretapi ekspress Hogwarts adalah diinspirasikan oleh Alliance Entertaiment untuk berkerjasama dengan ETS.

"Dalam filem, Hogwarts Ekpress ialah satu fantasi magika dimana ia merupakan pengangkutan ahli sihir ke sekolah, dan ia merupakan simbolik buat peminat 'Harry Potter", kata Chin.
"Filem 'Harry Potter' yang sudah sampai yang terakhir, kerjasama dengan ETS adalah tepat pada masanya dengan memberi peminat berimaginasi menaiki keretapi Hogwarts".
Pada majlis berkenaan turut menampilkan beberapa orang yang berpenampilan seperti Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan Neville Longbottom.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, mereka harus membeli tiket ETS dan mana-mana cakera padat VCD, DVD atau Blu-Ray sebagai bukti pembelian bersama resit asal dan kemudian serahkan bersama dengan borang penyertaan berserta jawapan ke kaunter ETS terpilih.

200 unit edisi terhad set DVD "Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2", akan turut boleh dibeli di Ibu Pejabat ETS pada harga RM399.90.
Kempen ini akan tamat pada 18 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment