Thursday 15 December 2011

Ahmad Dhani pitam akibat selalu buat terapi bekam



Akibat selalu melakukan terapi bekam, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kehilangan banyak sel darah merah baru-baru ini.
Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, Dhani dikejarkan ke hospital selepas hilang keseimbangan dan hampir pitam selepas bangun daripada tidur.
Selepas pemeriksaan dijalankan terhadap penyanyi Dewa 19 ini, doktor mendapati sel darah Dhani berada di angka 7 daripada angka normal iaitu 12 serta telah kehilangan 1.5 liter darah merah. Malah doktor turut memberitahu beberapa kemungkinan perkara itu berlaku iaitu sama ada berlakunya pendarahan dalam badan atau kelainan darah.
Menurut sumber rapat Dhani, dia memberitahu bahawa sebanyak 100cc darah dibuang setiap kali penyanyi berusia 39 tahun melakukan terapi bekam.
Walaupun disaran melakukan pemindahan darah dengan segera untuk mengelak daripada pitam, Dhani tetap enggan melakukannya kerana tidak mahu darahnya bercampur dengan darah orang lain.
Oleh itu peguam Dhani, Lidia Wongso telah menyuruh kliennya bertemu Prof. Dr. Budi Warsono iaitu pakar hematologi di Surabaya untuk pemeriksaan lanjut

No comments:

Post a Comment