Thursday 15 December 2011

TGV rasmi panggung digital IMAX



TGV nama yang cukup besar bagi kaki-kaki wayang,telah merasmikan panggung digtial IMAX canggih dan selesa yang baru selesai di ubah suai di TGV Sunway piramid baru-baru ini dengan penayangan filem terbaru Tom Cruise iaitu Mission Impossible 4 (Ghost Protocol).

Dewan IMAX dengan keluasan skrin 57 kaki ini telah diubah suai daripada dua buah dewan tayangan lama dan mempunyai keupayaan projektor untuk format iaitu dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D), 14,000 watt sistem bunyi laser-aligned yang memberi kualiti bunyi sepuluh kali ganda daripada yang normal.
Sebanyak 292 kapasiti tempat duduk disediakan dalam dewan tersebut dengan rekaan bentuk kerusi dari Perancis dan ruang kaki yang luas bagi memberikan keselesaan di tahap maksima kepada penonton.

Pengubahsuaian TGV Sunway Pyramid bukan sahaja dilakukan di dewan IMAX, sebaliknya turut melibatkan beberapa dewan tayangan lain seperti The Club iaitu dewan premier, The Beanieplex (menggunakan bean bag sebagai tempat duduk) dan The Tiered-Seating yang menawarkan beberapa tempat duduk berlainan untuk dipilih.

Bersempena pembukaan IMAX, Ketua Pegawai Eksekutif TGV, Kenny Wong dan Naib Presiden Kanan IMAX dan Pengarah Urusan bagi Asia Pacific Don Savant yang merasmikan majlis turut menonton tayangan "Mission Impossible: Ghost Protocol" di mana sebahagian daripada penggambaran filem ini menggunakan kamera IMAX ketika penggambarannya. Tiket IMAX di TGV Cinemas untuk format 2D berharga RM22 manakaa RM26 untuk 3D.

No comments:

Post a Comment