Friday 9 December 2011

ANGELINA JOLIE : "saya tidak mencuri"




Bintang hollywood ANGELINA JOLIE menafi sekeras nya tuduhan mencuri idea asal sebuah buku hasil tulisan James Braddock untuk filem arahan pertama beliau yang bertajuk "in the land of blood and honey"

beliau meyatakan ketika temubual di Los Angeles Times bahawa beliau tidak pernah melihat buku yang di katakan itu."Banyak buku dan dokumentari yang saya rujuk sebelum menghasilkan filem ini. Ia adalah kombinasi pelbagai kisah manusia yang pernah saya baca. Namun saya belum pernah melihat buku di mana saya didakwa mencuri idea tersebut."

Filem arahan pertama nya mengisahkan kisah cinta antara askar bosnia dan wanita bosnia yang di penjara di kemnya.buku tulisan Braddock yang bertajuk "A Soul Shattering" pula mengisahkan seorang wanita bosnia dirogol ketika menjadi hamba di sebuah kem perang pada tahun 1990.

Angelina Jolie mendapat ilham bagi menghasilkan filem ini ketika sedang sakit di rumah dan beliau dengan pantas menghasilkan skrip.beliau sendiri mahu memastikan keaslian filem tersebut termasuk dengan kolobrasi barisan pelakon dan krew.

Harap-harap filem ini merupakan filem yang mantap seperti filem - filem lakonannya..sama-sama kita nantikan di pawagam..

No comments:

Post a Comment