Thursday 15 December 2011

Filem genre komedi tempatan yang laris di pasaran



Sambutan yang menggalakan daripada penonton tempatan terhadap filem yang bergenre kan komedi  telah mendorong banyak penerbit filem menerbitkan filem-filem komedi dalam pelbagai unsur seperti seram,aksi dan berbentuk keluargaan...

Jom kita saksikan antara filem komedi tempatan  yang paling banyak di tonton :

Geng: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta)

Bermula dengan majlis pelancaran siri pendek animasi "Upin & Ipin" sekitar tahun 2007 sehinggalah ia dibawa ke layar perak, filem ini berjaya meraih perhatian daripada pelbagai pihak antaranya ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dengan sumbangan seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain daripada itu, Kementerian Pelancongan turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 untuk bahagian promosi. Diterbitkan oleh Les' Copaque Sdn Bhd , filem ini mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk penyelidikan. Ia berjaya meraih kutipan RM6.2 juta dan mereka yang menonton filem ini bukanlah tergolong daripada kanak-kanak sahaja. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang terdiri secara tidak sengaja telah sesat dalam hutan ketika mahu mengutip buah durian yang jatuh tetapi telah dimakan pantas oleh makhluk aneh. Pelbagai situasi telah berlaku ketika pengembaraan mereka di dalam hutan demi mencari makhluk tersebut.

Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta)

Filem komedi keluarga arahan Aziz M. Osman ini merupakan kesinambungan filem "Senario The Movie" dan "Senario Lagi". Dibintangi oleh kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Acappan, "Lagi-Lagi Senario" telah mendapat kutipan tertinggi ketika tayangannya pada tahun 2001 sebelum dipintas oleh "Adnan Sempit" pada tahun 2010. Filem ini mengisahkan Wahid yang dibuang kerja telah bekerja bersama Azlee, Saiful Apek dan Yassin sebagai penebar roti canai di gerai yang diusahakan mereka yang telah mendapat sambutan sehinggalah Mazlan dan Wardina datang membuka gerai bersebelahan.

Adnan Sempit (RM7.66 juta)

Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) ini telah berjaya memintas filem "Lagi-Lagi Senario" yang mendapat kutipan sepanjang masa sejak daripada tahun 2001. Filem arahan Ahmad Idham ini menampilkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. Ia mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat kepunyaan bapa Nadia. Selepas berlaku satu insiden, Nadia mula berjinak-jinak dengan dunia rempit.
Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)
Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yang berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie. Walaubagaimanapun filem ini bukanlah kesinambungan filem "Zombie Kampung Pisang", tetapi lebih ke arah situasi yang berlaku di kampung tersebut.


Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)

Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yang berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie. Walaubagaimanapun filem ini bukanlah kesinambungan filem "Zombie Kampung Pisang", tetapi lebih ke arah situasi yang berlaku di kampung tersebut.

Ngangkung (RM8.9 juta)

Filem bercorak komedi seram ini telah diarahkan oleh pengarah baru, Ismail Bob Hashim dan berjaya mendapat kutipan RM8.9 juta. Filem ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan box office tertinggi sepanjang tahun 2010. "Ngangkung" menampilkan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin sebagai peneraju filem mengisahkan kehidupan anak muda yang terjebak dalam perjudian nombor ekor.

No comments:

Post a Comment