Friday 16 December 2011

"OLIVE" filem pertama menggunakan telefon pintar


Dengan kecanggihan teknologi telefon bimbit kepada telefon pintar telah mendorong seorang pengarah dari Amerika Syarikat menghasilkan filem mengunakan telefon pintar yang bertajuk "OLIVE" yang mendapat tayangan selama seminggu di Los Angeles bermula 16 Disember 2011

Dipetik daripada portal Digital Journal, "Olive" yang diarahkan oleh pengarah filem bebas, Hooman Khalili, telah dirakam menggunakan telefon bimbit pintar Nokia N8 yang telah dilekatkan kepada beberapa lensa filem 35mm.

Dalam satu temu bual bersama Los Angeles Times, Khalili menceritakan bahawa dia telah memadamkan keupayaan auto-zoom dan auto-focus bagi mendapatkan visi estetik yang diinginkan untuk filem ini.
"Kamera tersebut merasakan ia ketahui apa yang ingin difokuskan. Malangnya tidak," ujarnya.
"Olive" yang memakan kos perbelanjaan kurang daripada AS$500,000 (RM1.6 juta) telah dibiayai oleh bekas ketua pegawai privasi di Facebook, Chris Kelly selepas permohonan Khalili untuk mendapatkan biayaian daripada Nokia ditolak.

Pra-produksi filem ini bermula April tahun ini dan tempoh penggambaran telah mengambil masa lima minggu.
"Olive" yang turut dilakonkan oleh calon Anugerah Academy, Gene Rowlands, mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang mentransformasi kehidupan tiga orang tanpa berkata sepatah perkataan langsung.

No comments:

Post a Comment