Tuesday 27 December 2011

LEFTHANDED kembali !!!



Kumpulan rock Lefthanded merupakan sebuah kumpulan rock era 1980-an dan 1990-an yang telah mencetuskan satu fenomena dengan banyak memberi impak yang kuat kepada peminat-peminat yang membesar bersama genre ini.

Lagu-lagu popular mereka seperti "Debunga Wangi", "Kenangan Bersamamu", "Seruan", "Tiada Lagi Kidungmu" dan banyak lagi. Dan sehingga kini lagu-lagu tersebut masih lagi diputar di radio-radio tempatan.
Dan buat peminat-peminat yang dahagakan kemunculan semula Lefthanded, kumpulan rock ini membawa khabar gembira buat peminatnya apabila mereka akan muncul dengan album baru pada awal tahun 2012.
Walaupun kelibat mereka ini sudah lama tidak beraksi di pentas persembahan, tetapi vokalis mereka, Nash, sering tampil solo namun masih menyanyikan lagu-lagu popular ketika bersama Lefthanded atas pemintaan ramai.

Man Kidal yang merupakan pemain gitar Lefthanded memberitahu bahawa mereka masih rapat dan tahun 2012 merupakan tahun kemunculan semula Lefthanded di pentas muzik.
"Sebenarnya, kami sudah buat 'comeback' di TV baru-baru ini menerusi satu program yang menggandingkan kami dengan May dan XPDC. Dari program itu, kami mendapat respons yang bagus di kalangan peminat dan bermula dari situ, semangat kami berkobar untuk kembali beraksi," katanya.
Tambah gitaris bertangan kidal ini turut menyatakan semangat Lefthanded kini semakin membara selepas mendapat tawaran untuk merakam album bersama PM Studios.

Ujarnya, tawaran yang diberikan menarik perhatian mereka kerana mereka bukan sahaja ditawarkan untuk merakam album, malah akan diberi kepercayaan membuat konsert di Tawau, Sabah.
"Mengenai konsert itu nanti, ia terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, faktor utama kami menerima tawaran bekerjasama dengan PM Studios adalah kerana tawaran menghasilkan album baru.

"Begitu juga, peluang mengadakan persembahan di Tawau menjadi platform terbaik untuk kami 
mempromosikan album baru ini nanti," kata Man Kidal kepada Harian Metro.
Bercerita tentang album baru mereka itu, Man Kidal memberitahu bahawa proses rakaman album ini dilakukan di PM Studios di Tawau. Ini merupakan album ke11 Lefthanded dan Man Kidal berharap proses 'mastering' dapat dilakukan di Australia.

No comments:

Post a Comment