Friday 9 December 2011

pelakon "Putri yang ditukar" putus cinta


Pelakon yang dikatakan adalah NIKITA PURNAMA WILY pelakon indonesia  yang comel berusia 17 tahun ini ketika di temubual di tropicana city mall menyatakan bahawa beliau baru sahaja putus cinta bersama teman lelakinya iaitu Bara Tampubolon.


"Saya sedih kerana hubungan kami baru putus baru-baru ini kerana banyak halangan seperti pegangan agama yang berbeza. Walaubagaimanapun kisah saya curang bersama Diego seperti dilaporkan media adalah tidak benar kerana kami hanya kawan," kata Nikita lagi

Aktres muda ini menegaskan khabar angin bahawa dia sedang rapat dengan pemain bolasepak Indonesia iaitu Diego adalah tidak benar seperti yang di nyatakan oleh media-media di indonesia.

NIKITA WILLY sekarang memberi tumpuan kepada bidang yang baru nyayian yang baru diceburi yang mendapat respon positif daripada peminat-peminat nya di indonesia.Album mini  NIKITA akan  memasuki pasaran malaysia pada 12 Disember ini.Terdapat 5 buah lagu yang berkonsepkan balada pop dan dia mempertaruhkan dua buah single yang bertajuk "ku tetap menanti mu" dan "Lebih dari indah"

All the best kami ucapkan untuk NIKITA WILLY........

No comments:

Post a Comment