Thursday 15 December 2011

Komen Kate Winslet terhadap Titanic 3D


Bintang filem Hollywood terkenal, Kate Winslet berasa kurang senang dengan filem "Titanic" yang bakal ditayangkan semula dalam bentuk tiga dimensi (3D) pada tahun 2012.

Dipetik daripada Star Pulse, aktres British ini berusia 22 tahun ketika dia mencipta populariti menerusi watak Rose DeWitt Bukater di samping aktor Leonardo DiCaprio dalam filem epic arahan James Cameron pada tahun 1997.
Winslet memberitahu Stylelist.com, "Saya merasakan ia sangat pelik kerana ia diambil 15 tahun yang lalu. Saya rasa terasing dengan perasaan dan kehidupan saya ketika itu. Ia seperti memori jangka masa lepas, jadi agak pelik untuk dipertontonkan semula kepada orang ramai."

Walaubagaimanapun Winslet memberitahu dia teruja pada masa yang sama memikirkan generasi baru yang berkemungkinan besar belum pernah menonton filem tersebut.

"Ia bermakna sekumpulan generasi baru akan menonton filem tersebut dan ianya sangat hebat! Saya juga tidak sabar menonton filem tersebut dalam 3D kerana belum pernah melihatnya lagi. Ada mereka yang sudah menontonnya dan mereka merasakan ia sangat hebat."

No comments:

Post a Comment