Sunday 11 December 2011

FILEM : SONGLAP BUKTI SAM PELAKON VERSATIL


SHAHEIZY SAM pelakon yang baru di nobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik FFM 24 ini membuktikan bahawa dia layak memenangi anugerah tersebut dalam filem terbaru nya SONGLAP.mutu lakonan nya yang selalu memberikan kelainan dalam setiap watak yang di berikan membuat penonton tidak bosan menonton lakonan beliau di layar perak.

Dalam filem SONGLAP ini SAM menunjukan watak lakonan yang mantap dan begitu mengagumkan dan sentiasa menambat hati serta emosi penonton dalam setiap filem yang dilakonkan nya.dalam filem ini SAM memegang watak sebagai AM.

Filem SONGLAP ini mengisahkan kehidupan dua beradik yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi dalam mengharungi kehidupan harian di bandar pesat metropolitan.AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang terlibat dalam jenayah itu telah didalangi oleh seorang perempuan bergelar MAMA (Eliza Wong). Apabila adik kepada kawan Ad iaitu HAWA (Sara Ali) yang mengandung anak luar nikah turut terjebak dalam kancah penjualan bayi itu, ia telah menyebabkan dua beradik ini, Ad dan Am mula membawa haluan masing-masing

Ad tekad untuk membawa dirinya dan Hawa keluar dari kancah dosa itu namun Am tetap ingin terus hidup dengan cara begitu. Niat murni Ad dibayangi oleh PAK DIN (Omar Abdullah), ayah Hawa yang sentiasa menjejaki kehilangan anak perempuannya itu.

Filem SONGLAP ini mengandungi pelbagai aksi seperti pergaduhan,perlumbaan kereta,tarian B-boy dan pembunuhan.

sama-sama kita tonton SONGLAP di pawangam berdekatan anda pada 15 DISEMBER 2011......

antara adegan-adegan dalam filem SONGLAP







1 comment: