Monday 26 December 2011

DATUK AC & DATUK EIZLAN


Sebelum ini terdapat khabar angin yang tersebar dalam akhbar dan blog menyatakan bahawa AC Mizal sudah bergelar Datuk. Namun kesahihan cerita tersebut samar dan menjadi teka-teki kepada peminat dunia seni tanah air.

Dipetik dari Harian Metro, segala teka-teki ini akhirnya terjawab juga apabila Mizal Zaini, 40 atau lebih dikenali sebagai AC Mizal telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada satu Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81.

"Dalam tempoh berkenaan, ramai peminat mahu tahu apa cerita sebenar di sebalik berita penganugerahan pingat ini selepas ia tersiar dalam akhbar dan Internet kerana ketika itu saya belum menerimanya secara rasmi," ujarnya.
"Malah, ada segelintir peminat juga membuat bermacam-macam spekulasi sehingga timbul cerita yang kurang enak. Apapun, saya tidak menyalahkan sesiapa kerana tahu mereka tidak memahami kedudukan sebenar termasuk proses bagaimana penganugerahan ini berjalan," katanya ketika ditemui".

AC Mizal memberitahu bahawa ia merupakan hadiah istimewa buatnya selepas sudah 23 tahun berkecimpung dalam industri hiburan. Dan pelakon berusia 40 tahun ini bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah dia turut menjadi usahawan dengan menubuhkan AC Konsortium Sdn Bhd sejak empat tahun.
Sementara itu, pelakon Eizlan Yusuf, 40 dan penyanyi, pelakon, pengacara dan penceramah motivasi, Fazley Yaakob, 33 turut menerima darjah kebesaran DIMP yang membawa gelaran Datuk.

No comments:

Post a Comment